Friday, June 15, 2012

Perakaunan Islam 8



  1. Pengenalan
Aktiviti ekonomi boleh dilakukan secara individu jika mempunyai kekuatan yang sepatutnya. Ia juga boleh dilaksanakan secara perkongsian atau usahasama bagi membentuk keuatan bersama dan menggembeling kekuatan.
  1. Definasi
Percampuran harta yang dimiliki oleh dua orang sehingga tiada perbezaan antara mereka. Dua oran atau lebih membuat perjanjian perkongsian untuk menjalankan sesuatu projek perniagaan dan mereka bersama menyumbang modal dan berkongsi untung-rugi
  1. Jenis-Jenis Syarikat
            Syarikat Amwal (harta)
            Syarikat Ashkhas (Individu)
            Syarikat Mudharabah (Berhad)

  1. Perjanjian Syarikat
  2. Syarat-Syarat Syarikat
5.1 

Perakaunan Islam 7


INSURAN ISLAM / TAKAFUL



  1. Pengenalan
Konsep insuran Islam diasaskan kepada konsep takaful.
  1. Definasi Takaful
Perkataan takaful berasal dari perkataan bahasa Arab Ka, Fa dan Lam yang bermaksun tadhamun iaitu menjamin satu sama lain. Ia juga merujuk kepada perkataan al-Ta’min iaitu kesejahteraan dan al-musyarakah iaitu perkongsian. Oleh itu takaful ialah perkongsian tanggungjawab atau perkongsian jaminan di antara satu sama lain.

Takaful Islam beroperasi berasaskan perpaduan, rasa tanggungjawab dan hubungan persaudaraan di antara peserta. Peserta skim takaful ini bersetuju untuk memberi sumbangan kewangan berdasarkan tabarru’ (derma) dengan niat kerana Allah bagi membantu sesama mereka. Mereka bersetuju menanggung beban secara bersama kerana sebab-sebab kecederaan, kematian, kehilangan, kerosakan, bencana dan sebagainya.


  1. Perkembangan Takaful

  1. Falsafah Takaful
4.1  Bertanggungjawab
4.2  Bekerjasama bantu-membantu
4.3  Lindung-melindungi

  1. DAN KEPENTINGAN TAKAFUL


  1. Operasi Takaful
6.1  Takaful Keluarga
6.2  Takaful Am


  1. Perbezaan Takaful Islam dan Insuran Konvensional
7.1  Takaful mengamalkan konsep ta’awun (bekerjasama) sedangkan insuran konvensional mengamalkan system kapitalis berasaskan keuntungan.
7.2  Takaful mengamalkan konsep bersama menyertai sedangan 

Perakaunan Islam 6


BAB 6
AL-RAHN (Pajak Gadai Islam)




  1. Pengenalan
Al-Rahn merupakan salah satu mekanisme sistem ekonomi Islam sebagai suatu alternatif atau jalan keluar untuk menyelesaikan masalah untuk mendapatkan wang tunai segera terutama di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek/segera/mudah yang bebas dari amalan riba.

  1. Sejarah Perkembangan al-Rahn
Pajak gadai berkaitan dengan hutang dan berhutang merupakan sifat semulajadi manusia untuk mendapatkan barangan dan juga wang. Hutang menyebabkan wujud amalan riba sebagai jalan keluar untuk jaminan setiap hutang dibayar balik. Riba dikenakan oleh pemberi hutang dan mengenakan syarat sekiranya dalam tempoh tertentu sekiranya hutang gagal diselesaikan maka gadaian akan luput (hangus) atau menjadi hak milik pemberi hutang. Ini merupakan salah satu bentuk eksploitasi, tipu muslihat dan kezaliman orang yang berharta ke atas orang lain.

Di Malaysia industri Pajak Gadai tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 iaitu meerima atau mengambil dari seseorang sebarang benda untuk dijadikan cagaran untuk pembayaran balik sejumlah wang yang tidak melebihi RM 5,000.00 dengan perjanjian benda tersebut akan ditebus semula. Pada kebiasaannya pajak gadai konvensional menetapkan; apabila nilai barangan sandaran rendah maka tinggi kadar bunga, tidak memberikan nilai semasa barangan gadaian, penggadai akan kehilangan hak jika barang gadaian tidak ditebus.

