KONSEP
KONTRAK (AL-AQD/PERTUKARAN)
9.1
Pengenalan
Kehidupan
harian manusia tidak akan terlepas dari ikatan kontrak atau pertukaran. Dalam
bahasa Arab ia disebut sebagai al-aqd. Kontrak telah secara berpanjangan
diamalkan dalam bidang ekonomi atau muamalah tetapi kemudiannya turut
merangkumi juga aspek sosial dan politik kerana kebaikannya yang menekankan
kepada komitmen terhadap semua pihak yang terlibat. Kontrak terangkum dalam
aspek muamalah dan telah menjadikan perniagaan dan perdagangan sebagai suatu
yang penting dalam proses kehidupan berekonomi untuk memelihara hubungan baik
antara individu dalam masyarakat dan juga untuk memelihara hak setiap orang.
Persetujuan antara dua pihak mengenai sesuatu perkara mewujudkan implikasi
perundangan kepada mereka iaitu bertanggungjawab melaksanakan semua terma yang
dipersetujui dalam kontrak.
Islam
telah menggariskan dasar-dasar tertentu mengenai kontrak (al-aqd)
melalui ayat-ayat al-Quran dan hadith. Banyak hasil-hasil tulisan mengenai
konsep kontrak atau pertukaran (al-aqd) telah dikemukakan oleh para
fuqaha sejak dari zaman awal Islam lagi sehinggalah ke zaman kegemilangan Islam
memberi penekanan kepada betapa pentingnya menulis segala kontrak yang dibuat
dari segi tempoh, nilai, kerja, saksi dan terma-termanya bagi menggelakkan
penipuan atau ketidakadilan.
“Wahai orang yang beriman!
Tepatilah perjanjian-perjanjian itu”.
(al-Ma’idah:
1)
“Penuhilah janji kerana
sesungguhnya janji itu pasti diminta tanggungjawab”.
(al-Isra’:
34)
9.2
Definisi
Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)
Secara
umumnya kontrak atau akad (al-aqd) ini boleh diertikan sebagai “ikatan”
atau “simpulan”. Ia merupakan satu peraturan mengenai persetujuan di antara
satu pihak yang menawarkan (ijab) dan satu pihak yang menerima tawaran (qabul)
mengikut cara yang disyariatkan serta muktamad (thabit) kesannya dari
segi perundangan terhadap persetujuan itu. Akad memberi hak dan perlindungan
kepada kedua belah pihak serta memperkukuhkan kerjasama untuk lebih serius
dalam aktiviti ekonomi melalui pelaksanaan semua butiran kontrak.
9.3
Rukun
dan Syarat Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)
i. Ijab dan Qabul
Para
fuqaha umumnya bersetuju bahawa asas utama dalam pembentukan kontrak
ialah adanya tawaran dan penerimaan. Ijab adalah tawaran yang dibuat
oleh pihak pertama dan qabul pula ialah penerimaan oleh pihak yang kedua
terhadap tawaran yang dikemukakan itu. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan
lisan, tulisan, isyarat, perbuatan, wakil, medium dan sebagainya asalkan
kedua-dua belah pihak mengetahui dan penuh rela. Gabungan kedua-dua inilah yang
membentuk kontrak. Oleh itu kontrak menjadi sah dengan persetujuan kedua belah
pihak.
ii.
Subjek
kontrak (al-Aqd/Pertukaran)
Ia
merujuk kepada sesuatu kontrak terkena padanya dan kesan kontrak yang lahir
darinya. Ini boleh melibatkan harta seperti barangan jualan atau bukan harta
seperti wanita, manfaat seperti sewaan dan tenaga. Secara ringkasnya terdapat
empat syarat berhubung dengan perkara ini, iaitu;
a.
Subjek yang
dikontrakkan itu dibenarkan oleh syarak.
b.
Sesuatu yang
dikontrakkan itu mesti ada (wujud) sewaktu kontrak itu dilaksanakan. Ini
dikecualikan pada jual beli tempahan (al-bay’ al-Salam).
c.
Sesuatu yang
dikontrakkan itu mestilah diketahui dengan jelas sifat atau spesifikasinya. Ia
bermanfaat, bernilai dan boleh dimiliki.
d.
Para fuqaha
juga bersetuju mengenai keupayaan menyerahkan barang yang dikontrakkan.
iii.
Pihak
Yang Berkontrak
Rukun
ketiga ini berkaitan dengan kelayakan orang yang melakukan kontrak. Dalam
perundangan Islam bukan semua orang boleh melakukan kontrak. Terdapat mereka
yang tidak layak mengadakan kontrak dan seandainya dilakukan juga tanpa
mengambilkira kelayakan ini bererti kontrak itu tidak diiktiraf dan tidak sah
di sisi syarak. Dalam syariat Islam, mereka yang mempunyai kelayakan dan kuasa
sahaja boleh untuk melakukan kontrak. Mereka yang berkelayakan ini dibahagikan
kepada dua iaitu;
a.
