Tuesday, June 12, 2012

Ekonomi Islam 6

Kuliah 6:

PERKEMBANGAN SISTEM KEWANGAN ISLAM

6.1          Pendahuluan
Sistem kewangan Islam merupakan sebahagian daripada ajaran agama Islam yang syumul (sempurna). Kesempurnaan Islam bermaksud ia mempunyai sistem kewangan yang tersendiri seperti juga sistem dan ideologi kehidupan manusia yang lain.

6.2          Sistem kewangan Islam
a.            Bank Islam
Kesedaran, penghayatan dan kebangkitan kembali Islam berlaku dengan meluas dan mendadak di kalangan umat Islam di dunia pada masa kini. Kesedaran Islam semakin mendalam dari peringkat rakyat jelata hingga kepada golongan pemerintah. Penghayatan dalam bidang ekonomi merupakan salah satu dari aspek kebangkitan Islam. Malaysia dan juga negara-negara Islam yang lain telah berusaha untuk melaksanakan sepenuhnya prinsip-prinsip ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kewangan. Keutamaan bidang ini memang bertepatan sekali supaya umat Islam dapat menggelakkan diri dari membuat transaksi kewangan yang melibatkan unsur riba yang bertentangan dengan Islam. Malaysia menubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1982 sebagai satu langkah positif dan dinamis.

Sekilas lalu sejarah sistem kewangan Islam bermula apabila Rasulullah sebagai ketua negara di Madinah bertindak mengemaskini sistem ekonomi negara agar selaras dengan kehendak Allah melalui panduan al-Quran bagi menjamin kestabilan kehidupan masyarakat. Dasar kewangan yang dilaksanakan baginda ialah menghapuskan amalan riba kerana amalan riba telah memberi kesan yang sangat negatif kepada masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini selaras dengan perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud;
“Dihalalkan jual beli dan diharamkan riba.”
(al-Baqarah: 275)

Begitu juga hadith Rasulullah s.a.w. telah mengharamkan sistem pertukaran barangan atau barter system kerana ia mengandungi riba al-fadl dan riba al-yad dengan alternatif membenarkan transaksi menggunakan nilai mata wang. Baginda mengarahkan penggunaan sistem timbangan mata wang berdasarkan amalan penduduk Makkah. Rasulullah s.a.w. pada tahun kedua hijrah telah mewajipkan zakat harta dengan piawaian dinar dan dirham mengikut tempoh akaun haul (cukup satu tahun).

Dalam konteks Malaysia, idea penubuhan bank Islam bermula apabila banyak pihak menyuarakan hasrat supaya bank Islam ditubuhkan di negara ini.  Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1980 telah meluluskan usul meminta kerajaan membenarkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) menubuhkan sebuah bank Islam untuk melabur wang umat Islam. Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 telah meluluskan resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengadakan undang-undang bagi membolehkan penubuhan bank dan badan kewangan yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip Islam. Hasrat untuk menubuhkan bank Islam juga telah disuarakan pada peringkat negeri dan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat Islam. Usaha menubuhkan bank Islam telah dibuat secara berasingan sejak tahun 1980 oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji, PERKIM dan orang perseorangan. Hasil dari usaha ini, kerajaan telah menerima syor Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) supaya langkah bagi menubuhkan bank Islam diselaraskan pada peringkat kebangsaan. Berikutan dengan itu pada 30 Julai 1981 kerajaan telah melantik Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam dengan dipengerusikan oleh Y.M. Raja Tan Sri Mohar Bin Raja Badiozaman dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dilantik sebagai urusetia.

Dalam operasinya, Bank Islam Malaysia Berhad adalah sebuah bank perdagangan yang beroperasi mengikut lunas-lunas syariah. Seperti bank-bank yang lain, perjalanan perniagaan dan operasi Bank Islam Malaysia Berhad adalah berbentuk sebuah institusi perantaraan di antara dua kumpulan pelanggan iaitu penyimpan yang terdiri dari orang perseorangan, agensi dan jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan seumpamanya. Kumpulan ini menyimpan wang mereka dalam bank. Tanpa wang simpanan mereka, bank tidak dapat menjalankan perniagaan dan operasinya. Ada di antara mereka menyimpan dengan tujuan keselamatan dan juga keselesaan. Ada pula yang menyimpan dengan tujuan untuk berkongsi keuntungan mengikut cara-cara yang dihalalkan oleh syarak. Kumpulan pelanggan kedua ialah peminjam atau pelabur yang ingin menggunakan wang simpanan dalam bank untuk tujuan projek perniagaan atau pelaburan bagi memperolehi keuntungan. Kumpulan ini juga terdiri dari orang perseorangan, badan-badan, syarikat-syarikat dan seumpamanya. Tanpa projek perniagaan atau pelaburan mereka, bank juga tidak dapat menjalankan perniagaannya.       

