Tuesday, September 30, 2014

Musim Buah Belum Berakhir

Buah petai ini kali pertama menjadi setelah sekian lama berbunga tapi tak jadi buah. Ia sedap jika dicampur bersama sambal tumis udang atau ikan bilis. Baik dimakan setelah direbus Penawar penyakit darah tinggi.


Buah dokong banyak di kebunku...terpaksa ku biarkan gugur kerana tak berkesempatan...hanya ku petik jika ku buat kerja di kebun...sambil tanam pisang.. ku makan buah dokong ni.

Dokong di depan rumah ni ada 3 pokok lebih sedap dari yang ada di kebun...ku panjat dan sekarang sedia untuk dimakan...alhamdulillah.

Semester September 2014 Bermula

Kuliah september dah bermula. Student degree statistik ini sedang menunggu untuk ku mulakan kuliah.

Kelihatannya mereka ikhlas untuk menerima pengajaran. Ku doakan kejayaan kalian.

Ini group CS221 3B (statistik)







Bawah ni group CS221 6C (statistik)

SMK Zainab 1 & Ibubapa

Pada 27 september 2014, saya ke SMK Zainab 1 untuk menghadiri taklimat pengetua bagi mendapatkan keputusan peperiksaan percubaan Alia Syafiqa Bt Mohd Zuhairi.... teruskan usaha gigih tanpa henti untuk kejayaan SPM 2014...mohon doa kepada Allah bagi diberikan kemudahan untuk menjawab soalan dan diberikan ketenangan dan kesihatan. Amin...

Pengetua sedang memberi taklimat



Pencapaian Alia


Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor

Sempena PRK Pengkalan Kubor 25 september 2014, saya sempat meluangkan masa bertemu dengan Dato' Burn dalam aktiviti bersama masyarakat iaitu pemberian cermin mata kepada masyarakat yang memerlukan. Beliau juga mengagihkan sumbangan beberapa keperluan untuk masyarakat setempat.



Tuesday, September 16, 2014

Plan Projek 2015

Rumah Semi D 2 Tingkat di Banting, Selangor.
Aku sedang serius memuktamadkan beberapa perkara menjelang beberapa bulan menuju 2015.
1. Plan
2. Kos
3. Logistik
Insyaallah berkat doa semua pihak 
projek ini akan dilancarkan pada 
januari 2015
Semoga Allah merahmati usaha ini.







Majlis Bertandang Naim & Nabila

Tahniah! Naim & Nabila.
Kami bersama dengan rombongan keluarga besar amat gembira dapat bersama-sama menghadiri majlis bertandang pengantin baru ini di Jertih, Terengganu dalam suasana kekeluargaan dan meriah.
Ini ibu dan bapa pengantin perempuan iaitu Abang Kamal & Kak Mah...ceria rasa syukur dapat menyempurnakan hajat anak mereka...sebak sedih kerana anak sudah dewasa untuk menentukan haluan sendiri. ....Masanya telah sampai...takdir Ilahi tentukan. Kita doakan Naim & Nabila.

Chek Asma & Saya sempat berposing bagi merakamkan serba sedikit suasana majlis yang sempurna ini.






                                                               Saya, Naim Nabila & Chek Asma

Monday, September 15, 2014

Sunday, September 14, 2014

Memenuhi Undangan Perkahwinan

Saya dan Chek Asma serta keluarga berkesemapatan memenuhi undangan 
perkahwinan Nabila Bt Ahmad Kamal dan suaminya






Kuliah September 2014

Jadual kuliah telah ku perolehi. 20 jam satu minggu memerlukan stamina yang tinggi.
Selamat mengikuti kuliah kepada degree statistik ekonomi dan marketing.

Dua Jenis Limau

Rupanya limau kasturi ni boleh dijual untuk dapatkan duit...ertinya tidak terbuang gugur begitu sahaja. Di kebun aku tanam 6 pokok dan 5 telah berbuah tanpa putus.

Limau bali/tambun ni berbuah sepanjang musim..bila pergi ke kebun aku sentiasa petik sebiji untuk dibawa pulang. Ada sepokok di kebun tapi hidup subur. Pokok ni memang aku beli di Tambun bila aku ke Ipoh beberapa tahun dulu.

Tuesday, September 9, 2014

CTU555



TAJUK 1
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

TAJUK 2

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

TAJUK 3
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI ASAS HUBUNGAN ETNIK

TAJUK 4
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

TAJUK 5
PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

TAJUK 6
SEGREGASI KE INTEGRASI

TAJUK 7
STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA DI MALAYSIA

TAJUK 8
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

¨PENILAIAN SEMESTER: 50%

1. Ujian Pertengahan Semester: 15%
       (Objektif, Betul-Salah & Esei)
2. Penulisan Esei: 15%
  (Pengenalan)1m
  (Isi & huraian)8m
  (Kesimpulan)2m
  (Rujukan berotoriti)2m
  (Etika & profesional)2m
3. Pembentangan: 20%
  (Komunikasi)2.5m
  (Berpasukan)2.5m
  (Etika & Moral Profesional)2.5m
  (Pembelajaran Sepanjang Hayat)2.5m
4. Penilaian Akhir: 50%
  Bahagian A: Objektif: 20%
  Bahagian B: Subjektif: 30% PENILAIAN SEMESTER: 50%