Kelayakan untuk
menerima atau wajib (Ahliyyah al-Wujub) iaitu seseorang yang layak
menerima segala hak dan tanggungjawab syarak.
b.
Kelayakan untuk
melaksana tugas (Ahliyyah al-Adaa’) iaitu seseorang menunaikan segala
hak yang dipertanggungjawabkan oleh syarak.
Secara
umumnya peringkat kelayakan manusia dari perspektif Islam adalah cukup umur (baligh)
dan berakal sihat serta matang (mumayiz dan rusyd) serta tidak
muflis.
9.4
Jenis-Jenis
Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)
Penjenisan
kontrak boleh dibezakan berdasarkan sifat yang dinyatakan oleh syarak. Kontrak
itu wajib dilaksanakan, direkod, dikuatkuasakan, dilakukan dengan penuh
kerelaan. Amalan-amalan negatif yang bertentangan dengan agama dijauhi melalui
larangan; penipuan, riba, penganiayaan dan memudaratkan orang lain. Secara
umumnya jenis-jenis kontrak ialah;
i.
Kontrak
yang sahih (benar)
Ia
merupakan kontrak yang sempurna rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Oleh itu
kesan kontrak ini adalah thabit dengan serta-merta iaitu kesan pemilihan
kepada pembeli dan kesan harga kepada penjual.
ii.
Kontrak
yang tidak sahih (salah)
Kontrak
jenis ini berlaku kerana tidak sempurna rukun atau syarat-syaratnya.
9.5
Penamatan
Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)
Penamatan
dan pembatalan sesuatu kontrak boleh berlaku dan berkuatkuasa disebabkan oleh
beberapa keadaan tetapi mestilah dengan memberitahu pihak yang satu lagi. Ini
termasuklah;
i.
Pembatalan kerana
rosaknya kontrak. Sekiranya wujud pemalsuan, tidak amanah, penipuan dan
paksaan.
ii.
Tamat tempoh masa.
Kontrak yang dipersetujui telah berjalan dengan sempurna sehingga tamat masa
yang tertera dalam kontrak.
iii.
Disebabkan khiyar
sama ada khiyar syarat atau khiyar aib.
iv.
Gagal melaksanakan
kontrak. Salah satu pihak tidak memenuhi terma kontrak menyebabkan kontrak
terbatal.
v.
Kematian. Kematian
salah seorang dari pihak yang membuat kontrak menyebabkan kontrak itu tidak sah
lagi kuatkuasa perundangannya. Ini kerana kontrak itu hanya melibatkan mereka
dan orang lain tidak berhak untuk menyambung kontrak tersebut.
9.6
Khiyar
(Pilihan) Dalam Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)
Khiyar
bermaksud
memilih sama ada meneruskan kontrak atau sebaliknya iaitu menarik diri dalam
sesuatu transaksi. Konsep ini adalah satu hak yang diperuntukkan oleh Islam kepada
pihak yang melakukan kontrak bagi kepentingan setiap aktiviti ekonomi. Faedah khiyar ialah;
a.
Memberi peluang
sama ada kepada pembeli atau penjual secara lebih mendalam terhadap tindakan
jualbeli yang dilakukan bagi kepuasan setiap urusniaga.
b.
Mengelakkan
daripada ketidakpuasan, kerugian dan penyesalan di kemudian hari disebabkan
kontrak dari segi harga, kuantiti dan kualiti barang-perkhidmatan.
9.6.1 Bahagian-bahagian Khiyar
Khiyar
terbahagi kepada 17 jenis. Namun dalam perbincangan ringkas ini hanya beberapa
bahagian khiyar sahaja yang akan dibincangkan iaitu khiyar Majlis,
khiyar Syarat dan khiyar Aib.
i. Khiyar Majlis
Khiyar
ini bermaksud setiap pihak yang berkontrak mempunyai hak untuk membatalkan
kontrak selama mana mereka berdua masih berada di majlis kontrak itu iaitu
sebelum mereka bersurai atau berpisah. Berpisah dalam majlis itu sepertimana
yang difahami pada adat seperti telah beredar atau keluar dari tempat transaksi
berlaku.
ii. Khiyar Syarat
Penjual
atau pembeli atau salah seorang dari mereka membuat syarat pada waktu akad
supaya kontrak itu mempunyai khiyar (pilihan). Umpamanya pembeli
mengatakan; “Saya beli barang ini dengan harta khiyar selama 2 hari”. Dengan
lafaz ini maka kontrak jual beli itu telah berlaku dengan tempoh khiyar mengikut
sepertimana yang telah ditetapkan. Tempoh
Khiyar Syarat menurut Jumhur fuqaha bahawa tempoh khiyar
yang diisyaratkan hendaklah dimaklumi. Jika tidak, maka ia dianggap rosak. Dari
segi tempoh masa khiyar, ada ulama yang berpendapat ia tidak boleh lebih
daripada tiga hari.