  1. Definasi al-Rahn
Pinjaman wang dengan meletakkan barangan (emas) sebagai cagaran dalam tempoh tertentu. Atau menjadikan sesuatu (barangan atau emas) sebagai jaminan kepada hutang yang menjadikannya sebagai bayaran sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan.

  1. Hukum al-Rahn
Ia adalah harus sebagaimana transaksi jual beli yang lain. Bahkan Rasulullah s.a.w. bergadai baju besinya untuk mendapatkan gandum dari seorang Yahudi bernama Abu Shaham.

  1. Falsafah al-Rahn
5.1  Keadilan
Islam menentang segala bentuk penindasan, eksploitasi pemberi hutang ke atas orang yang berhutang. Keadilan mesti ditegakkan dalam kehidupan bukan sahaja sesama Islam tetapi juga sesame manusia.

5.2  Konsep harta
Harta adalah milik Allah yang dikurniakan kepada manusia hasil dari daya usaha yang dibenarkan syarak. Ia dikawal oleh manusia dan menjadi tanggungjawab kepada manusia untuk menguruskannya sebaik mungkin.

5.3  Tanggungjawab
Penggadai dan pihak yang menerima gadaian mesti bertanggungjawab dengan tidak merampas, menipu dan sebagainya dan bermuamalah dengan batasan kemanusiaan untuk bentu membantu untuk memberi modal dan kurang berkemampuan.

5.4  Kebajikan
Transaksi gadaian merupakan kerja amal untuk semata-mata kebajikan dan pertolongan terhadap mereka yang memerlukan. Ia bukan bermotifkan keuntungan walaupun ia adalah suatu industri perniagaan.

  1. RUKUN DAN SYARAT AL-RAHN
a.      Sighah atau ucapan penawaran dan penerimaan
b.      Orang yang menggadai (berhutang)
c.       Pemegang gadaian (pemberi hutang)
d.      Barang gadaian
e.       Sebab gadaian iaitu hutang

  1. OPERASI AL-RAHN DI MALAYSIA
7.1  Qard al-Hasan
Merupakan pinjaman tanpa faedah untuk mencari kebaikan/kebajikan. Peminjam hanya perlu membayar pokok pinjaman sahaja. Tiada bayaran lain yang dikenakan. Walau bagaimanapun sekiranya penggadai hendak memberi saguhati/hadiah adalah dibenarkan.

7.2  Bai Bi Thaman Ajil
Merupakan bayaran ansuran. Penjual barangan memberikan barangan kepada pembeli tetapi pembeli menangguhkan bayaran sehingga ke suatu tempoh tertentu.

7.3  Bai Wafa’
Jual beli hutang iaitu perniagaan hutang apabila seseorang yang memberi hutang kepada pihak lain boleh menjual haknya untuk mengutip hutang itu kepada pihak lain menurut sebagaimana harga yang dipersetujui.

7.4  Bayaran Perkhidmatan
Sejumlah bayaran tertentu meliputi kawalan keselamatan, lessen, deposit, sewa bangunan dan sebagainya untuk menjalankan kegiatan syarikat al-Rahn.

7.5  Upah Simpan
Bayaran untuk selain bayaran perkhidmatan seperti membayar gaji pekerja al-Rahn. Berdasarkan nilai barangan gadaian (emas tulen).

7.6  Barang gadaian tidak lupus
Barang yang digadai walaupun nilai gadaian itu pada kadar 65% atau 50% adalah menjadi hak penggadai dan tidak akan lupus bahkan jika ada lebihan hasil dari proses lelongan hendaklah diserahkan kepada penggadai kerana tidak boleh mengambil hak orang lain.

7.7  Pinjaman tanpa faedah
Pinjaman yang mencagarkan emas tulen.

7.8  Kadar upah mengikut nilai barang
Setelah penggadai membayar pinjamannya, ia boleh mendapatkan kembali barang gadaiannya dengan membayar sama upah simpan barang berdasarkan nilai barangan gadaian dan bukannnya jumlah pinjaman.

7.9  Lelong sebagai jalan terakhir
Melelong atau menjual barangan gadaian (emas) dibenarkan dengan syarat mendapat izin dari penggadai terlebih dahulu walaupun penerima gadaian juga mempunyai hak. Akan tetapi sekiranya penggadai enggan maka penerima gadaian boleh membawa tuntutan ke mahkamah bagi mendapatkan haknya kembali (hutang).