Bentuk-bentuk perniagaan yang dijalankan oleh Bank Islam dengan kumpulan penyimpan dan kumpulan peminjam atau pelabur ialah;                
 1.           Jenis-jenis Simpanan
Dalam hubungannya dengan penyimpan, bank berusaha supaya mereka membuat simpanan wang mereka dalam bank ini. Bank menyediakan tiga jenis kemudahan simpanan kepada pelanggan-pelanggannya.
i.                    Akaun Semasa
·                     Bank menerima wang simpanan dari penyimpan dalam bentuk simpananan Akuan Semasa di bawah hukum wadi’ah.
·                     Bank meminta izin penyimpan untuk menggunakan wang mereka selama mana wang itu tersimpan dengannya. 
·                     Penyimpan berhak mengeluarkan sebahagian atau semua baki simpanan mereka pada bila-bila masa mereka kehendaki dan dalam hal ini bank memberi jaminan untuk mengembalikan baki tersebut.
·                     Semua manfaat dan keuntungan daripada penggunaan baki simpanan penyimpan adalah menjadi hak bank. Ini berbeza dengan Akuan Semasa di mana bank bercadang akan memberikan keuntungan mengikut budi bicara.
·                     Bank memberi Buku Simpanan dan khidmat-khidmat biasa yang lain mengenai Akuan Simpanan kepada penyimpan.

ii.                  Akaun pelaburan
Bank menjadi pengusaha dan penyimpan menjadi pemilik modal dan kedua-dua pihak bersetuju membahagi keuntungan yang diperolehi daripada usaha bank melaburkan wang simpanan berkenaan. Pada masa ini, bank akan menawarkan nisbah pembahagian pada kadar 70% kepada penyimpan dan 30% kepada bank. Tawaran nisbah pembahagian untung ini boleh diubah oleh bank dari semasa ke semasa. Di bawah hukum mudharabah, simpanan pelaburan yang dibuat oleh pelanggan dengan bank dikehendaki ditetapkan tempohnya. Bank akan menerima simpanan bagi tempoh-tempoh; 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan, 15 bulan, 18 bulan, 24 bulan atau lebih. Dalam sistem mudharabah, penyimpan tidak mencampuri pengurusan pelaburan wangnnya dan jika pelaburan bank menghadapi kerugian penyimpan menanggung semua  kerugian tersebut.

2.            Jenis-jenis Pembiayaan dan Pelaburan
Bank menyediakan pelbagai jenis pembiayaan, bentuk pelaburan dan khidmat kepada peminjam, pelabur dan pelanggannya. Jenis-jenis pembiayaan, pelaburan dan khidmat ini mungkin terhad pada tempoh awal penubuhan bank, tetapi akan diperkembangkan dari semasa ke semasa. Bank boleh menyediakan pembiayaan dan pelaburan bagi kegiatan-kegiatan pengeluaran ekonomi yang tidak bertentangan dengan kehendak syariah. faktor-faktor lain yang menentukan pembiayaan dan pelaburan yang disediakan oleh bank adalah;
a.                  Viabiliti (kedudukan keuntungan projek) berkenaan.
b.                  Kedudukan wang simpanan dan kemampuan bank, dan
c.                   Polisi bank tentang pembiayaan dan pelaburannya.
Bentuk pembiayaan dan pelaburan bank antara lainnya meliputi tiga bidang am iaitu;
i.                    Membiayai atau melabur dalam sesuatu projek atau bahagian-bahagian dari projek tersebut, seumpama projek-projek pengeluaran pertanian, pembinaan, perkilangan, perdagangan dan perkhidmatan.
ii.                  Membiayai pelanggan bagi memperolehi harta tetap sama ada yang bergerak atau yang tidak bergerak seperti tanah, kilang dan loji, bangunan termasuk rumah serta alat jentera dan pengangkutan dan lain-lain.
iii.                Membiayai pelanggan dan inventori seperti alat ganti, bahan-bahan mentah dan barangan separuh siap.
Dari segi jangka masa pembiayaan dan pelaburan yang dibuat oleh bank, ia dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu;
a.                  Jangka pendek. Tempoh kurang dari satu tahun.
b.                  Jangka sederhana. Tempoh di antara 1 hingga 3 tahun; dan
c.                   Jangka panjang. Tempoh melebihi 3 tahun.