iii. Khiyar Aib
Ia
bermaksud berlaku kecacacatan atau kerosakan sesuatu barang yang dibeli atau
tidak menepati spesifikasi sepertimana yang dikontrakkan. Khiyar ini
tetap hukumnya dengan syarat secara
tidak langsung atau secara isyarat (khiyar syarat). Pembeli boleh
menamatkan kontrak ataupun meminta harga yang lebih rendah kerana pembeli tidak
tahu sifat kecacatan itu sewaktu membeli atau sewaktu membuat kontrak. Dari
segi hukum ia merupakan suatu yang harus berdasarkan beberapa hadith. Di
antaranya sabda Rasulullah s.a.w.;
“Aisyah
telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah membeli seorang budak (hamba).
Budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan kemudian didapati budak itu
cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian budak
itu dikembalikan semula kepada penjualnya”.
(Riwayat Ahmad, Abu
Daud dan Tirmizi)
9.6.2. Kaedah Menentukan Sesuatu Kecacatan
i. Kecacatan
yang dapat dilihat secara zahir
Dalam
kes-kes seumpama ini, kecacatan yang berlaku dapat dikenal pasti secara mudah
dan jelas dengan pandangan mata kasar sahaja. Ia tidak memerlukan tenaga
seorang pakar untuk menilainya.
ii. Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar
Terdapat
kecacatan yang hanya boleh disahkan oleh mereka yang mempunyai kemahiran dan
berpengalaman sahaja. Ini boleh berlaku kepada semua perkara sama ada manusia,
binatang, tumbuh-tumbuhan, benda atau barangan yang dihasilkan oleh penggunaan
mesin berteknologi tinggi.
9.7
Bentuk-Bentuk
Kontrak (al-Aqd/Pertukaran) Dalam Islam
Perbincangan
dalam bahagian ini akan tertumpu kepada bentuk kontrak yang kini diamalkan
dalam urusniaga di institusi-institusi kewangan dan perbankan Islam semasa.
Setelah memaklumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pembentukan kontrak dan
beberapa perkara yang berkaitan, dalam bahagian ini tumpuan akan dilakukan
dalam aspek bentuk-bentuk kontrak yang ada dalam struktur transaksi Islam.
9.7.1
Murabahah
(Harga Kos dan Margin Untung)
Murabahah
dilaksanakan
dalam jualbeli dan pembiayaan modal. Ia adalah penjualan suatu barang pada
harga yang dijumlahkan harga asal bersama kadar (margin) keuntungan yang
dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Dalam hal ini penetapan kadar harga
ditentukan oleh pemilik barang dan dipersetujui oleh pembeli. Sebagai
contohnya, usahawan yang memerlukan tapak kilang telah memohon kepada Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk membelikannya dari pemaju hartanah.
Seterusnya Bank Islam menjualkannya semula kepada usahawan dengan harga
yang terdiri dari harga asal dicampur dengan kadar keuntungan bagi pihak bank
dan harga baru ini dipersetujui oleh mereka.
a.
Rukun
Murabahah
i.
Pemilik barang
(pemilik modal)
ii.
Pembeli
iii.
Kos barang asal.
Harga yang dibeli oleh pemilik barang / modal dari pengeluar.
iv.
Jumlah keuntungan
pemilik barang. Dipersetujui oleh kedua belah pihak yang terlibat.
v.
Kontrak
b.
Syarat-Syarat
Murabahah
i.
Kos sebenar
barangan yang dijual hendaklah dinyatakan kepada pembeli. Ia meliputi kos
langsung dan kos tidak langsung.
ii.
Kedua-dua pihak
bersetuju dengan kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai tambahan kepada kos
atau modal pada barangan yang dijual beli secara murabahah.
iii.
Pihak pembeli boleh
membatalkan kontrak murabahah sekiranya terdapat kekeliruan berhubung
kadar modal atau kos asal barang yang dijual secara murabahah.
iv.
Barangan yang
dijual bukan dari barangan ribawi (jenis-jenis riba) tetapi ia merupakan
barangan (ain) atau wang (nilai).
c.
Hukum
Murabahah
i.
Jumhur ulama
mengatakan sesuatu barang yang cacat tidak boleh dijual secara murabahah
sehingga dijelaskan kecacatannya.
ii.
Modal ialah sesuatu
yang dipertanggungjawabkan ke atas pemodal atau pembeli (bank) yang pertama dan
bukan ke atas pembeli yang kedua atau pelanggan.
iii.
Hendaklah kontrak
penjualan yang pertama itu sah. Jika kontrak itu fasid maka tidak harus jualan murabahah
kerana murabahah ialah penjualan dengan harga pertama (harga yang
dibeli) dengan tambahan untung.
d.