  1. PAJAK GADAI KONVENSIONAL: SUATU PERBANDINGAN DENGAN AL-RAHN
8.1  Nilai gadaian merosot.
8.2  Kadar faedah (riba) yang tinggi bagi pinjaman yang diberi.
8.3  Nilai gadaian yang rendah bahkan akan luput jika hutang tidak dapat dijelaskan dalam tempohnya.
8.4  Surat gadaian sukar difahami dengan tujuan untuk menjerat penggadai.
8.5  Melelong gadaian tanpa memberitahu penggadai supaya pemberi hutang gadaian boleh memindahkan milik barang gadaian kepada mereka.
8.6  Wang lebihan gadaian tidak dipulangkan kepada penggadai.
8.7  Acara lelong tidak disebarluaskan.
8.8  Pemegang gadai / pemberi hutang menuntut wang pendahuluan.

  1. PENUTUP
Sistem al-Rahn pesat berkembang di Malaysia. Banyak syarikat al-Rahn muncul seperti Sistem Gadaian Islam Kelantan (al-Rahn), Muassasah Gadaian Islam Terengganu, Sistem Gadaian al-Rahn Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Sistem Gadaian Islam Bank Islam Malaysia Berhad dan Sistem gadaian Islam (al-Rahn) Pahang. Ia menjadi satu skim kredit mikro untuk kegiatan ekonomi kecil dan sederhana malah membuktikan kepentingan emas sebagai cagaran/sandaran dalam urusan peminjaman wang.

Perakaunan Islam 5


PERAKAUNAN
DALAM INSTITUSI KEWANGAN ISLAM
(BANK ISLAM)



  1. PENGENALAN
Sistem kewangan Islam berpunca daripada fiqh muamalah iaitu satu cabang dari Cara hidup Islam (al-Din). Dari sistem itu muncul pula institusi kewangan Islam dan perakaunan Islam sebagai lanjutan dari perkembangan sistem ekonomi Islam. Keutamaan bidang ini adalah untuk menggelakkan transaksi yang melibatkan riba keranan amalan riba telah memberi kesan yang sangat negatif kepada masyarakat  dalam pelbagai aspek kehidupan.

  1. SEJARAH BANK ISLAM
            Tahap pertama
Pada tahun 1940an sarjana ekonomi Islam sudah mula melahirkan idea perbankan tanpa riba dengan mengutarakan kesan keburukan riba kepada kehidupan masyarakat dan negara. Ini dirintis oleh Dr. Muhammad Uzir (1955) melalui An Outline of Interestless Banking serta penulis lain seperti Muhammad Abdul Mannan (1958).

            Tahap kedua
Di sekitar tahun 1960an telah wujud model perbankan tanpa riba di Mitt Ghamr, Mesir dalam lingkungan masyarakat petani yang diasaskan oleh Ahmed al-Naggar dalam usaha untuk memberi pinjaman kepada usahawan untuk memulakan perusahaan berskala kecil. Ia telah mendapat sambutan hangat apabila ramai kalangan pendduduk menjadi penyimpan dan peminjam untuk aktiviti ekonomi sehingga kerajaan Mesir menutupnya kerana sebab ia bukan inisiatif kerajaan.

            Tahap ketiga
Pada tahun 1970an, idea penubuhan Bank Islam telah dijadikan agenda mesyuarat menteri-menteri luar OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam). Mesir untuk agenda sosio politikmenubuhkan Nasser Social Bank (1971), Bank Pembangunan Islam (IDB)(1975) untuk galakkan pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara Islam. Terdapat juga bank persendirian seperti Dubai Islamic Bank (1975). Malah penubuhan bank berstatus syarikat awam seperti Kuwait Finance House, Faisal Islamic Bank of Mesir dan Faisal Islamic Bank of Sudan. Perkembangan yang memberangsangkan berlaku di tahun 1980an apabila ditubuhkan Bank Islam di Bahrain, Abu Dhabi, Qatar, Malaysia, Mauritania, Zanzibar, Iraq dan Turki. Serta institusi seumpamanya di Jordan, UAE, Kuwait dan Pakistan.

  1. DEFINASI PERBANKAN ISLAM
Organisasi yang terlibat secara langsung dengan amalan kewangan dan harta yang berasaskan syariah dalam perlaksanaan aktivitinya. Ia memberi pembiayaan atau menyediakan dana dari pelabur dan penyimpan bagi mengerakkan kegiatan ekonomi.

