Tuesday, September 30, 2014

Musim Buah Belum Berakhir

Buah petai ini kali pertama menjadi setelah sekian lama berbunga tapi tak jadi buah. Ia sedap jika dicampur bersama sambal tumis udang atau ikan bilis. Baik dimakan setelah direbus Penawar penyakit darah tinggi.


Buah dokong banyak di kebunku...terpaksa ku biarkan gugur kerana tak berkesempatan...hanya ku petik jika ku buat kerja di kebun...sambil tanam pisang.. ku makan buah dokong ni.

Dokong di depan rumah ni ada 3 pokok lebih sedap dari yang ada di kebun...ku panjat dan sekarang sedia untuk dimakan...alhamdulillah.

Semester September 2014 Bermula

Kuliah september dah bermula. Student degree statistik ini sedang menunggu untuk ku mulakan kuliah.

Kelihatannya mereka ikhlas untuk menerima pengajaran. Ku doakan kejayaan kalian.

Ini group CS221 3B (statistik)







Bawah ni group CS221 6C (statistik)

SMK Zainab 1 & Ibubapa

Pada 27 september 2014, saya ke SMK Zainab 1 untuk menghadiri taklimat pengetua bagi mendapatkan keputusan peperiksaan percubaan Alia Syafiqa Bt Mohd Zuhairi.... teruskan usaha gigih tanpa henti untuk kejayaan SPM 2014...mohon doa kepada Allah bagi diberikan kemudahan untuk menjawab soalan dan diberikan ketenangan dan kesihatan. Amin...

Pengetua sedang memberi taklimat



Pencapaian Alia


Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor

Sempena PRK Pengkalan Kubor 25 september 2014, saya sempat meluangkan masa bertemu dengan Dato' Burn dalam aktiviti bersama masyarakat iaitu pemberian cermin mata kepada masyarakat yang memerlukan. Beliau juga mengagihkan sumbangan beberapa keperluan untuk masyarakat setempat.