Murabahah Dalam Operasi Bank
Murabahah
digunakan
secara meluas dalam industri perbankan. Pembiayaan modal disediakan oleh pihak
bank apabila pelanggan menghendaki sesuatu barang. Dalam urusniaga ini pihak
bank akan terlebih dahulu membeli atau menyediakan barang yang dikehendaki oleh
pelanggan. Bank akan membeli barang ini dengan harga tunai dari pekilang atau
firma dan menjual balik kepada pelanggan secara murabahah iaitu kos asal
campur dengan kadar keuntungan tertentu dan dijual kepada pembeli dengan harga
baru.
9.7.2
Wadiah
(Janji Menyimpan)
Merupakan
kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan
untuk berjanji menyimpan barang dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya dari
kecurian, kerosakan, kehilangan dan seumpamanya. Sekiranya berlaku kerosakan
kepada barangan, pihak yang menjaganya tidak diminta membayar gantirugi kecuali
ia disebabkan oleh kecuaiannya. Wadiah bentuk amanah (Yad al-Amanah)
ini boleh berubah menjadi bentuk jaminan (Yad al-Dhamanah)
apabila pemegang amanah barang atau wang menggunakannya dengan syarat telah
memperoleh keizinan dari tuannya seperti yang berlaku dalam industri kewangan.
Firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menunaikan amanah-amanah yang diserahkan kepada kamu terhadap pemiliknya.”
(al-Nisa, 4:58)
Rukun wadiah ialah;
i.
Penyimpan. Iaitu
tuanpunya barang sama ada individu mahupun organisasi.
ii.
Penerima simpanan.
Orang yang diberi amanah menjaga barang.
iii.
Barang simpanan.
Bukan dari jenis barang yang mudah rosak.
iv.
Akad. Ada tawaran
dan penerimaan terhadap kontrak menjaga sesuatu barang atau harta.
Objektif wadiah;
i.
Menjamin
keselamatan harta benda yang dimiliki oleh seseorang.
ii.
Mewujudkan sifat
tolong-menolong di antara manusia.
iii.
Menanamkan sifat
bertanggungjawab dan amanah terhadap hak-hak orang lain.
Hukum wadiah;
i.
Kontrak wadiah
diizin oleh syarak kecuali terdapat ciri-ciri yang diharamkan seperti penipuan
dan riba.
ii.
Penyimpan dan
penerima simpanan tidak disyaratkan pada seseorang individu sahaja. Kerajaan,
syarikat, bank dan persatuan boleh juga terlibat.
iii.
Sekiranya
pengambilan upah dikenakan oleh penerima simpanan, corak simpanan akan berubah
dari yad amanah kepada yad dhamanah.
Wadiah
dalam operasi perbankan tanggungjawab bank hanya melibatkan bentuk
jaminan (Yad al-Dhamanah) iaitu untuk akaun simpanan dan akaun
semasa kerana ia memerlukan perbelanjaan dalam operasinya. Oleh itu bank
mengenakan bayaran tertentu kepada pelanggan untuk menjaga wang simpanan,
sijil, emas, barang kemas dan sebagainya. Dalam tempoh dalam kawalannya bank
boleh menggunakan harta tersebut dan harta tersebut juga boleh diambil atau
dikeluarkan oleh tuannya pada bila-bila masa. Akan tetapi sekiranya bank
mendapat keuntungan semasa menggunakan harta tersebut maka itu adalah milik
bank tetapi bank akan memberi sedikit dari untung tersebut kepada tuanpunya
harta. Secara umumnya ia terdapat dalam 3 bentuk;
i.
Akaun Simpanan al-Wadiah
ii.
Akaun Semasa
iii.
Pelaburan
iv.
Perkhidmatan Peti
Keselamatan
9.7.3
Mudarabah
(Perkongsian)
Merupakan
satu kontrak perkongsian atau usahasama di antara pemodal yang membekalkan
modal dengan pengusaha yang akan menjalankan aktiviti keusahawanan yang boleh
menjana keuntungan. Pembahagian keuntungan adalah berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui bersama seperti 50:50, 60:40 dan 70:30. Manakala kerugian
akan ditanggung oleh usahawan iaitu ia tidak memperoleh upah dari kerjanya
sedangkan pemodal telah kehilangan modal yang disumbangkannya. Perkongsian
pintar ini melibatkan pihak yang mempunyai modal tetapi tiada kepakaran dan
pengalaman dalam perniagaan dengan ahli perniagaan yang berpengalaman tetapi
kurang kemampuan dari segi modal.
Rukun
mudarabah ialah;
i.
Pemodal. Seorang dewasa,
berfikiran waras dan sedia menyerahkan modalnya kepada usahawan sebagaimana
jumlah yang dipersetujui.
ii.
Usahawan. Seorang
dewasa, berfikiran waras dan boleh mengurus aktiviti ekonomi tanpa campurtangan
pemodal.
iii.