3.            Perbezaan Antara Bank Islam dan Bank Konvensional 
i.                     Menghapuskan unsur riba dalam semua kegiatan ekonomi
Bank Islam menegakkan pemikiran yang berlawan dengan bank riba. Ia didasarkan kepada pemikiran Islam dan panduannya dalam kehidupan iaitu setiap pelaburan langsung dan pelaburan tertakluk kepada hukum-hukum tertentu bagi memastikan sesuatu itu dibolehkan atau dilarang. Dengan itu perkara-perkara berikut diambil perhatian;
·                     Mengumpul dan menyalurkan pelaburan untuk pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh orang Islam.
·                     Menentukan barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dari jenis yang halal.
·                     Menentukan semua operasi di setiap peringkat pengeluaran (sumber modal, jual beli dan sebagainya) mengikut cara yang dibolehkan oleh syarak.
·                     Menentukan semua faktor pengeluaran termasuk sistem kerja dan penggajian adalah selaras dengan hukum Islam.
·                     Menentukan keperluan utama masyarakat didahului sebelum memenuhi keperluan individu.

ii.                   Keseimbangan di antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial.
Islam adalah agama penyatuan yang tidak memisahkan setiap aspek kehidupan. Bank Islam bukan sahaja tidak memisahkan pembangunan sosial dengan pembangunan ekonomi tetapi tidak menganggap pembangunan sosial adalah perlu untuk pembangunan ekonomi menghasilkan manfaat. Dengan itu kedua-dua matlamat tercapai di samping kepentingan masyarakat dipenuhi dengan adil. Organisasi bank Islam yang berasaskan prinsip Shirkat Inan (Perkongsian Bebas) dan Mudarabah (Perkongsan Terhad) untuk kejayaan bank Islam kerajaan harus mengisytiharkan:
·                     Semua urusan yang melibatkan riba adalah haram
·                     Semua bank yang berasaskan riba adalah haram

b.            Al-Rahn
Berasal dari kalimah bahasa Arab ’al-Rahn’ yang bermaksud sesuatu barang yang diserahkan kepada seseorang sebagai cagaran hutang. Dari segi istilah syarak, ia membawa erti sebagai ‘harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk menyamakan hutangnya apabila tidak berkemampuan pembayarannya oleh yang berhutang mengikut ketentuan syarak.”

Gadaian atau al-Rahnu menjadikan sesuatu barang berharga sebagai sandaran atau cagaran yang terikat dengan hutang yang boleh dibayar dengannya pada ketika hutang itu tidak dapat dijelaskan. Tujuan gadaian ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang bahawa haknya tidak akan hilang sekiranya orang yang berhutang tidak menjelaskan hutang itu. Oleh kerana barang yang digadai itu akan dijual dan harganya diambil sekadar jumlah berbaki dari hutang tersebut dan baki harga barang tersebut akan dikembalikan kepada tuan punya barang.

Al-Rahnu atau Cagaran atau gadaian adalah terjemahan daripada kata Inggeris, iaitu mortgage dan pawn. Dari segi istilah, ia membawa maksud cagaran yang diserahkan oleh peminjam kepada yang memberi pinjam untuk jangka masa tertentu. Pajak gadai di Malaysia adalah satu amalan yang amat tua usianya sejak abad ke 15 lagi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diperkenalkan oleh pedagang China, sesama jiran tetangga, sahabat dan keluarga yang berlaku secara rahsia. Dalam hal ini, pemberi pinjam menyimpan barang kemas daripada peminjam. Kedai emas juga turut menjalankan kegiatan pajak gadai. Pajak gadai berlesen diperkenalkan di Malaysia pada zaman penjajahan Inggeris. Undang-undang Pajak Gadai siap digubal pada tahun 1972 dan dikuatkuasakan dalam bulan Jun 1973.

