AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM
1. Pendahuluan
Akidah merupakan perkara yang paling asas dalam
Islam, kerana ia merupakan titik tolak permulaan seseorang muslim. Ia merupakan
cahaya yang menerangi seseorang kejalan yang lurus dan menjadi manusia tidak
sesat dalam menjalani kehidupan di dunia serta menjauhkannya dari segala bentuk
kejahatan. Dalam Islam akidah ialah iman atau kepercayaan. Rasulullah
s.a.w. pernah member keterangan tentang iman dihadapan para sahabat
ketika seorang lelaki (malaikat jibril)
yang menyamar dalam bentuk manusia menanyakan kepada baginda “apakah yang di
maksudkan dengan iman? Rasulullah s.a.w. menerangkan; “Iman ialah engkau
percaya kepada Allah dan malaikat-Nya dan dengan menyampaikannya dan dengan
rasul-rasul-Nya dan engkau percaya dengan hari kebangkitan”.
2. Definasi Akidah
Akidah
dari segi bahasa berasal daripada perkataaan Arab, iaitu Aqd yang
bererti ikatan atau simpulan. Perkataan
akidah yang bererti dengan ikatan atau simpulan merujuk kepada dua jenis ikatan iaitu dalam bentuk hissi dan
maknawi. Ikatan dalam bentuk hissi ialah
sesuatau ikatan yang boleh dilihat dan dirasa oleh pacaindera seperti ikatan
tali dan sebagainya. Manakala ikatan
dalam bentuk maknawi ialah suatu ikatan yang tidak dapat dikesan oleh
pacaindera seperti ikatan perjanjian, ikatan perkahwinan dan seumpamanya. Hakikatnya ikatan dalam bentuk manakwi adalah
lebih kukuh daripada ikatan yang bersifat hissi, kerana ikatan dalam bentuk ini boleh dirasa oleh hati dan perasaan. Lantaran
itu tidak ada kuasa yang dapat merobah atau memutuskannya kecuali dengan izin
Allah. Dari ikatan maknawi inilah
lahirnya perkataan akidah iaitu ikatan atau simpulan yang khusus bagi
kepercayaan.
Manakala
dari sudut istilah pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan
tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai melainkan dengan
kehendak dirinya sendiri dan dengan izin Allah s.w.t. Akidah Islam bererti kepercayaan atau
keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, tetap, kekal,
pasti dan kudus seperti yang ditentukan oleh Islam, atau dengan perkataan lain
ialah kepercayaan dan keyakinan yang kuat dalam jiwa seseorang terhadap Allah
s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul-Nya.
3. Asas
Akidah Islam
Asas-asas akidah Islam terkadung dalam
Rukun Iman.
Ø Beriman kepada Allah
Ø Beriman kepada Malaikat
Ø Beriman kepada Kitab
Ø Beriman kepada Rasul
Ø Beriman kepada Hari akhirat
Ø Beriman kepada Qada’ dan Qadar
3.1 Beriman
Kepada Allah
Beriman
kepada Allah merupakan perkara yang paling asas dan ianya mendasari seluruh
ajaran Islam. Bermula dengan keimanan kepada Allah inilah akan bercambah kepada
keimana-keimanan yang lain dan ia merupakan semulia-mulia keimanan.
a. Bukti
Kewujudan Allah
Kewujudan
Allah adalah kenyataan yang tidak boleh disangkalkan dan boleh dibuktikan
melalui beberapa kaedah:
i. Melalui
lojik akal
Kewujudan
alam semesta dan sega isi kandungannya boleh digunakan sebagai bukti tentang
kewujudan Allah. Contohnya bumi terbentang luas dan segala isinya seperti manusia, binatang,
tumbuh-tumbuhan dan segala yang ada disekeliling kita. Segala cakerawala
dilangit yang tersusun indah yang begitu
menakjubkan kita, semuanya mempuyai pertalian erat dan saling mengukuhkan antara
satu dengan yang lain membuktikan kewujudan dan kesaan Allah. Dari segi lojik
akal manusia tidak dapat menerima bahawa semuanya terjadi dengan sendiri tanpa
ada pencipta. Setiap sesuatu yang wujud
mesti ada penciptanya sekalipun kita tidak mengenali dan mengetahui bagaimana
ia dicipta.Firman Allah yang bermaksud:
“Dan
di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan
bulan. Jagan kamu sujud kepada matahari
dan jangan pula kamu sujud kepada bulan,dan sebaliknya hendaklah kamu
sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya
beribadat kepada Allah.”
(Fushshilat:37)
Islam
menyeru manusia supaya menggunakan akal dan pacaindera untuk merenung tentang
kejadian alam ini dengan penuh keajiban bagi mengenali Allah. Dengan renungan
dan penyelidikan yang dilakukan sudah tentu manusia dapat mengenali sifat-sifat
Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
·
Dialah sahaja Tuhan yag
sebenar-benarnya
·
Dialah sahaja yang hidup secara mutlak
·
Dialah sahaja yang kekal selama-lamanya
·
Dialah sahaja yang menguasai segala yag
ada dilangit dan di bumi.
·
Dia sahajalah yang bebas melakukan
segala yang dikehendaki
·
Dialah Yang Maha mengetahui keadaan
sekelian makhluk.
b. Melalui Fitrah manusia
Secara
fitrahnya dalam diri manusia ada satu sifat yang tertanam dalam jiwanya merasa
kewujudan Allah dan perasaan ini dimiliki sejak manusia dilahirkan. Allah telah menciptakan manusia dengan
mempunyai sifat beragama dan mengakui kewujudan-Nya dan sifat inilah yang
membezakan manusia dengan haiwan.