  1. FALSAFAH BANK ISLAM
            Konsep pemilik
Allah pemilik sebenar segala sumber kekayaan di alam ini termasuk juga manusia. Dia berhak menentukan segala peraturan bagi penggunaan segala sumber di alam ini. Manusia hanya pengguna yang diberi tanggungjawab penggunaan yang baik.

            Konsep khalifah
Manusia adalah khalifah Allah di bumi. Ia bertanggungjawab bagi pihak Allah memegang amanah mengurus segala sumber di alam ini selaras dengan peraturan yang ditentukan oleh Allah untuk pembangunan dan kebahagiaan manusia.

            Integrasi nilai akhlak
Semua kegiatan ekonomi yang dibiayai oleh dana bank Islam mesti mematuhi nilai-nilai akhlak murni dan mengenepikan akhlak yang negatif supaya mampu membawa kesejahteraan sosio-ekonomi kepada masyarakat. Bank Islam membiayai projek yang membawa kepada ketinggian moral dan bersama-sama menyokong usaha ke arah ketinggian nilai akhlak.

            Positif terhadap pembangunan ekonomi
Segala sumber ekonomi hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin dengan aktiviti pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asasi (dharuriyah) masyarakat secara efisyen dan membenteras segala penyelewengan dan aktiviti ekonomi yang buruk seperti menyorok harta, salahguna harta, riba dan sebagainya.

            Agihan semula berasaskan sosial
Tanggungjawab pemilik harta adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan zakat, sedekah, derna dan sebagainya sebagai suatu tanggungjawab sosial. Bank Islam membuat pengagihan zakat dan keuntungan untuk membantu usaha memperkasakan sistem sosial masyarakat.

            Menolak riba
Riba adalah sutu bentuk pemerasan terhadap golongan miskin dan kurang berkemampuan apabila terlibat dengan transaksi hutang. Riba amat berbeza dengan transaksi jual beli. Ia merampas hak orang lain dengan cara zalim sehingga memberi kesan negatif kepada pemilikan, kuasa beli, tekanan psikologi dan sebagainya.

            Perkongsian untung
Kerjasama perniagaan antara pelabur dan pengusaha atau bank dan pengusaha dapat membawa kepada penerokaan peluang-peluang perniagaan yang lebih luas dengan pulangan untung yang diagih secara saksama sebagaimana nisbah pembahagian yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Ia merupakan kerjasama modal dan kemahiran yang bersifat integratif dan berdaya saing untuk pembangunan ekonomi.

  1. CIRI-CIRI BANK ISLAM
            Orientasi akidah
Operasi Bank Islam terikat dengan sistem akidah Islam iaitu kepercayaan terhadap keesaan Allah. Ini bererti operasi bank Islam mesti mengikut panduan Allah dan tidak menyekutukannya dengan mengambil panduan operasi bank yang bercanggahan dengan kehendak Allah.

            Orientasi sosial
Bank Islam beroperasi untuk membangunkan masyarakat menerusi pembiayaan dana projek ekonomi yang berdaya maju dalam masyarakat, membangunkan modal insan melalui pembiayaan pendidikan dan kemahiran serta turut sama menyumbang hasil keuntungannya untuk menyelesaikan pelbagai segmen lemah dalam masyarakat.

            Tazkiyah
Bank Islam berusaha untuk menyucikan masyarakat dari unsur-unsur dosa seperti amalan riba, aktiviti ekonomi yang sah menurut syarak dan amalan ekonomi yang berakhlak supaya mampu memberi sumbangan kepada pembangunan yang mampan.

            Ukhuwwah dan ta’awun
Bank Islam memberi penekanan kepada sifat setiakawan dan kerjasama strategik antara bank-usahawan atau antara pemodal-usahawan melalui prinsip al-mudharabah dan al-musyarakah. Pelbagai pihak boleh saling bantu membantu memperkuat semua aspek yang lemah dan mampu menjana keuntungan melalui gabungan kerja dan modal.

            Adil
Bank Islam bersifat adil dengan tidak mengenakan riba yang bersifat zalim bahkan berusaha mencari peluang perniagaan dan pelaburan baru. Keuntungan hasil perniagaan akan dibahagi secara adil menurut nisbah pembahagian yang dipersetujui dan bukan sebagaimana bank konvensional yang hanya memberikan kadar interst yang tidak begitu memberangsangkan dan di masa yang sama mengenakan kadar interest yang tinggi.