Modal. Bentuk wang
tunai yang telah ditetapkan jumlahnya.
iv.
Projek. Semua jenis
aktiviti ekonomi yang halal menurut Islam.
v.
Untung. Hak
perkongsian antara pemodal dan usahawan. Ia dibahagi dua mengikut nisbah yang
telah dipersetujui dalam kontrak.
vi.
Kontrak. Tawaran
dan penerimaan (ijab dan qabul) sama ada secara bertulis ataupun
dengan lisan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua belah
pihak yang terlibat.
Syarat-Syarat
mudarabah ialah;
i.
Bentuk modal.
Merupakan wang tunai yang ditentukan nilainya dan diserahkan kepada pengusaha selepas
akad perjanjian dengan syarat yang telah dipersetujui.
ii.
Peratus pembahagian
untung. Ia ditentukan semasa akad perjanjian.
iii.
Kerugian. Jika
berlaku akan ditanggung oleh pemodal. Sedangkan pengusaha tidak akan
memperolehi apa-apa pun jika projek perniagaan mengalami kerugian.
iv.
Usaha. Projek
perniagaan yang dijalankan mestilah halal pada pandangan syarak.
v.
Pembubaran. Ia
boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum kerja projek dilakukan oleh
pengusaha.
Manakala
jenis-jenis mudarabah terbahagi kepada 2 iaitu;
i.
Mudarabah Mutlaqah.
Pengusaha
mendapat mandat penuh untuk melakukan kerja projek tanpa sebarang
sekatan dan syarat seperti masa, tempat, potfolio perniagaan dan pelanggan.
ii.
Mudarabah Muqqayadah.
Pengusaha melakukan kerja projek dengan sekatan dan syarat tertentu seperti
lokasi, jenis potfolio dan masa.
Hukum
Mudarabah;
i.
Mudarabah
merupakan kontrak yang telah dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
ii.
Kedua pihak yang
melakukan mudarabah mestilah terdiri dari orang yang berkelayakan memberi wakil
atau menerima wakil (wakalah).
iii.
Tidak disyaratkan
kedua belah pihak mesti terdiri dari orang Islam. Namun jika terdapat unsur
haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan.
Mudarabah
dalam operasi perbankan dilaksanakan dengan persetujuan pembahagian untung rugi
di antara bank dan pelanggan dan ia boleh didapati dalam bentuk;
i.
Akaun Pelaburan
ii.
Akaun Simpanan
Tetap
iii.
Akaun Pelaburan
Istimewa
9.7.4
Musyarakah
(Syarikat)
Perkongsian
yang menetapkan hak ke atas dua pihak atau lebih dengan menyumbangkan modal dan
keuntungan dibahagi sesama mereka. Musyarakah atau syarikat
merupakan suatu gabungan modal atau usahasama di kalangan ahli bagi membiayai
sesuatu projek bagi menjana keuntungan, untuk perkhidmatan kebajikan
masyarakat, memupuk hubungan baik dan menjalankan perintah agama. Keuntungan
dan kerugian akan ditanggung bersama mengikut nisbah saham atau sumbangan modal
masing-masing. Firman Allah yang bermaksud;
“Maka mereka bersekutu pada satu per tiga
(dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan)”.
Rukun
musyarakah ialah;
i.
Ahli-ahli syarikat.
Seorang yang telah dewasa, berfikiran waras dan mampu untuk melakukan aktiviti
ekonomi.
ii.
Modal. Meliputi
wang tunai, harta tetap (benda) dan juga kemahiran yang boleh dinilai dengan
wang.
iii.
Projek. Dilakukan
bersama-sama oleh ahli-ahli syarikat.
iv.
Kontrak. Jelas dan
mudah difahami serta berasaskan kerelaan semua pihak yang terlibat.
Manakala
jenis-jenis musyarakah terdiri daripada;
i.
Syarikat Inan:
Berkongsi dua pihak atau lebih mengeluarkan modal untuk perniagaan atau
perusahaan dan keuntungan dibahagikan mengikut kadar modal yang dikeluarkan
seperti termetri dalam kontrak.
ii.
Syarikat Wujuh:
Syarikat yang ditubuhkan tanpa modal dan ahli-ahli dalam syarikat ini akan
membeli barang dengan cara bayaran harga tangguh (hutang) atau credit,
kemudian menjual barang tersebut dan keuntungan dikumpul dan dibahagikan sesama
mereka. Pada kebiasaannya syarikat pengeluar barangan hanya memberi hutang
kepada mereka yang dipercayai sahaja.
iii.
Syarikat Abdan:
Dua orang atau lebih berkongsi tenaga dan usaha melakukan sesuatu projek atau
pekerjaan. Hasil aktiviti ekonomi ini dibahagikan sesama mereka seperti nisbah
pembahagian yang dipersetujui dalam kontrak. Umpamanya gandingan usaha di
antara seorang arkitek dengan seorang jurutera menubuhkan syarikat perundingan.
iv.