Keharusan gadaian adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’ ulama. Maksud firman Allah;
”Dan jika kamu berada di dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertimpan) sedangkan kamu tidak mendapati jurutulis maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang oleh orang yang memberi hutang)”.       
(al-Baqarah: 283)

Al-Bukhari dan Muslim turut meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah menggadaikan baju besi baginda kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan makanan daripadanya. Para ulama juga bersepakat mengatakan bahwa al-Rahn adalah diharuskan. Bagi setiap urusan al-Rahn perlu cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya supaya ia tetap berlandaskan kesempurnaan syarak yang mementingkan kesejahteraan ummah seluruhnya.

Masyarakat Malaysia termasuk juga orang-orang Islam sangat memerlukan pajak gadai untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Pajak gadai yang ada beroperasi mengikut Akta Pajak Gadai 1972. Tetapi akta 1981 pula jelas terdapat peruntukan yang amat bercanggah dengan Islam, di antaranya;
·                     Seksyen 17 yang mengenakan faedah atas pinjaman yang tidak melebihi 2%   sebulan atas pinjaman.
·                     Seksyen 23 mengenai gadaian yang akan menjadi lesap selepas tempoh gadaian bagi pinjaman tidak melebihi RM100.
Untuk mengelakkan terjerumus kepada perkara haram di atas, al-Rahn amat diperlukan. Oleh yang demikian sudah banyak negeri yang telah mencari jalan keluar dengan menubuhkan institusi al-Rahn berdasarkan ruang perundangan yang dibolehkan. Sistem pajak gadai Islam (al-Rahn) telah mula dipraktikkan oleh kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Bank Rakyat Malaysia Berhad sejak tahun 1992. Pinjaman diberikan kepada pelanggan berdasarkan prinsip ”Qard al-Hasan” yang tidak mengenakan kadar faedah terhadap pinjaman tersebut. Orang yang menggadai dikehendaki menyerahkan sejumlah tertentu barang emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang dibuat. Barang yang dicagarkan itu disimpan berasaskan hukum al-Wadi’ah. Apabila habis tempoh gadaian (luput) atau sebelumnya, orang yang menggadai dikehendaki membayar balik jumlah wang yang dipinjamkan. Selepas itu orang yang menggadai berhak mendapatkan semula barang emas yang digadai itu dengan membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan oleh pihak bank sebagai upah perkhidmatan (ujrah) kerana telah menjaga dan menyimpannya dengan selamat.
               
Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Jumlah pinjaman                              :               maksima RM5000.00
Barang yang digadai                        :               barang emas tulin
Keuntungan diperolehi                 :               bergantung kepada nilai emas yang               
                                                                        digadaikan, contohnya.

Nilai Barang Emas                                             Upah Perkhidmatan
RM400 atau kurang                         :               0.75%
RM401-RM2000                                :               0.90%
RM2001-RM10000                           :               1.00%

Tempoh gadaian adalah tidak melebuhi 6 bulan (sekiranya orang yang menggadai gagal untuk menebus kembali dalam tempoh tersebut, barang itu boleh dijual atau dilelong. Baki jumlah yang dipinjam diserahkan kembali kepada orang yang telah menggadai). Prinsip gadaian dilaksanakan berasaskan hukum al-Wadi’ah.

1.            Perbezaan di antara al-Rahn dengan Pajak Gadai Konvensional
Tidak banyak perbezaan di antara pajak gadai yang sedang berjalan di Malaysia dengan yang diperundangkan oleh Allah. Namun demikian beberapa perbezaan yang ketara dapat juga diketengahkan. Di antaranya ialah sistem pajak gadai yang terdapat pada hari ini menjadikan bunga atau riba sebagai nadi kegiatannya. Ini bererti pajak gadai itu bukan merupakan institusi untuk menolong golongan susah, sebaliknya berfungsi sebagai institusi penindas dan menyusahkan lagi golongan susah. Sedangkan sistem gadaian Islam bebas daripada sebarang bentuk bunga atau riba. Barang gadaian hanya sebagai cagaran bagi meyakinkan pihak yang memberi pinjam, tentang kesungguhan pihak peminjam untuk membayar hutang.