            Pelbagai
Bank Islam mempunyai fungsi yang pelbagai seperti bank sosial, bank antarabangsa, bank pelaburan, bank kerajaan dan bank pelbagai.

  1. OPERASI BANK ISLAM
            Sumber dana
a    Ekuiti pemilik saham
Diperolehi dari pemilik saham asal iaitu majlis-majlis agama Islam negeri, Tabung Haji dan juga hasil penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur.

b.   Akaun semasa
Untuk individu dan juga syarikat disediakan atas prinsip al-Wadi’ah yad Dhamanah iaitu bank boleh menggunakan wang penyimpan dengan izin. Keuntungan dan manfaatnya menjadi milik bank atau bank boleh mengenakan bayaran tertentu kepada penyimpan atas perkhidmatan tertentu. Dalam pada itu, penyimpan boleh menggunakan wangnya dengan mengeluarkan semua atau sebahagian pada bila masa sahaja yang diperlukan.

c.   Akaun simpanan. Bank memberi buku simpanan dan menawarkan perkhidmatan yang lain kepada penyimpan. Bank memberikan sebahagian keuntungan kepada penyimpan mengikut budi bicara bank.
     
  1. Akaun pelaburan. Bank sebagai pengusaha dan penyimpan sebagai pemilik modal. Kedua mereka bersetuju membahagi keuntungan yang diperolehi dari pelaburan bank mengikut nisbah yang ditentukan oleh bank (eg. 70:30)(60:40). Mengikut prinsip mudharabah ini, simpanan pelaburan yang dibuat oleh peyimpan hendaklah ditentukan tempohnya seperti 3,6,9,12,15,18 atau 24 bulan dan penyimpan tidak boleh mencampuri urusan pelaburan wangnya.

            Pimbiayaan dana
  1. Kontrak al-Mudarabah. Bank menyediakan modal projek tetapi tidak terlibat secara langsung. Bank hanya menyelia.

  1. Kontrak al-Musyarakah.  Bank bersama dengan pengusaha melakukan kerja dan menyediakan modal bersama-sama mengikut nisbah yang dipersetujui. Mereka sama-sama terlibat dan mempunyai hak yang sama dalam mengurus projek. Untung rugi akan dikongsi bersama.

  1. Kontrak al-Bay bi thaman al-Ajil. Jualan beransur iaitu menjual sesuatu dengan serahan segera barangan dan ditangguhkan bayaran (dibayar secara ansuran) pada suatu masa kelak. Bank membeli aset yang dikehendaki oleh pelanggan dan kemudian menjual semula barangan tersebut kepada pelanggan pada tingkat harga yang dipersetujui meliputi harga kos dan margin untung.

  1. Kontrak al-Ijarah. Pembiayaan sewaan kepada pelanggan yang hendak mendapatkan hak perkhidmatan. Bank Islam membeli aset dan meyewakan kepada pelanggan dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

  1. Kontrak al-Murabahah atau Buyu’ al-amanah kerana bank/penjual dikehendaki menyatakan harga barangan yang dibeli sebelum ia hendak jual semula. Bank menjual semula secara hutang sesuatu barangan pada harga termasuk keuntungan (mark-up)(Cost-plus) yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

  1. Kontrak Bay’ al-Salam. Membeli barangan yang dinyatakan kretarianya tetapi barangan dan harganya ditangguhkan bayaran dan penerimaanya.

  1. PERBEZAAN ANTARA BANK ISLAM DAN BANK KONVENSIONAL
  1. Menghapuskan unsur riba dalam semua kegiatan ekonomi
Bank Islam meyediakan dana pembiayaan kepada pelaburan untk pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh orang Islam. Menentukan barangan dan perkhidmatan itu juga adalah halal. Malah memastikan semua peringkat pengeluaran adalah mengikut syarak. Menentukan semua faktor pengeluaran mengikut syarak dan menentukan keperluan utama masyarakat didahului.

  1. Keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial melalui pembiayaan dalam sektor yang halal yang boleh membantu pembangunan negara serta memberi peluang yang saksama kepada semua lapisan rakyat.

