Wednesday, October 23, 2013

Bersama pelajar Bachelor of Economics sem 2 tahun 2013 selepas memberikan lecture di AU200 ni.
Jumaat ini 25 Oktober pembentangan bajet 2014 bukanlah menjanjikan apa sesuatu yang indah. Ia adalah bajet negatif/defisit. Kita sudah mulai memikirkan perkara keutamaan dan keperluan untuk dilakukan, mula berjimat cermat, bersederhana, ala kadar, memastikan stok dan simpanan sentaiasa mapan dan boleh diguna bila perlu untuk aktiviti produktif. Kerajaan mesti memberi "sedikit" kepada rakyat untuk pendapatan boleh guna supaya dapat mengerakkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kadar cukai individu, menambah rebet serta mengekalkan subsidi bagi barangan yang boleh memacu pertumbuhan. Mula lah kita...ada yang patut dilebihkan & ada yang patut dikurangkan....