Syarikat Mufawaddah:
Perkongsian ke atas hasil pendapatan harta masing-masing, yang mana sumber
hasil itu tidak dicampur sebagai harta syarikat dan tetap menjadi hak
berasingan sedangkan masing-masing menanggung risiko ke atas apa yang berlaku
pada syarikat tersebut.
Modal
keuntungan dan kerugian tidak semestinya sama, malah seorang ahli boleh
mengeluarkan modal yang lebih banyak dari ahli yang lain. Begitu juga tentang
kerja-kerja syarikat, seseorang ahli boleh bekerja 10 jam sehari sedangkan ahli
yang lain hanya 7 jam sahaja. Ini berdasarkan kontrak yang dipersetujui,
keuntungan dan kerugian mesti ditanggung bersama menurut kadar modal
masing-masing.
Hukum
musyarakah adalah seperti berikut;
i.
Syarikat akan
terbatal apabila ahli menarik diri kerana seseorang ahli berhak menarik diri
pada bila-bila masa atau disebabkan oleh kematian dan gila yang berterusan.
ii.
Disebabkan ahli
seorang yang amanah, segala dakwaan untung atau rugi dari seorang ahli diterima
dan diperakui.
iii.
Ahli tidak perlu
bersumpah sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian kecuali ada penyaksian dan
bukti.
Dalam
operasi bank aktiviti musyarakah wujud sama ada dalam pembiayaan
pemilikan salah satu pihak (musyarakah mutanaqisah) atau menjadi
syarikat bagi satu-satu projek.
9.7.5
Ijarah
(Sewa)
Menjual
manfaat (penggunaan) atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang
ditetapkan. Kaedah ini digunakan dalam
urusan sewa menyewa manfaat sesuatu harta benda dan juga upah mengupah untuk
melakukan sesuatu kerja. Manfaat merujuk kepada penggunaan seperti kediaman
bagi rumah, rumah, kenderaan dan sebagainya. Usahawan boleh menyewa tapak
kilang dan mesin untuk kerja-kerja pengeluaran dengan tempoh, kadar dan
syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan tuanpunya harta. Perkhidmatan
pula merujuk kepada tenaga dan kepakaran yang digunakan bagi mendapatkan
ganjaran. Firman Allah yang bermaksud;
“Jika
mereka menyusukan anak, maka berikanlah kepada mereka upahnya.”
Rukun ijarah
ialah; Pemberi sewa/tuanpunya harta, penyewa/orang
yang mengupah, bayaran sewa atau upah, manfaat atau faedah dan lafaz (sighah) ijab-qabul.
Syarat manfaat atau faedah ijarah ialah;
i.
Bernilai.
ii.
Manfaat itu diserahkan kepada yang menyewa.
iii.
Diketahui kadarnya dengan jangka masa yang ditetapkan.
Jenis ijarah/sewaan terbahagi kepada;
i.
Ijarah pada Zimmah; sewaan yang belum ada barang sewaktu akad
dilakukan.
ii.
Ijarah pada Ain; sewaan sesuatu yang ada barangnya pada waktu
kontrak dilakukan.
Hukum ijarah adalah seperti berikut;
i.
Kedua pihak hendaklah terdiri dari mereka yang boleh
dipertanggungjawabkan di sisi syarak.
ii.
Kematian tidak membatalkan kontrak dan waris si mati bertanggungjawab
untuk meneruskannya.
iii.
Terbatal kontrak jika barang yang disewa itu rosak sama sekali.
Sekiranya kerosakan yang dialami kurang teruk, kaedah khiyar boleh dilakukan.
Dalam operasi perbankan, ijarah diamalkan apabila bank menawarkan sewaan barangan
atau perkhidmatan tertentu kepada pelanggan dengan kadar upah (bayaran)
tertentu berdasarkan tempoh masa dan jenis penggunaan yang telah dimuktamadkan
oleh kedua belah pihak.
9.7.6
Wakalah
(Wakil)
Perlantikan seseorang mengambil tempat seseorang
dan mewakilinya bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya seperti membuat
perjanjian, memberi dan memungut hutang dan lain-lain lagi semasa orang yang
diwakili masih hidup. Akad ini memberi kuasa kepada wakil atau agen
menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya. Firman Allah yang
bermaksud;
“…sekarang utuslah salah seorang dari kamu
membawa wang perak ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih
mana-mana jenis makanan lebih baik lagi halal; kemudian hendaklah ia membawa
untuk kamu sedikit habuan.”
(al-Kahfi:19)
Rukun-rukun
wakalah adalah seperti berikut;
i.
Wakil. Seorang yang
berakal dan mumaiyiz serta tahu tugas yang dipertanggungjawabkan
kepadanya.
ii.