Seterusnya sistem pajak gadai di Malaysia penuh dengan tipu helah dan penyelewengan yang amat bertentangan dengan nilai Islam. Pihak pemegang pajak gadai bebas untuk melakukan apa sahaja yang ia suka semata-mata untuk mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebaliknya sistem pajak gadai Islam menjadikan iman, takwa, amal salih, semangat persaudaraan, tolong-menolong dan bekerjasama sebagai asas amalan pajak gadai. Hanya berpandukan kepada lunas-lunas Islam sahaja sistem pajak gadai benar-benar dapat memberi pertolongan kepada golongan yang susah dan mencapai matlamat penubuhannya.

c.             TAKAFUL
Perkataan ‘takaful’ berasal dari bahasa Arab iaitu masdar dari kata dasar Kaf, Fa’ dan Lam yang membawa maksud ‘Tadhamun’ yang bermaksud menjamin satu sama lain (Rohi Baalbaki 1992). Dalam bahasa Arab, perkataan yang merujuk kepada insuran adalah al-Ta’min. Perkataan ini berasal dari kata nama al-Amn yang bermaksud kesejahteraan.

Di Malaysia, perkataan takaful digunapakai berbanding perkataan ta’min kerana ia menepati kehendak semasa. Perkataan takaful berkait rapat dengan al-musyarakah yang bermaksud perkongsian (Mohd Ma’sum Billah 2001: 17). Oleh itu takaful adalah perkongsian tanggungjawab atau perkongsian jaminan di antara satu sama lain. Kerana inilah perkataan takaful lebih meluas penggunaannya di Malaysia pada hari ini.

Konsep insuran Islam adalah diasaskan kepada konsep Takaful. Konsep ini menggambarkan satu rancangan insuran berasaskan perpaduan, rasa tanggungjawab dan hubungan persaudaraan di antara peserta. Peserta rancangan ini bersetuju untuk bersama memberi sumbangan kewangan berdasarkan tabarru’ (derma) dengan niat kerana Allah bagi membantu satu sama lain. Konsep takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat secara Islam di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama di antara mereka kerugian oleh sebab-sebab tertentu seperti kematian, bencana atau sebagainya.

Masyarakat zaman silam khususnya para pedagang Arab telah mempraktikkan konsep perlindungan insuran sebelum kedatangan Islam. Mereka berdagang dengan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan menggunakan unta, mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri secara berkumpulan atau individu. Dalam mengharungi urusniaga ini, mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya dan bencana seperti rompakan, ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian kehilangan barang dagangan mereka malah boleh juga mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang itu sendiri. Bagi mengatasi atau meringankan bebannya, pedagang-pedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat di antara mereka untuk mengagih-agihkan barang dagangan kepada kafilah dan beberapa ekor unta. Oleh itu jika ditakdirkan berlaku sesuatu malapetaka ke atas mana-mana kafilah atau unta yang mereka gunakan itu, kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada kafilah atau unta yang malang itu sahaja. Kemunculan Islam dan tertegaknya kerajaan Islam di Madinah lanjutan dari hijrah Rasulullah, beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam masyarakat Arab yang didapati tidak bercanggah dengan Islam terus dikekalkan. Di antara sistem ini ialah prinsip bantu-membantu dan saling bekerjasama di kalangan masyarakat.

Malaysia memperkenalkan perniagaan perkhidmatan insuran secara Islam apabila parlimen meluluskan Akta Takaful dan telah diwartakan pada tahun 1984. Akta ini memberikan hak pengeluaran lesen dan peraturan perniagaan takaful. Akta Takaful 1984 telah merujuk kepada Akta Insurans 1963 sebagai model. Pengubahsuaian dan pindaan telah dibuat untuk menjadikan Akta Takaful selaras dengan amalan insuran Islam. Di bawah akta ini, sebuah badan penyeliaan akan bertanggungjawab untuk mengawasi dan menyelia syarikat takaful. Badan tersebut ialah Bank Negara Malaysia melalui Ketua Pengarah Takaful yang juga Gabenor Bank Negara. Akta Takaful 1984 juga memperuntukkan sebuah majlis penyeliaan agama Islam untuk menasihat pengendali takaful berhubung dengan operasi perniagaan yang memastikan ianya tidak terlibat dengan sebarang unsur yang tidak dibenarkan oleh syariah. Lanjutan dari itu, Syarikat Takaful (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 29 November 1984 mengikut Akta Syarikat 1965.