Kehendak beragama ini adakalanya terutup atau hilang disebabkan sebab
yang mendatang sehingga menusia berada daam kelalailain dan tidak mengetahui
kewajipannya kepada pencipta. Kelalaian dan kealpaan ini akan terubat apabila
manusia ditimpa oleh kemudharan atau kesusahan dalam kehidupannya. Firman Allah yang bermaksud:
“dan apabila seseorang manusia ditimpa
kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan);;;;
c. Melalui Wahyu
Ayat-ayat
al-Quran banyak menjelaskan bahawa Allah
adalah pencipta segala isi alam ini.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebagai penjelas kepada ayat-ayat suci
al-Quran. Perutusan para nabi juga
disebut oleh Allah dalam al-Quran.
Nabi-Nabi terdahulu sehinggalah kepada Nabi Muhammad , mereka mengajak
manusia supaya mengimanai tuhan sebagai pencipta. Antaranya doa nabi adam yang disebut dalam
surah al-Ankabut ayat 23 bermaksud:
“Wahai Tuahan (pencipta) kami! Kami
telah menzalimi diri kami, dan sekiranya engkau tidak ampun kami dan merahmati
kami, pasti kami akan menjadi orang-orang yang rugi”.
ii. Metauhidkan Allah
Perkataan
tauhid membawa maksud “Esa” atau mengetauhi sesuatu itu satu. Mentauhidkan
Allah ialah mengaku bahawa tidak ada benda lain, kuasa lain, samada manusia
atau jin atau apa sahaja selain daripada Allah. Tauhid adalah ajaran sepanjang sejarah
manusia. Ajaran setiap Nabi dan rasul, sejak nabi Adam a.s. sehinggalah kepada
nabi Muhammad s.a.w. Perkataan “al-Tauhid” dapat dibahagikan kepada tiga
bahagia iaitu;
i. Tauhid Rububiyyah
Tauhid
Rububiyyah bererti mengesakan Allah sebagai pencipta,pemilik, pendidik,
penguasa dan pentadbir seluruh alam.
Perkataan Rab banyak kali disebut dalam a-Quran dan juga al-Hadsi. Contohnya dalam surah al-Fatihah ayat 2 yang bermaksud:
“Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian
alam”.
Al-Fatihah:2)
Segala
yang ada dalam alam ini adalah dalam pengetahuan Allah. Dia bebas melakukan apa
sahaja yang dikehendaki-Nya
Tauhid
Rububiyyah ini dimiliki oleh semua manusia samada Islam atau kafir.
ii. Tauhid Uluhiyyah
Tauhid
Uluhiyyah bererti yakin bahawa hanya Allah yang berhak disembah, dicintai,
dipatuhi dan sebagai tempat memohon pertolongan. Tauhid
Uluhiyyah menuntut manusia
mengabdikan diri kepada Allah dari semua sudut, iaitu Alah sebagai matlamat
pengabdian, Allah sebagai tempat perlindungan, Alah sebagai tempat tumpuan
kecintaan, Allah sebagai pemberi rezek.
dan Alah sebagai sumber perundangan.
iii. Tauhid Asm’ dan Sifat
Tauhid
asma’ dan sifat ialah mengesakan nama-nama Allah yang amat indah dan
sifat-sifat-Nya yang sangat luhur.
Nama-nama dan sifat-sifat tersebut dianjurkan oleh Allah kepda manusia
supaya menggunkannya untuk mengetahui dan mengenali dan mengesakan-Nya. Dengan nama-nama ini juga manusia
diperintahkan menyeru, memohon dan berdoa kepada-NYa . Firman Allah yang bermaksud:
“Dan
Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa
menggunakan nama-namaNya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.
(al-A’raf:180)
Jumlah
nama-nama Allah yang baik (Asma’ al-Husna) ada 99. Imam al-Bukhari, al-Muslim
dan At. Tirmizi meriwayatkan hadis daripada
Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Allah itu mempunyai sembilan puluh
sembilan nama. Sesiapa yang menghafaznya ia akan masuk syurga.
Sesungguhnya Allah s.w.t. itu ganjil dan suka
kepada yang ganjil”.
Sesungguhnya
sifat-sifat Allah bukan sahaja berjumlah
sebanyak dua puluh sifat, tetapi terlalu banyak sehingga tidak ada sesiap yang
mengetahui keculi Allah.
3.2 Beriman Kepada Malaikat
Malaikat
merupakan makhluk ciptaan Allah yang bersifat halus dan termasuk dalam perkara-perkara yang
ghaib. Mereka hidup dialam yang berbeza dengan kehidupan alam semerta yang kita
saksikan. Hanya Allah sahaja yang
mengetahui keadaan dan hakikat malaikat yang sebenarnya. Beriman kepada malaikat bererti seseorang itu
wajib memiliki iktikad atau keyakinan yang sebenar-benarnya bahawa Allah
mempunyai beberapa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat, didengar,
diraba, dicium dan dirasa.