  1. PENUTUP
Perbankan Islam merupakan suatu industri yang diperlukan untuk membantu menjana aktiviti pembangunan negara. Ia merupakan hasil dari pengamalan sistem ekonomi Islam. Operasi perbankan Islam melalui sumber dana dan pembiayaan dana memerlukan kemahiran perakaunan supaya ia mampu memberikan yang terbaik kepada kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Perakaunan Islam 4


PERAKAUNAN ZAKAT



  1. PENGENALAN
Zakat adalah salah satu dari Rukun Islam. Ia merupakan kewajipan terhadap harta. Menunaikan zakat adalah wajib dan mampu menjana sumber-sumber dan aktiviti ekonomi. Dalam masa yang sama pengagihan zakat berupaya memperbaiki keadaan sosio-ekonomi sesebuah negara melalui aspek pengumpulan dan pengagihan zakat.

  1. DEFINASI ZAKAT
Dari segi bahasa, zakat bermaksud menjadikan sesuatu bersih, bertambah, berkembang, berkat dan subur,
Dari segi istilah zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada golongan yang berhak berdasarkan kaedah dan syarat yang ditetapkan oleh syarak.

“Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka”. (al-Taubah: 103)


  1. KEWAJIPAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu Rukun Islam dan hukumnya wajib ke atas orang yang berkemampuan. Mengingkari kewajipan berzakat adalah berdosa dan boleh diperangi. Ia merupakan sumbangan yang wajib dilaksanakan dan dipungut oleh kerajaan. Individu yang memiliki harta yang melebihi had atau kadar (nisab) wajib membenarkan kerajaan memungutnya. Berzakat adalah ibadah untuk mensucikan rohani, akal fikiran dan moral di samping membantu kemajuan sosio-ekonomi negara.

  1. SYARAT-SYARAT ZAKAT
            Islam. Hanya diwajibkan kepada orang Islam sahaja dan tidak kepada orang kafir atau yang bukan beragama Islam.

            Sempurna milik. Sesuatu harta itu menjadi milik yang sah yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Justeru itu harta sewaan, wakaf, pinjaman, harta haram adalah tidak wajib dizakatkan.

            Cukup nisab/ kadar. Cukup kadar minima untuk penentuan zakat. Kebanyakan harta nisabnya ialah nilai emas semasa iaitu 85g (zakat pendapatan, emas, perniagaan, simpanan dan saham). Akan tetapi nisab zakat pertanian dan ternakan ada formulanya tersendiri.

            Cukup haul / tahun hijrah. Satu tahun qamariah (bulan) ialah 354 hari bagi emas, perak, perniagaan, pendapatan, saham simpanan dan ternakan. Ia berasaskan tahun hijrah. Tidak boleh digunakan satu tahun syamsiyah (matahari) iaitu 365 atau 366 hari. Walau bagaimanapun haul tidak tertakluk kepada hasil galian dan pertanian. Ia dikenakan zakat sebaik sahaja ia dikeluarkan dari bumi atau dituai.

            Harta berkembang (al-mustaghallat)
Zakat dikenakan kepada harta yang berpotensi untuk bertambah (berkembang). Ia tidak dikenakan zakat pada harta itu sendiri sebaliknya dikenakan zakat kerana aktiviti harta itu seperti hasil sewaan rumah / bangunan / ternakan (tidak dari jenis ternakan yang wajib zakat) ataupun hasil industri hiliran seperti gamat, madu, telor.


  1. JENIS-JENIS ZAKAT
            Zakat fitrah. Wajib setiap individu membayarnya satu tahun sekali iaitu bermula dengan bulan Ramadan hingga akhir Ramadan.

            Zakat harta. Wajib setiap individu membayarnya apabila harta yang dimilikinya mencapai kadar (nisab) dan tempoh (haul) yang ditentukan syarak.


  1. KEPENTINGAN PERAKAUNAN ZAKAT
            Mengurangkan ketaksamaan ekonomi dalam masyarakat dengan pengagihan kekayaan masyarakat agar tiada yang dibelenggu kemiskinan dan kemelaratan.

            Harta tidak hanya terkumpul kepada golongan kaya sehingga menjadikan mereka zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak adil.

            Orang kaya yang membayar zakat tidak akan memperolehi sebarang faedah

            Dikenakan ke atas orang Islam sahaja

            Kadar zakat berbeza mengikut jumlah usaha dan modal.


  1. ASAS PERAKAUNAN ZAKAT
            Penilaian berdasarkan harga semasa. Ia mengikut tempoh haul dan tarikh pusingannya iaitu awal dan akhirnya.