Pihak (orang) yang
berwakil. Berakal, mumaiyiz dan tidak muflis.
iii.
Perkara yang
diwakili. Ia mesti dibolehkan oleh syarak dan dimiliki oleh pihak yang
berwakil. Perkara itu hendaklah diketahui secara jelas untuk menggelakkan
penipuan.
iv.
Kontrak. Lafaz
menyatakan mewakilkan seseorang dan lafaz penerimaan terhadap tugas perwakilan.
Manakala
jenis wakalah terbahagi kepada;
i.
Wakalah Mutlaqah;
tidak terikat dengan syarat tertentu (selain dari syarat yang telah ditetapkan
dalam perjanjian).
ii.
Wakalah Muqayyadah;
diikat dengan syarat tertentu. Dihadkan masa atau keadaan.
Hukum
wakalah adalah;
i.
Wakalah
tidak boleh diwarisi dan dibubar apabila berlaku kematian.
ii.
Berakhir wakalah
dengan selesai tugas-tugas yang diwakilkan atau wakil menarik diri ataupun
pihak yang berwakil menyingkirkan wakil tersebut.
iii.
Wang atau harta
yang diterima sebelum diserahkan kepada pemilik asalnya tertakluk kepada hukum wadiah.
Ia menjadi tanggungjawab wakil. Akan tetapi sekiranya barang atau benda yang
diwakilkan musnah maka berakhirnya wakalah.
Dalam
sektor perbankan Nor Mohamed Yakcop (1996: 91) menjelaskan bahawa bank boleh menjalankan operasinya berdasarkan
wakalah dalam skop yang luas khususnya bank mengeluarkan kemudahan surat
kredit (Letter of Credit). Begitu juga dalam perkhidmatan pembelian
saham, penjualan, pelaksanaan jaminan atau pesanan barang luar negeri di mana
bank boleh melakukan peranan yang serupa.
9.7.7
Kafalah
(Jaminan)
Kafalah
ialah
jaminan iaitu tanggungjawab ke atas hak orang lain atau seseorang yang
mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan atau mendapatkan
sesuatu barang ganti kepada pihak yang berhak. Secara keseluruhannya bermaksud
kesanggupan tanggungjawab seseorang penjamin untuk bertanggungjawab terhadap orang lain (si
berhutang). Jaminan terbahagi kepada dua;
i.
Jaminan diri:
menjamin orang yang tertuduh ke atas mahkamah. Seperti seseorang berkata; “Aku
jamin kehadiran Hasri dalam perbicaraan itu nanti”.
ii.
Jaminan harta
(hutang): menjamin di atas hutang dan keselamatan. Seperti seseorang berkata;
“Hutang Zailani adalah tanggungan aku”.
Rukun
kafalah meliputi;
i.
Penjamin. Orang
yang menawarkan jaminan wang, harta atau diri untuk menanggung hutang. Ia mesti
seorang yang baligh, berakal, tidak dilarang menggunakan hartanya (muflis) dan
dilakukan mengikut kehendaknya.
ii.
Orang yang dijamin.
Ia mesti dikenali oleh penjamin atau orang yang berhutang.
iii.
Sesuatu yang
dijamin. Hutang wang, harta atau barang. Ia mesti diketahui jenis, jumlah,
sifat dan bendanya.
iv.
Lafaz kafalah.
Perkataan yang menunjukkan kesanggupan untuk menjamin hutang seperti seseorang
berkata; Hutang dia adalah dijamin oleh aku. Tanpa ada sebarang syarat yang
bersangkutan dengannya.
Hukum
kafalah adalah;
- Orang yang dijamin tidak dikenakan
syarat di atas.
- Pihak yang menerima jaminan boleh
menuntut barang yang dijamin dari penjamin bila sampai tempohnya.
- Bilangan penjamin tidak terbatas,
bergantung kepada perjanjian yang dipersetujui.
Dalam
sektor perbankan, bank boleh menawarkan konsep kafalah dalam aktivitinya
seperti mengeluarkan Surat Jaminan (Letter of Guarantee) dan pihak bank
boleh mengenakan caj perkhidmatan terhadap pengeluaran surat tersebut.
9.7.8
al-Rahn (Gadaian)
Definasi
al-Rahn menurut H.M. Arsjad Thalib Lubis (1968: 136) ialah menjadikan
sesuatu barang yang berupa harta dan berharga sebagai jaminan hutang dan ia
akan dijadikan bayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar. Oleh itu al-Rahn
menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran atau jaminan bagi sesuatu hutang
dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang. Dalam konteks
ekonomi, ia merupakan satu bentuk skim mikro kredit untuk usahawan kecil dan
sederhana di mana usahawan boleh mendapatkan modal melalui tindakan
menggadaikan atau mencagarkan barang berharga kepada seseorang atau institusi
gadaian. Sekiranya usahawan gagal membayar balik pinjaman setelah tempoh
masanya luput maka barang berharga yang digadainya akan dilelong dan pihak yang
memegang gadaian hanya akan mengambil kadar hutangnya bersama kos yang
berkaitan sahaja sementara wang baki lelongan akan diserahkan kepada penggadai.