Kewujudan
malaikat tidak dapat dikesan dengan menyelidikan dan pemikiran. Sumber pengetahuan kita berkaitan dengan
malaikat ialah daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Malaikat ialah makhluk Allah yang sentiasa tunduk dan taat kepada
perintah Allah. Firman Allah yang
bermaksud:
“(Ingatlah)
ketika Tuhanmu watikahkan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (member
pertolongan),maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman.”.
(al-Anfal:12)
Konsep
beriman kepada malaikat ialah:
i. Supaya
manusia mengetahui bahawa Allah s.w.t. berkuasa menjadikan apa-apa juga yang
dikehendaki-Nya.
ii. Supaya
manusia insaf bahawa dirinya adalah
salah satu dari makhluk yang dijadikan Allah kerana itu janganlah menganggp
sesuatu yang ghaib itu tidak wujud kerana semata-mata di tidak melihatnya.
iii. Percaya
dan yakin bahawa malaikat merupakan makhluk Allah s.w.t. yang mulia yang
sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah.
Mereka sama sekali tidak pernah derhaka kepada Allah.
Kejadian dan hakikat malaikat
Hakikat
kejadian malaikat adalah berbeza dengan
kejadian manusia dan jin. Malaikat
diciptakan daripada cahaya (nur).
Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:
“Malaikat
diciptakan dari cayaha. Jin diciptaan
dari nyalaan api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diterangkan padamu semua”.
(hadis
riwayat Muslim)
Malaikat
disucikan daripada keinginan hawa nafsu dan terhindar dari perbuatan dosa dan
maksiat. Mereka tidak seperti manusia yang suka makan, minum, tidur , tidak ada
jantina lelaki dan perempuan. Mereka
mempunyai alam tersendiri dan bidang tugas tersendiri. Mereka merupakan makhluk
yang dilengkapi Allah dengan persediaan
untuk mematuhi perintah Allah semata-mata dan tidak pernah mendurhak kepada
Allah.
Malaikat
merupakan makhluk Allah yang kuat dan memiliki sayap yang berbeza di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud:
“Segala
puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang
bersayap; dua, tiga dan empat;ia menambah
pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya…”
(al-Faatir:1)
Perbezaan
sayap menunjukkan nilai dan kedudukannya
disisi Allah. Ia juga menunjukkan
kebolehannya untuk bergerak samada cepat atau lambat dari satu tempata ke satu
tempat yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud:
“Rasulullah melihat jibril a.s. dan
ia mempunyai enam sayap”
(hadis riwayat Muslim)
Tugas
Malaikat
Bilangan
malaikat amatlah banyak dan tidak
diketahui jumlahnya melainkan Allah.
Orang-orang beriman diwajibkan beriman kepada malaikat dengan cara ijmal
(umum) melainkan sepuluh malaikat sahaja
yang diwajibkan beriman secara tafsil (terperinci) iaitu;
·
Malikat Jibril – menyampaikan wahyu
·
Malaikat Mikail – menguruskan hak ehwal
kehidupan
·
Malaikat Israfil – meniupkan sangkakal
·
Malikat Izrail – mengetuai malaikat
mengambil nyawa
·
Malaikat Ridhwan – mengetuai malaikat
menjaga syurga
·
Malaikat Malik – Ketua malaikat menjaga
neraka
·
Malaikat Raqib dan Atid – menulis
amalan manusia
·
Malikat Mungkar dan Nakir – menyoal
orang mati.
Selain
itu ada juga malaikat yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal berhubung dengan
manusia seperti berikut;
·
Ada yang ditugaskan mengawasi kejadian manusia sewaktu dalam
kandungan rahim ibunya.
·
Memerhati amalan-amalan manusia
·
Mengucapkan perkataan Amin
·
Memohon keampunan kepada orang yang bersembahyang
dalam keadaan bersih.
·
Berdoa kepada orang yang merapat saf
dan orang-orang yang berada disaf yang pertama
·
Mencatat susunan kedatangan ahli-ahli
jumaat
·
Berdoa untuk kebaikan orang-orang yang
mengajar perkara-perkara yang baik
·
Memberi penghormatan kepada penuntut
ilmu
·
Melaknat sesiapa yang menyeksa
binatang.
Jelaslah
beriman dengan malaikat menyebabkan manusia bertambah yakin tentang kekuasaan
Allah dan keagungan Allah dan mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan
menjauhi kemungkaran kerana mereka yakin setiap amalan yang dilakukan manusia
akan dicatat oelh malaikat.
3,3 Beriman
Kepada Kitab
Allah s.w.t. telah mengutuskan para Rasul-Nya untuk
menyampaikan ajaran-ajaran, hukum-hukum dan peraturan hidup kepada umat manusia
untuk mencapai keselamatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ajaran-ajaran tersebut ada tercatat dalam
kitab dan ada yang tidak diketahui,
tetapi yang jelasnya setiap nabi menerima risalah untuk disampaikan kepada
kaumnya.
Manusia
disuruh mempercayai kitab-kitab yang diturunkan-Nya kepada nabi-nabi dan
Rasul-Nya. Antara kitab-kitab yang
diturunkan ialah:
·
Kitab Zabur
Kitab
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.. Firman Allah bermaksud:
“Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih
mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan
sesungguhnya Kami telah melibihkan setengah nabi-nabi atas setengahnya dengan
yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.”
(al-Isra’:55)
·
Kitab Taurat
Kitab
taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kitab Taurat, yang menganungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab
itu nabi-nabi menyerah diri (kepada Allah)menetap hokum bagoi orang-orang
Yahudi….”