            Tempoh satu tahun qamariah (bulan). Cukup tempoh satu tahun qamariah 354 hari.

            Satu tahun tempoh pengeluaran. Akaun zakat dikira untuk tempoh satu tahun sahaja. Hasil yang diperolehi melebihi tahun berkenaan hendaklah dibawa ke taun hadapan berikutnya.

            Berdasarkan nisab yang ditentukan iaitu 85 g emas (20 dinar) atau 595 g perak (200 dirham) ataupun menggunakan matawang negara berdasarkan berat nilai semasa emas atau perak.

            Dikenakan atas pendapatan bersih dan bukannya pendapatan kasar.

            Bagi zakat pendapatan adalah setelah ditolak perbelanjaan asasi yang munasabah yang ditetapkan oleh negara

  1. KADAR ZAKAT
Bagi harta berubah kadarnya ialah antara 1.25% hingga 2.5%. Manakala bagi harta tetap kadarnya ialah 5%, 10% dan 20%. Kadar zakat perniagaan, pendapatan dan simpanan ialah 2.5%.

  1. KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT HARTA
            Zakat pendapatan. Campurkan semua pendapatan meliputi gaji, elaun, bonus, keuntungan, sewa dan perkongsian dalam tempoh satu tahun hijrah. Tolak dengan perbelanjaan asasi (dharuriyah) seperti makan-minum, pakaian, rumah, kesihatan, pendidikan dan keselamatan bagi diri penzakat, isteri, anak dan ibu-bapa. Juga tolak dengan simpanan untuk menunaikan haji (kali pertama). Jumlah yang tinggal adalah pendapatan bersih.


Contohnya; Andaikan nisabnya ialah RM 5000 bagi haul satu tahun
A. Pendapatan satu tahun
RM
RM
Gaji

48,000.00
Elaun

  5,000.00
Bonus

  5,000.00
Jumlah Pendapatan

58,000.00



B. Tolak perbelanjaan satu tahun (yang dibenarkan)


Diri
  8,000.00

Isteri
  3,000.00

Anak 5 orang (RM 800 X 5)
  4,000.00

Nafkah ibu bapa
  3,000.00

Tanggungan adik beradik
  3,000.00

Caruman Tabung Haji
     500.00

Hutang
  8,000.00

Jumlah perbelanjaan
29,500.00




C. Pendapatan bersih dizakat (A – B)
    58,000.00
-  29,500.00
=  28,500.00

D. Zakat yang dikenakan
(C X 2.5%)
    28,500.00 X 2.5%
=       712.50


            Zakat simpanan. Simpanan wang telah cukup satu haul (tahun hijrah iaitu 354 hari) dan baki yang terendah melebihi kadar nisab (85 g emas). Maka wajib zakat  kadar 2.5%. Kadar simpanan itu hendaklah mengambil kira baki terendah dalam tempoh satu tahun dan tempoh satu tahun itu bermula apabila simpanan itu mula dibuat. Sekiranya ada interest hendaklah ditolak.


Contohnya; Andaikan nisabnya ialah RM 5,000.00
Tarikh
Wang Masuk (RM)
Wang Keluar (RM)
Baki (RM)
1.1.2010
 8,000.00
        -
  8,000.00
2.3.2010
 4,000.00
        -
12,000.00
3.4.2010
     -
 2,000.00
10,000.00
17.6.2010
 1,000.00

11,000.00
8.7.2010
    800.00

11,800.00
9.10.2010
    -
 4,000.00
  7,800.00
5.11.2010
 1,000.00
        -
  8,800.00
31.12.2010
 1,000.00
        -
  9,800.00

Zakat yang dikenakan dikira dari 1 januari hingga 21 disember (354 hari)
Baki terendah ialah RM 7,800.00
Interest iaitu RM 800.00 ditolak kerana ia bukan harta yang sah iaitu RM 7,800 – RM 800.00 = RM 7,000.00
Baki terendah ialah RM 7,000.00 sedangkan nisb ialah RM 5,000. Oleh itu wajib bayar zakat simpanan dengan perkiraan RM 7,000.00 X 2.5% =  RM 175.00


            Zakat perniagaan. Apa sahaja yang diperniagakan (komersilkan) sama ada peniaga kecil, usahawan besar, syarikat, kilang, firma perkhidmatan, aktiviti pertanian (untuk jualan). Asal sahaja boleh diniagakan dan boleh menjana  keuntungan.