Falsafah insuran Islam mementingkan niat ikhlas untuk membantu satu sama lain. Oleh hal yang demikian sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru’ (derma).
1.                   Falsafah takaful
i.                     Saling bertanggungjawab
Peserta rancangan insuran Islam bersetuju untuk bertanggungjawab di antara satu sama lain. Memikul tanggungjawab dengan niat yang baik adalah satu ibadah dan hal ini adalah dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Seseorang tidak boleh dianggap beriman sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”
                                   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ii.                   Saling bekerjasama atau bantu-membantu
Konsep membantu dan menolong sesama umat Islam dan juga sesama manusia adalah satu langkah yang terpuji. Ia dapat mengurangkan tekanan bagi pihak yang terdesak dan pihak yang membantu akan memperolehi ganjaran pahala dari Allah.

iii.                  Saling lindung-melindungi
Peserta rancangan insuran Islam juga bersetuju untuk saling lindung-melindungi di antara satu sama lain dari sebarang kesusahan, bencana dan sebagainya. Ini penting kerana keselamatan atau keamanan adalah satu keperluan tabii dalam kehidupan manusia. Kepentingan takaful dalam kehidupan tidak dapat dinafikan kerana kehidupan manusia tidak pernah terlepas dari risiko dan ketidaktentuan. Kebanyakan aktiviti manusia berlaku dalam keadaan tidak menentu dan penuh dengan bahaya. Insuran berkaitan dengan perancangan untuk menyediakan pampasan kepada seseorang yang mengalami kerugian kewangan akibat ditimpa kemalangan atau kematian. Kaedah yang digunakan ialah dengan mengumpulkan sejumlah wang yang telah ditetapkan daripada tiap-tiap anggota dalam satu kumpulan yang menghadapi risiko itu dan membayar pampasan akbat kerugian kewangan kepada meraka yang benar-benar ditimpa kemalangan.

Dalam konteks perniagaan dunia hari ini, adalah menjadi begitu penting untuk menjamin keselamatan kewangan, harta dan juga keselamatan individu, syarikat dan keseluruhan ekonomi sesebuah negara. Institusi ini turut berfungsi menyalurkan sebahagian besar modalnya untuk membiayai projek-projek pembangunan dalam sektor awam dan swasta.
2.                   Operasi Syarikat Takaful Malaysia
i.                    Takaful Keluarga
Adalah satu bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas dirinya sendiri. Melalui perlindungan takaful ini, seseorang itu boleh berikhtiar dan merancang untuk meninggalkan suatu jumlah wang kepada waris-warisnya jika ditakdirkan ajalnya tiba ataupun menyediakan sejumlah wang sebagai bekalan ketika usia tua.

Syarikat Takaful juga menyusun skim-skim perlindungan Takaful Keluarga bagi membolehkan peserta mendapat perlindungan ini berasaskan tujuan-tujuan berikut;
b.                  Peserta-peserta menyimpan atau menabung secara berterusan.
c.                   Kumpulan wang yang diperolehi dilaburkan bagi mendapatkan keuntungan.
d.                  Menyediakan perlindungan kepada peserta-peserta yang ditimpa malapetaka dan bencana.
e.                   Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung serta manfaat takaful yang berkenaan kepada peserta-peserta yang tidak ditimpa malapetaka dan bencana.

Seseorang yang menyertai satu-satu skim perlindungan Takaful Keluarga dikenali sebagai peserta dan ia memilih salah satu daripada beberapa skim perlindungan yang disediakan dengan tempoh matang yang ditetapkan terlebih dahulu. Syarikat Takaful dan peserta seterusnya memeterai perjanjian al-Mudharabah. Tiap-tiap kali peserta membuat bayaran ansuran caruman, Syarikat Takaful akan membahagikan bayaran ini kepada dua akaun yang dikenali sebagai Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta. Sebahagian besar seumpama 97.8% dari jumlah caruman akan dimasukkan ke dalam Akaun Peserta untuk tujuan tabungan dan pelaburan. Bakinya akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas Peserta untuk keperluan membayar manfaat takaful kepada rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka dan bencana. Dana dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dan dilaburkan oleh Syarikat Takaful dalam bidang dan bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum-hukum syarak. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan mengikut perjanjian al-Mudharabah yang telah dipersetujui di antara syarikat dan peserta dari keuntungan pelaburan yang sama akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas Peserta.