(al-Maidah:44)
Dalam
kita ini diterangkan hukum-hukum syariat serta iktikad yang benar kepada Allah.
Diterangkan juga mengenai nabi akhir zaman dari keturunan nabi Ismail a.s. Walaubagaimanpun kitab ini telah diubah oleh
orang-orang Yahudi. Firman Allah
bermaksud:
“ Di antara orang-orang Yahudi ada yang
mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah ( isi Kitab Taurat) dari tempat dan
maksudnya yang sebenar..”
(an-Nisa’:46)
·
Kitab Injil
Kitab
ini diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan di antara orang-orang yang
berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil
perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian
dari apa yang diperingatkan mereka dengannya…”
(al-Maidah:14)
Dalam
kitab ini dinyatakan perintah Allah supaya mengesakan_Nya dan larangan
menyekutukan-Nya dan disebut nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanpun kitab ini telah diubah dan
kitab-kitab Injil yang ada sekarang samada injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas
dan Injil Johannes semuanya karangan manusia dan bukan wahyu dari Allah.
·
Kitab Al-Quran
Al-Quran
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan kitab yang terakhir. Ia diturunkan ketika manusia terutamanya
orang Yahudi dan Nasrani berada dalam persengkitaan dan perselisihan dalam
berbagai masalah termasuklah masalah ketuhanan dan kerasulan. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam
firman_nya yang bermaksud;
“Ia
menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) kitab suci (al-Quran) dengan
mengandungikebenran, yang mengesahkan isi kitab suci yang telah diturubkan
dahulu daripadanya, dan ia jua menurunkan kitab-kitab Taurat dan injil”.
(al-Midah
48/3-4)
Hukum
syariat yang terkandung dalam al-Quran
akan kekal selama-lamanya sehingga hari kiamat. Al-Quran terpelihara keaslian pengajarannya dan terselamat
dari sebarang perubahan, pindaan dan
tokok tambah. Allah s.w.t. sendiri menjaganya dari sebarang perubahan . firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.
(al-Hijr:9)
Perbezaan
al-Quran dengan kitab-kitab sebelumnya
·
Beriman dengan al-Quran bukan sekadar
percaya bahawa ia adalah kalamullah, tetapi kita mesti mempelajari, memahami
dan melaksanakan seluruh ajaran yang terkandung di dalamnya. Manakala kitab-kitab yang lain kita hanya dituntut supaya menyakini bahawa
ianya dari Allah.
·
Kitab-kitab suci yang lain telahpun
mengalami perubahan sedangkan al-Quran masih asli dan terpelihara dari sebrang
perubahan.
·
Kitab-kitab suci yang lain sesuai untuk
umat pada zaman itu sahaja, sedangkan al-Quran sesuai pada setiap masa dan
tempat. Manakala isi kandungannya
lengkap dan mencakupi selurh aspek kehidupan manusia.
3.4 Beriman Kepada Rasul
Allah
telah mengutus nabi dan rasul kepada setiap umat
untuk membimbing manusia kejalan yang benar. Nabi ialah orang yang
menerima wahyu dari Allah. Nabi yang
diperintahkan oleh Allah menyampaikan wahyu dalam bentuk syariat disebut rasul
Allah. Oleh itu seorang rasul adalah seorang nabi tetapi seorang nabi belum
tentu menjadi rasul. Dalam al-Quran Allah menyatakan bilangan rasul seramai 25
orang. Manakala bilangan nabi sebagimana
yang dinyatakan oleh Rasulullah seramai 124,000 orang.
Rasul
berkewajipan menyampaikan risalah dan
wahyu kepada manusia. Oleh itu beriman
kepada para rasul bererti mempercayai bahawa Allah telah memilih di antara
manusia menjadi utusan-Nya untuk membimbing manusia kejalan yang lurus. Rasul
memiliki empat sifat keistimewaan yang merupakan kelebihan mereka dari manusia
lain. Sifat-sifat yang menjadi bukti
bagi seorang rasul ialah sidiq
(benar),amanah tabligh (menyampaikan) dan fathanah (kecerdikan/bijaksana).
Dalam
Al-Quran Allah menyeru manusia supaya beriman kepada semua rasul-rasul. Orang yang beriman kepada setengah
rasul-rasul dan mengingkari yang lain tidak termasuk dalam golongan orang-orang
yang beriman. Tidak perbezaan di antara
Nabi Muhammad dengan rasul-rasul yang lain kecuali dalam tiga perkara:
·
Rasul yang lain diutuskan kepada umat
mereka dan untuk masa yang tertentu.
Adapun nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh alam meliputi manusia, jin dan malaikat
sehingga hari kiamat.
·
Ajaran rasul yang terdahulu tidak
terpelihara dalam bentuknya yang asal, sedangkan ajatran Nabi Muhammad akan
terpelihara hingga hari kiamat.
·
Ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul
terdahulu tidak lengkap dan sempurna, sedangkan ajaran Nabi Muhammad merupakan
ajaran yang lengkap dan sempurna.
3.5 Beriman Kepada Hari Akhirat
Keyakinan
pada hari akhirat merupakan Rukun Imam yang kelima dan merupakan asas ajaran
al-Quran dan al-Sunnah. Hari akhirat
berlaku dengan kemusnahan alam semesta.