Contohnya; Andaikan nisab zakat ialah RM 5,000.00
Perkara
RM
Barang perniagaan (Stok)
5,000.00
Wang tunai
1,000.00
Wang tunai dalam bank
2,000.00
Si berhutang
1,500.00
Pelaburan hasil perniagaan
-
Jumlah
9,500.00

Oleh yang demikian zakat perniagaan wajib dibayar kerana peniaga itu adalah beragama Islam, perniagaannya cukup haul, sempurna milik dan nilai harta perniagaannya melebihi kadar kadar nisab. Kaedah pengiraan jumlah yang perlu dizakat adalah; RM 237.50


Perkara
RM
Nilai harta perniagaan
9,500.00
Kadar zakat perniagaan
2.5% atau 1/40
Jumlah zakat perniagaan
9,500.00 X 2.5% = RM 237.50

            Zakat saham. Pemegang saham wajib membayar zakat sekiranya syarikat tempat ia melabur tidak membayar zakat. Tiada bayar zakat dua kali. Ada tiga cara pengiraan; Membeli atau memiliki saham syarikat untuk tujuan jangka panjang, maka zakatnya ialah zakat perniagaan iaitu 2.5%.; Membeli saham untuk tujuan menyimpan dan menunggu harga saham meningkat, maka zakatnya ialah zakat simpanan iaitu mengambil kira nilai harga terndah dalam tempoh haul zakat. Membeli dan menjual saham untuk jangka pendek, maka zakatnya ialah zakat pendapatan iaitu keuntungan bersih saham, dividen iaitu 2.5%. Berhutang untuk membeli saham tidak dikenakan zakat kecuali telah dibayar balik semuanya serta cukup nisab dan haul.
Contohnya; Hadi membeli 4 lot saham (4000 unit saham) syarikat Maju Machang Sdn. Bhd. pada januari 2010 dengan harga RM 4.00 sesaham. Pada hujung tahun sahamnya meningkat kepada RM 5.00 sesaham. Beliau masih memegang saham itu sehingga hujung tahun.
Pengiraan zakatnya ialah RM 5.00 sesaham iaitu
= RM 5.00 X 4000 unit X 2.5%
= RM 20000 X 2.5%
= RM 2500

            Zakat emas dan perak. Sesiapa yang menyimpan atau memiliki emas melebihi 85 g hendaklah mengeluarkan zakat 2.5%. Manakala pemilik perak yang memiliki lebih dari 595 g dikehendaki zakat. Emas yang dipakai oleh perempuan sebagai perhiasan dengan tidak melebihi uruf (adat kebiasaan) tidak perlu dizakat. Emas yang dipakai oleh lelaki adalah haram tetapi wajib dizakat.
Contohnya;

            Zakat pertanian. Hasil pertanian iaitu bijirin dan buah-buahan yang kena zakat ialah barli (seumpama lain diqiyaskan seperti padi, jagung), gandum, anggur dan tamar. Sekiranya tanaman itu disirami oleh air hujan atau mata air semulajadi, maka kadar zakatnya 10% tetapi jika mengeluarkan perbelanjaan untuk menyiraminya seperti guna enjin atau tenaga manusia, kadar zakatnya 5%. Nisab zakat padi di Malaysia mengikut ketetapan majlis agama Islam negeri (contohnya di Kelantan 375 gantang). Kemudian tolak dengan perbelanjaan mengusahakan tanaman meliputi kos traktor, baja, racun, cukai, upah tanam, sewa tanah. Walau bagaimanapun ini tidak termasuk kos mengairi tanaman kerena zakatnya telah dibezakan di sini. Tempoh haulnya ialah apabila dituai dan bukan satu tahun hijrah.

            Zakat ternakan. Syarat zakat ternakan ialah; cukup nisab (unta apabila 5 ekor, lembu apabila 30 ekor dan kambing apabila 40 ekor), telah dimiliki satu tahun (hijrah), diternak (bagi mendapatkan susu, daging, anak), tidak melakukan kerja (mengangkut, membajak).


  1. PENUTUP
Zakat adalah ibadah. Ia wajib dilaksanakan bagi menggerakkan hubungan sosio-politik-ekonomi. Amalan berzakat menggerakkan wujudnya sistem perakaunan, percukaian, sistem kalendar. Ia juga mengajar manusia erti  tanggungjawab.