Wednesday, October 30, 2013

Kelantan VS Pahang

Kegilaan terhadap bolasepak di kelantan ini telah sampai ke kemuncaknya bila pasukan mereka akan bertemu Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Pasukan yang ke final mestilah konsisten sepanjang perlawanan yang mereka lalui. Pasukan negeriku Selangor perlu memperbaiki keseluruhan jentera pasukan untuk boleh bersaing kembali. Namun bagi diriku yang hanya memerhati dari jauh... kalau Kelantan berjaya ke final sebarang kejohanan bolesepak di malaysia ni ...adalah cuti umum...aku boleh buat kerja luar dari rutin...



Pahang Vs Kelantan = Anak Selangor di Kelantan juga yang menang kerana dapat Cuti Free 

Sunday, October 27, 2013

Kota Bharu mulai hujan turun dalam tempoh yang panjang. Pra-Tengkujuh lagaknya. Pada keadaan sebegini aku pastikan stok makanan dalam rumah cukup hingga 3 atau 15 hari supaya tidak sukar untuk keluar masuk ke pasar/supermarket. Bekalan makanan dari kebun pun mula dicari dan dipastikan dapat membantu di musim sejuk dingin ni.


Bagi ku hujan memudahkan untuk menanam pokok pisang dan juga pokok bunga...ia terus bercambah subur dengan air dari langit. Cuma ... mana ada orang nak meredah lecah dan basah sedangkan duduk rumah lagi "comfort"...aku ingat bila bayangkan saat susah manusia sanggup buat apa sahaja..kenapa tidak aku...

Wednesday, October 23, 2013

Adib Fawzan mewakili generasi Y yang bergantung kegiatan sosial dengan gadget...banyak membaca...kerap bertanya untuk kepastian. Cita-citanya tinggi.
Bersama pelajar Bachelor of Economics sem 2 tahun 2013 selepas memberikan lecture di AU200 ni.
Pulau Mutiara kawasan maju, masyarakatnya bertamadun, kemudahan tip-top. Menghadiri majlis perkahwinan di Masjid Bayan Baru.
Jumaat ini 25 Oktober pembentangan bajet 2014 bukanlah menjanjikan apa sesuatu yang indah. Ia adalah bajet negatif/defisit. Kita sudah mulai memikirkan perkara keutamaan dan keperluan untuk dilakukan, mula berjimat cermat, bersederhana, ala kadar, memastikan stok dan simpanan sentaiasa mapan dan boleh diguna bila perlu untuk aktiviti produktif. Kerajaan mesti memberi "sedikit" kepada rakyat untuk pendapatan boleh guna supaya dapat mengerakkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kadar cukai individu, menambah rebet serta mengekalkan subsidi bagi barangan yang boleh memacu pertumbuhan. Mula lah kita...ada yang patut dilebihkan & ada yang patut dikurangkan....

Monday, October 21, 2013

Minggu ni aku sedang sibuk buat servey..mencarikan lokasi yang sesuai.buat seorang sahabat lama untuk dibina kediaman di kelantan ni. Aku cadangkan kawasan Triangle Wakaf Che Yeh-Kubang Kerian & Pasir Tumbuh kerana ia kawasan yang banyak kemudahan baru dan senang untuk keluar masuk ke Kota Bharu...aku telitikan kerja ni supaya hasilnya sempurna..InsyaAllah.
Add caption

Saturday, October 12, 2013

Hotel UiTM Shah Alam

Bermalam di sini untuk menyelesaikan beberapa urusan di Klang dan urusan aina dan aiza sebelum pulang ke Kota bharu.


Tokoh Pembaca

Aku beritahu pegawai di Perpustakaan Tengku Anis UiTM Machang bahawa ini adalah kali kedua aku menang tokoh pembaca. Kata mereka kerana saya layak maka diberi saya sedikit penghargaan ini. Terima kasih daun keladi...jika ada projek saya akan ke library lagi...



Ke Pulau Pinang & Sg Petani

Pulau Pinang negeri maju dengan seluruh bahagian pulau telah dibangunkan dan masyarakat yang berbudaya. Anak-anak gembira dapat ke The Carnival, Sg. Petani.

Undangan Majlis Kahwin

Majlis perkahwinan di Klang & Bangi

Friday, October 4, 2013

Sem. Oktober 2013 PACE UUM akan bermula 10 oktober 2013. Aku dijadualkan memberi kuliah pada kelas sebelah malam jam 8-12 tengah malam. Raya Aidil Adha bakal menjelang dengan jamuan daging korban. Aina dan Aiza akan kembali dalam minggu itu. Makcik jual goreng pisang dah bertanya bekalan buah pisang namun ku jawab belum begitu tua untuk dipetik. Tunggu dulu. Aku tengah selang selikan dengan mengecat dan ke kebun. Ranvangnya pada cuti 5 hari sempena Deepavali ni kami akan menuju ke selatan tanah air. Juga nak tanam sedikit pokok buah di tanah yang telah ditambun dulu...Jumpe lagi ye.