Pada hari tersebut akan mati segala makhluk yang belum mati dan bumi
akan berganti dengan alam yang lain yang disebut sebagai alam akhirat.. Firman Allah yang bermaksud:
“(ingatlah) masa hari bumi ini
diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah Yang
Maha Esa, lagi Maha Kuasa”.
(Ibrahim:48)
Pada
hari tersebut Allah akan menghidupkan
semula manusia yang telah mati dan mengumpulkan mereka di hadapan-Nya untuk
dihisab seluruh amalan sama ada yang
baik atau yang jahat. Oleh itu barangsiapa mempunyai amalan kebaikan yang lebih
akan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang mempunyai amalan kejahatan yang lebih akan dimasukakan
kedalam neraka.
Hari
Akhirat Merupan Impian Kecil Manusia
·
Manusia hidup di atas muka bumi ini
terlalu singkat, sedangkan cita-cita dan harpan mereka tidak terbatas. Ketika ia mati banyak lagi hajat dan
kemahuannya yang belum tercapai. Sebagai
contoh ia akan meninglkan orang yang disayangi yang menyebabkan ia merasa sdih
dan terharu untuk bercerai dengan mereka dan mereka yang ditinggalkan juga
merasa sedih terhadap
kehilangannya. Oleh itu menjadi harapan
mereka semoga Allah pertemukan mereka suatu hari nanti.
·
Manusia selalu memerhatikan
perkara-perkara yang berlaku disekeliling dan
dilihatnya berlaku pertembungan di antara kebaikan dan kjahatan dan
kerap kali kejahatan mengalahkan kebaikan dan keburukan mengatasi
kemuliaan. Oleh itu hati kecil manusia
mengharapkan kewujudan suatu tempat di mana orang yang melakukan kebaikan
mendapat ganjaran yang setimpal dan orang yang melakukan kejahatan akan
menerima hukumannya bagi membuktikan keadian Tuhan.
·
Manusia telah memakmurkan bumi dan
melakukan berbagai jenis kemajuan dan kebaikan padanya, sudah tentu tidak rela
hati kecilnya menerima kesudahan seperti kesudahan sekor haiwan yang tidak
melakukan satu apa pun.
Tanda-Tanda
Berlakunya Kiamat
a. Tanda-Tanda Kecil
·
Banyak berlaku fitnah dan pembunuhan
·
Ilmu agama dianggap remeh, tidak
penting dan tidak berada dikedudukan yang sepatutnya.
·
Banyak berlaku bencana alam seperti
gempa bumi, banjir, kemarau dan sebagainya.
·
Urusan kepiminan diserahkan kepada orang bukan ahlinya
·
Wanita menyerupai lelakiAnak-anak akan
derhaka kepada ibubapa
·
Kaum perempuan akan melebihi lelaki
·
Kebangkitan nabi Muhammad s.a.w.
sebagai Nabi dan rasul terakhir.
b. Tanda-Tanda Besar
·
Keluar api dari hijaz
·
Keluar Ya’jub Ma’juj
·
Turunyan Dajjal
·
Keluarnya sejenis binatang (Dabah)
·
Terbitnya mmatahari dari arah barat
·
Turunnya Nabi Isa
·
Keluarnya imam Mahadi
Kepentingan
Beriman Pada Hari Akhirat
i. Melahirkan manusia yang benar-benar
bertanggungjawab dalam setiap perbuatan yang
dilakukan
ii. Manusia akan segera bertaubat kepada
Allah apabila mereka melakukan kesalahan
iii. Beriltizam melaksanakan ketaatan kepada
Allah
iv. Kehidupan manusia akan mempunyai
matlamat untuk kebahagian yang kekal abadi
v. Melahirkan masyarakat yang beriman dan
Negara yang berpandukan syaraiat Islam
3.6 Beriman Kepada Qada’ dan Qadar
Allah
menyatakan dalam al-Quran bahawa takdir adalah suatau peraturan yang ditetapkan
oleh Allah ketasa segala yang ada di alam ini.
Jadi segala peraturan-peraturan tersebut adalah merupakan undang-undang
umum dan ketentuan yang mengandungi sebab dan musabab atau akibat. Firman Allah yang bermaksud:
“Allah
mengetahui apa yang dikandung oleh taip-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang
dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisinya
dengan kadar yang tertentu.”
(ar-Ra’d:8)
Beriman
kepada takdir ialah beruasaha menjalankan segala undang-undang peraturan dan hukum
hakam yang telah ditetapkan oleh Allah
di mana Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu natijah dan
pendahuluannya dan bagi tiat-tiap sesuatu musabab ada sebabnya serta bagi
tiap-tiap suatu tujuan ada jalan untuk mencapainya.
Takdir
merupakan ketetapan Allah, namun tidak adan satu makhluk pun dapat mengetahui
tentang takdir yang akan diterimanya. Oleh itu, manusia masih diberi harapan
dan kesempatan untuk beramal, kerana begitulah hikmah yang diberikan oelh Allah
s.w.t. Takdir yang berhubung manusia terbahagi kepada tiga bahagian:
i.
Takdir Tuhan yang tidak dapat ditolak kerana manusia tidak diberi kuasa
untuk menahannya daripada berlaku seperti bentuk tubuh badan, warna kulit,
lelaki dan perempuan, ditimpa kemalanagn secara mengejut dan juga tidak
berhasul apa yang diusahakan atau sebaliknya.