Ini sebagai suatu jaminan kepada pihak yang menerima gadaian bahawa hak mereka
terhadap hutang yang diberi kepada penggadai tidak akan hilang meskipun
penggadai tidak dapat membayar hutang. Allah berfirman yang bermaksud;
“Sekiranya kamu di dalam perjalanan dan
kamu dapati tidak dapat penulis, maka hendaklah kamu menerima gadaian”.
(al-Baqarah: 283)
Rukun
al-Rahn (gadaian) adalah seperti berikut;
i.
Penggadai (al-Rahin).
Si berhutang atau dinamakan juga sebagai pelanggan atau orang yang berhutang.
Ia mesti seorang yang telah baligh dan berakal serta tidak dilarang menggunakan
hartanya dan dilakukan dengan kehendaknya sendiri.
ii.
Pemegang gadai (al-Murtahin).
Pemberi hutang atau penerima gadaian ataupun institusi al-Rahn.
iii.
Barang gadaian (al-Marhun).
Barang yang berharga, boleh dijual beli dan di bawah kawalan penggadai.
Keutamaannya ialah barang kemas dibuat dari emas.
iv.
Bayaran yang diberi
kepada penggadai. Ia adalah hutang dan diketahui jumlahnya.
v.
Sighah
atau
lafaz kontrak ijab dan qabul berkaitan dengan gadaian.
Hukum
al-Rahn (gadaian) adalah;
i.
Penggadai berhak
menarik balik gadaiannya jka barang gadaian itu belum lagi diterima oleh
pemegang gadai.
ii.
Pemegang gadai
boleh menggunakan barang tersebut jika tidak mengurangkan nilai harganya
seperti rumah.
iii.
Pemegang gadai
tidak dikenakan ganti rugi sekiranya barang gadaian itu rosak, hilang dan
sebagainya tidak disengajakan.
Dalam
sektor perbankan, bank boleh menggunakan al-Rahn bagi menjamin
keselamatan haknya ketika menjalankan urusniaga dengan pelanggan dengan
memberikan pinjaman atau menjalankan produk ini secara langsung bagi meluaskan
peranan bank. Dalam hal ini bank akan menggenakan upah menyimpan
barang gadaian kepada penggadai dan bukannya bayaran kerana pinjaman yang
diberikan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum En.Zuhairi.
ReplyDeleteSaya ada satu soalan nak tanya. Bolehkah jika suatu kontrak yang di meterai itu membabitkan 2 akad yg berbeza atau akad yang bersyarat.
Contoh: 'Saya jualkan rumah ini kepada kamu dengan syarat kamu kena jual motor kamu kepada saya, jika tidak saya tak jual rumah ini kepada kamu"
Thanks in advance.
Tak boleh. Kontrak boleh terbatal. Jenis kontrak ni di bawah defective condition (kecacatan syarat2 yg menyebabkan kontrak batal) dan sgt jelas melanggar shariah.
DeleteKontrak sejenis ini juga melanggar syarat2 sah sighah dan boleh menjadi two sales in one contract di mana ia di bawah kontrak yang terbatal.
DeleteMekanisma dan cara kontrak ini dilakukan salah di sisi shariah. 'Illah atau sebab kontrak bertentangan dengan aktiviti jual beli.
DeleteDalam dunia internet komunikasi yang lancar, memohon bantuan kewangan boleh dilakukan dari keselesaan rumah anda dengan syarat anda adalah asli dan mahu pinjaman.
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan pinjaman sebenar ?. Lupakan penipuan, masih terdapat banyak firma-firma kewangan yang tulen. Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat-syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang tidak lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah sebuah syarikat kewangan berpengalaman dan berpengalaman yang menyediakan pinjaman mudah percuma kepada individu dan badan-badan korporat yang serius, sama ada syarikat, syarikat dan kepada orang ramai, pada kadar faedah yang sangat rendah kurang daripada 5%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan wang tunai untuk diberikan kepada kecil dan firma skala sederhana dan individu-individu yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan, tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kebajikan dan keselesaan anda sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com ........ Untuk tindak balas yang cepat dan pantas
KITA PERLU BERIKUT DARI ANDA,
1. Nama
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Kerja
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
9. Tempoh Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan ditolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
.................................................. .........
.................................................. ..........
.................................................. .........
.................................................. .........
Kami mahu membantu anda
assalam, boleh kah kongsikan buku-buku yang Tuan gunakan sebagai rujukan bagi ilmu berkenaan kontrak ini?
ReplyDeleteterima kasih.
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com
Terima kasih banyak - banyak
ReplyDelete