ii.                  Takaful Am
Perlindungan Am adalah suatu jenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai ikhtiar bagi menghadapi kemungkinan belaku malapetaka atau bencana yang tertentu seperti kebakaran, kehilangan, kemalangan dan sebagainya yang biasanya boleh menimpa ke atas harta benda atau barang yang dimiliki. Seperti dalam Takaful Keluarga, peserta-peserta yang menyertai skim-skim perlindungan Takaful Am akan memeterai satu perjanjian perlindungan takaful dengan Syarikat Takaful. Perjanjian ini adalah perjanjian al-Mudharabah. Di bawah perjanjian ini hak-hak dan kewajipan-kewajipan peserta-peserta dan Syarikat Takaful adalah dinyatakan dengan jelas. Syarikat Takaful akan menjalankan kewajipannya sebagai pengusaha bagi menerima caruman-caruman penyertaan takaful dari peserta-peserta, menguruskan skim-skim perlindungan Takaful Am, membuat pelaburan dan sebagainya. Jumlah caruman yang dibayar oleh peserta-peserta adalah bergantung kepada jenis-jenis skim perlindungan yang disertai dan mengikut kadar yang biasanya ditetapkan oleh Syarikat Takaful.
Dalam urusniaga Takaful Am, penyertaan peserta-peserta dalam sebarang skim perlindungan Takaful Am yang disediakan oleh Syarikat Takaful seperti perlindungan kereta, kebakaran, rumah, gangguan perniagaan dan sebagainya dinamakan sebagai sumbangan takaful kepada syarikat. Wang caruman peserta-peserta ini akan dikumpulkan dalam satu kumpulan wang dan dilaburkan oleh syarikat dalam bidang dan bentuk pelaburan yang halal dari segi syarak. Semua keuntungan yang diperolehi dari kegiatan pelaburan yang diusahakan oleh syarikat akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang ini.

Seperti yang terkandung di dalam perjanjian, perlindungan takaful adalah  atas persetujuan dan kerelaan peserta. Dari wang ini, Syarikat Takaful akan membayar pampasan kepada mereka yang menanggung kerugian kerana ditimpa bencana tertentu. Syarikat juga akan menggunakan wang ini bagi membiayai perbelanjaan kendalian urusniaga Takaful Am. Sekiranya selepas ditolak semua perbelanjaan kendalian urusniaga takaful dinyatakan, kumpulan wang ini masih lagi mempunyai lebihan maka lebihan ini akan dibahagikan di antara peserta dan syarikat mengikut prinsip al-Mudharabah.

2.                   Perbezaan di antara Takaful dan Insuran Konvensional
Skim Takaful mempunyai perbezaannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan insuran konvensional iaitu;
a.                   Takaful mengamalkan sistem Islam yang menekankan konsep ta’awun dan tadhiar, manakala insuran konvensional lebih kepada sistem kapitalis.
b.                  Takaful mengamalkan konsep bersama menyertai, berbeza dengan insuran konvensional yang berkonsepkan jual beli.
c.                   Tabarru’ atau bersama menolong diamalkan, berbeza dalam insuran  konvensional yang mengamalkan bayaran premium.
d.                  Pelaburan al-Mudharabah dalam takaful adalah lebih besar berbanding faedah dividen  dalam  insuran konvensional.
e.                  Keseluruhan operasi takaful dikawal oleh Majlis Pengawasan Syariah berbanding dengan Lembaga Pengarah dalam insuran  konvensional.
f.                    Sumbangan yang ditabungkan adalah kepunyaan peserta, manakala dalam insuran konvensional ia kepunyaan syarikat.

6.3          Kesimpulan
Dari semua penjelasan di atas, jelas menunjukkan sistem ekonomi Islam muncul selari dengan Islam, perubahan zaman dan perkembangan masyarakat Islam. Usaha-usaha gigih kalangan sarjana, ulama dan kerajaan diperlukan bagi memastikan unsur-unsur kebaikan dalam ekonomi Islam dapat dikecapi oleh masyarakat Islam khasnya dan masyarakat manusia amnya. Ekonomi Islam juga dapat menjadi alternatif kepada pelbagai isu yang timbul dalam bidang ekonomi.

No comments:

Post a Comment