Takdir ini merupakan satu ujian daripada Tuhan bagi menguji kesabaran
dan kesyukuran seseorang hamba. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti,
dan Aku tidak sekaili- kali berlaku zalim kepada hamabaKu”.
(Qaaf:29)
ii. Takdir
Tuhan yang sepatutnya manusia menerima kewujudannya adalah seperti perasaan
semulajai yang ada pada diri mereka
seperti perasaan ingin makan, minum, perlu kepada pasangan (Berkahwin) dan
perasaan ingin bermasyarakat.
Takdir ini sesungguh pun manusia
kena menerimanya tetapi manusia boleh
mengawalnya dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t.
iii. Takdir
yang manusia diberi kebebasan untuk memilihnya tetapi manusia diberitahu supaya
memilih takdir yang mendatangkan manfaat dan kesudahan yang baik, jangan
memilih takdir yang mendatangkan kemudharatan dan akibat yang buruk.
4. Pembinaan dan Pengukuhan Akidah
Pembinaan akidah
perlu merujuk kepada panduan Allah dan Rasul-Nya. Jesteru itu menjadi kewajipan kepada setiap
muslim untu mempelajari dan memahami manhaj Islam Islam yang sebenarnya. Tanpa memahami petunjuk yang digariskan dalam
al-Quran dan al-Sunnah, sukar untuk memperolehi hakikat keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah. Untuk memperoeh iman dan
taqwa secara ringkasnya ulamak telah
merumuskan kepada perkara berikut;
·
Ilmu
Memahami dan menyedari bahawa menuntut
ilmu adalah wajib. Ilmu yang palin asas
ialah ilmu mengenai Allah, rasul dan Islam.
Ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu fardu ‘ain yang menjadi kewajipan
bagi sdu mempelajarinya. Ilmu ini dapat
hati terhadap segala kecacatan amal perbuatan sehingga dapat menjaga seseorang
dari melakukan perbuatan buruk Dengan
ilmu itu juga seseorang boleh berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan syaitan. Memahami dan menghayati kandungan Islam yang
merangkumi solan akidah, syariah dan akhlak menajdikan seseorang sentiasa
terikat kepada peraturan Allah dan
sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan perintah Allah kerana bimbang akan
terkeluar daripada garis panduan yang telah ditetapkan Allah.
·
Mengelakakn diri dari suasana doosa dan
jahiliyyah.
Mengelakkan diri dari suasana dosa dan
jihiliyyah(perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam seperti pergaulan
bebas, pendedahan aurat dan sebgainya) boleh mengukukuhkan keimanan
seseorang. Sekirannya seseorang itu
sentiasa berada dalam suasana dosa keimana akan menurun, kerana iman boleh
bertambah dengan melakukan kebiakan dan iman akan berkurang apabila seseorang
melakukan maksiat. Firman Allah yang
bermaksu:
“………di
dalam hati manusia ada penyakit
(al-Baqarah:10)
·
Iltizam meninggalkan perkara-perkara
yang haram.
Iltizam ialah hidup berdasarkan
petunjuk Allah. Sentiasa berusaha
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Menjadi Islam sebagai pegangan hidup dan
sentiasa menjaga nilai-nilai yang ditentukan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya ucapan orang-orang yang
beriman, apabila dipanggil oleh Allah
dan Rasul-Nya untuk diputuskan sesuatu perkara di kalangan mereka, hanyalah berkata: “Kami dengan dan
kami patuh” mereka itulah golongan orang-orang
yang mencari kemenangan.”
(al-Nur:51)
·
Iltizam melakukan ibadah.
Melakukan sesuatu amalan hanya semata-mata kerana Allah adalah salah satu
daripada cirri-ciri orang-orang beriman.
Melakukan ibadah kepada Allah terutamanya sekali ibadah khusus seperti
sembahyang, puasa, zakat dan haji boleh membentuk keimanan seseorang. Amalan-amalan sunat pula merupakaan
keuntungan yang mengangkat darjat kepada
kejayaan dan kemuliaan.
·
Mujahadah al-Nafs dan Muhasab diri
Mujahadah al-Nafs ialah pertarungan
menentang nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah. Ia perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh
dan istigamah. Firman Allah yang bermaksud:
“Beruntunglah ssiapa yang membersihkan
jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya”.
(al-Syams:9-10).
Muahsabah diri (sentiasa berfikir ke
arah memperbaikai diri) adalah amalan dituntut oleh Islam. Ia boleh membawa kepada peningkatan amalan
seseorang kenara ia dapat mengenalpasti apakah kesalahan atau perlanggaran yang
telah dilakukan terhadap Allah dan berusaha memperbaikai dan
mempertingkatkannya. Syaidina Umar r.a.
telah berpesan kepada umat Islam”
“hitunglah diri kamu sebelum kamu
dihitung, dan bersiaplah untuk menghadapi pembentangan
yang besar. Sesungguhnya hisab (perhitungan) yang ringan pada hari kiamat ialah bagi sesiapa yang
menghitung (menghisab) dirinya di Dunia.
·
Taubat dan Berdoa
Sentiasa bertaubat dan beristighfar
kepada Allah. Firman Allah yang
bermaksud:
“dan bertaubatlah kepada Allah semuanya,
wahai orrang yang beriman, agar kamu mencapai
kemenangan”.
(al-Nur:31)
Dalam apa jua usaha dan ikhtiar
dilakukan manusia mesti meminta bantuan
dan perlindungan daripada Allah. Allah
memerintah agar hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Rasulullah s.a.w. sendiri berdoa:
“Ya
Allah! Kurniakan pada jiwaku taqwa”.
(Riwayat
Muslim dan al-Nassai’e)
5,
Perkara yang membatalkan akidah
Akidah boleh menyeleweng dan rosak
melalui berberapa perkara;
·
Percakapan.
Melalui percakapan/ucapan seseorang
yang mengeluarkan kat-kata tyang bertentanagn dengan akidah Islam seperti
ucapan mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan disepanjang zaman,
mempermain-mainkan nama Allah, rasul-rasul_nya, kitab-kitab-Nya
malaikat-malaikat-Nya, mengatakan undang-undang Islam zalim dan tidak sesuai
dengan zaman moden dan sebagainya.
·
Perbuatan
Akidah boleh rosak melalui perbuatan
seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang
bukan Islam sama ada ditempat-tempat ibadah mereka atau dimana-mana sahaja yang
menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam. Contohnya membuat tanda salib, membakar colok
untuk beribadah, menyembah pokok, menyembah nafsu, harta dan sebagainya.
·
Keyakianan
Iktikad/keyakinan bertapak di dalam
hati. Oleh itu hati perlu dijaga
daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan keimanan. Di antara kerosakan akidah dari sudut
keyakinan ialah hati tidak yakin dengan Islam atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang
terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Menyakini Islam dan peraturan yang diturunkan pleh Allah sama taraf nya
dengan peraturan yang dicipta oleh manusia atau lebih baik dan sebgainya.]
6. Peranan
Akidah Dalam Pembentukan Ummah
Pembinaan tamadun ummah yang
berteraskan kepada tauhid telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.. Pembinaan dan pematapan akidah yang dilakukan
oleh Rasulullah di Mekah selama 13 tahun mampu membina peribadi yang mantap dan mempunyai daya
katahanan yang tinggi dalam mempertahankan Islam dan akhirnya berjaya membina
tamadun Islam yang cemerlang dan menjadi
model kepada generasi kemudian dalam membina tamadun yang dikehendaki oleh
Allah selaras dengan fungsi manusia sebagai khalifah iaitu untuk memakmurkan alam ini. Antara peranan akidah dalam pembangunan ummah
ialah;
·
Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Islam. Ummah yang memiliki akidah yang mantap akan
melaksanakan segala perintah yang diturunkan oelh Allah kepada rasul-Nya dengan
bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Golongan yang tidak mempunayai kekuatan
akidah mereka tidak berupaya untuk
melaksanakan perintah Allah. Keadaan ini
telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Jin ayat 14-15 yang bermaksud;
“Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya
al-Quran, nyatalah) ada di antara kita
golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kafir derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar;
maka sesiapa yang menurut Islam (dengan
beriman dan taat), maka merkalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menuruti jalan yang benar,
adapun orang-orang yang menyeleweng dari
jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam”.
·
Melahirkan ummah yang mempunayi halatuju
dan matlamat hidup yang jelas. Ummah
yang memilki akidah yang jitu dapat
memahami dengan jelas akan halatuju kehidupan mereka sama ada untuk kepentingan
dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai
kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdi
diri kepada Allah dalam sgenap aspek kehidupan mereka. Justeru itu, semua tindakan, perbuatan dan
apa jua kerjaya serta profesion yang
mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka. Ini adalah selari dengan firman Allah yang
bermaksud;
“Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan
ibadatku, hidupku matiku, hanya untuk
Allah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam.”
(al-An’am:162)
Natijahnya,
kehidupan ummah yang berakidah ini akan terbina di atas asas yang kukuh dan kehidupan mereka akan
diwarnai oleh segala kebahagiaan, ketenangan dan kedaiamian di dunia dan diakhirat. Mereka sama sekali tidak sanggup untuk melakukan sebrang penyelewenagn,
penipuan, penyalahgunaan kuasa, mengambil rasuah,
politik wang dan sebagai kerana mereka mneyedari balasan siksaan Allah.
·
Melahirkan ummah yang memiliki
keperibadian yang unggul. Ummah yang
yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakhlak. Tanpa akidah tidak
mungkin ummah akan memiliki akhlak yang mulia.
Permasalahan yang wujukk sejah mutakir ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa
dunia hari ni sedang menghadapi penyakit moral dan akhlak yang amat kronik. Jestru itu akidah meminkan peranan penting
dalam pembentukan sahsuah rupadiri ummah pada masa kini. Ramai sarjana muslim memperakui bahawa akidah
merupakan pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia.
Situasi ummah mutakhir ini diakui
dengan jelas oleh tokoh pemikir Islam yang terkenal di abad ini iaitu Dr. Yusof
al-Qardhawi. Menurut beliau, kegagalan
terakhir yang dideritai oleh umat ini adalah kegagalan dalam pendidikan
keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul ditengah-tengah ummah
tindakan-tindakan yang menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam
sebagai umat yang terbaik.
Falsafah-falsafah Barat seperti pragmatism, hedonism, individualism dan
sebagainya tersebar luas di kalangan umat Islam. Perkara yang amat menyedihkan ialh umat Islam
tidak mengambil nilai-nilai yang baik dari masayarakat Barat, tetapi sebaliknya
mengambil nilai-nilai yang buruk daripada mereka khususu dalam perkara-perkara
yang bersifat hedonistik dan perhambaan kepada nafsu syahwat. Jika akhlak tidak ada kepada sesuatu bangsa,
maka yang berkuasa ialah hawa nafsu dan kepentingan peribadi, maka kepimpinan
ummah akan menjadi muflis dalam segala
ragam dan bentuk. Ini bertepatan dengan
firman Allah yang bermaksud;
“Kemudian mereka diganti oleh
keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang
serat menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).”
(Maryam:59)
·
Melahirkan ummah yang berfikiran
kritis, progresif dan dinamis. Ummah
yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memehami sesuatu isu dalam
masyarakat dengan membuat penilain secra kritis di antara kebenaran dan
kepalsuan. Jestru itu pemikiran mereka
tidak mudah dipesongkan oleh sebrang unsur yang menyeleweng dari garis panduan
Islam yang sebenarnya. Ummah yang berakidah juag akan bertindak secara
progresif dan dinamis dengan melakukan penyelidikan secara terperinci terhadap
sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat.
Al-Quran amat menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan mengenainya terutama pada perkara yang melibatkan masyarakat
dan kepentingan ummah. Pastikan dahulu
sumber maklumat yang diperolehi agar tidak berlaku tindakan yang boleh membawa
penyeselan kemudiannya. Firman Allah
yang bermaksud;
“Wahai orang yang beriman! jika datang
kepada kamu seorang yang fasik
membawa
suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sesuatu perkara yang tidak diingini -
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang telah kamu lakukan.”
(al-Hujurat:6).
·
Membangun ekonomi ummah secara
komprehensif. Dengan mematuhi ajaran
islam dan mempunyai akidah yang mantap lagi jelas, maka ekonomi umat islam
dapat dibangunkan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah dalam surah Hud
ayat 61 yang bermaksud;
“Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan
saudara mereka; Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah
kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu slain daripadaNya. Dialah yang menajdikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya.”
Maksud menjadikan kamu pemakmurnya
ialah manusia diperintahkan supaya membangunkan dan memakmurkan bumi dengan sektor
pertanian, perindustrian dan apa juga betuk yang boleh membawa kemakmuran, manusia diminta membangunkan ekonomi,
meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkat kemakmuran dan memajukan
pertanian. Malah manusia diminta membuat
peningkatan dalam semua lapangan kehidupan dengan syarat terus memelihara
nilai-nilai ajaran islam.
·
Mewujudkan Kepimpinan yang adil. Ummah yang berakidah ialah ummah yang
memahami situasi diri mereka yang
sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan menjadi pemimpin yang
menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik-baiknya. Mereka percaya semua prilaku mereka akan
dipersoalkan oleh Allah sepertimana firman-Nya yang bermaksud;
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakan.”
(al-Muddaththir:38)
Pengetahuan mengenai ayat ini secara
tidak lansung akan menghindarkan diri seseorang pemimpin yang berakidah dari
terjurunus ke kancah penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecah amanah dan
sebagainya.
7. Kesimpulan
Akidah adalah tunggak ummah dalam
menghadapi pelbagai masalah yang menimpa umat Islam di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap segala
usaha yang dijalankan untuk mengislhakan ummah pada era mutakhir ini akan
menghadapi kegagalan demi kegagalan dan seterusnya member ruang kepada
musuh-musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek kehidupan.
Rujukan
Al-Quran dan Terjemahan (Tafsir Pmpinan
al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran .
Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (kini
dikenali dengan JAKIM)
Abu A’la al-Maududi. 1977, Asas-Asas
Islam, Terj. H.O.K. Rahmat, Dewan Pustaka Fajar
---------------------, 1984, Kebersihan
Aqidah dan Kedamaian Hidup. Terj. Mustafa Ramadan, Dewan Pustaka Fajar, Shah
Alam.
Che Hashim Mohd. Said “Akidah Teras
Pembangunan Ummah”, kertas kerja Bengkel Pemntapan Pengajaran Kursus Prinsip
Asas Islam (CTU 101). Pusat Islam, Shah Alam Selangor, 7-8 Disember 2005.
Dato’ Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim,
1988, Mustika Hadis Rasulullah S.A.W.
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
Haji Hassan Bin Haji Salleh, 1979,
Dasar Hidup Islam. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kota Bharu.
Haron Din, Dr., 1981, Manusia dan
Islam, Percetakaan Watan, Kuala Lumpur
Huzaimah Ismail dan Farahdina Abd.
Manaf, 1977, Pendidikan Islam Asas, PPI, UiTM Shah Alam, Selangor.
Mohd. Asri Abdullah et.al,
Prinsip-Prinsip Asas Islam- Islam dan Akidah, Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA), UItM , Shah Alam, Selangor.
Mohamad Sulaiman Haji Yasin, 1991,
Pengantar Aqidah, Persatuan Mahasiswa Timur Tengah Malaysia.
Nik Mohd Rosdi dan Nik Kamaliah, 1993,
Al-Islam, pustaka Amam Press Sdn. Bhd. Kota Bharu.
Sayid Sabiq, 1982, Aqidah Islam,
Diponegoro, Bandung
Ustaz Che Kamaruddin dan Ustaz Nik
Rosdi Nik Ahmad, 1991, Panduan Pembalajaran Pengantar Pendidikan Islam,
Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
Assalamualaikum Tuan, sy sangat tertarik dgn artikel tuan ini. Izikan saya copy utk bacaan ye
ReplyDelete