KEMAHIRAN ILMU
1.
KEMAHIRAN
MENCARI SUMBER MAKLUMAT DAN ILMU
Ilmu perlu dicari kerana ia merupakan
sebahagian daripada pembentukan personaliti manusia. Penguasaan ilmu boleh
dicapai melalui kefahaman yang tinggi terhadap apa yang dipelajari dan aplikasinya
dalam kehidupan. Memiliki personaliti yang baik mencerminkan keindahan
dan kesempurnaan yang hanya dapat dicapai melalui kesedaran diri dan ilmu.
Kepentingannya dapat dilihat dalam semua bentuk ibadah yang telah ditentukan
oleh ajaran Islam. Ia merupakan satu bentuk latihan bagi membolehkan manusia
menpunyai akhlak dan tingkahlaku yang betul dan memelihara nilai-nilai tersebut
selama hidupnya walau apa pun perubahan yang berlaku di persekitarannya.
Personaliti manusia merupakan penentu kepada segala aktiviti yang dilakukan
oleh manusia. Perlu ada keseimbangan di antara perkembangan personaliti dan
pencapaian akademik melalui penguasaan ilmu yang menjadi teras kepada
pembangunan modal insan. Ilmu merupakan alat muhasabah diri yang dapat membantu
mengenal dan memperbaiki diri.
2.
KEMAHIRAN
MENENTUKAN KEUTAMAAN ILMU
Memiliki ilmu pengetahuan sangat penting
bagi manusia, karena tanpa ilmu hidup seseorang akan hilang arah dan berada
dalam kegelapan. Hukum menuntut ilmu dalam Islam adalah wajib. “Menuntut ilmu wajib atas setiap muslim
(lelaki ataupun perempuan).” (Ibnu Majah)
Bagi seorang muslim ilmu pengetahuan
sangatlah penting, karena di dalam Islam, orang yang berilmu akan diangkat
darjatnya dan dihormati. Ada beberapa keutamaan berilmu dalam Islam yang perlu
di ketahui oleh seorang muslim. Allah SWT menjelaskan keutamaan orang yang
berilmu melalui ayat al-Quran dan hadith. Rasulullah SAW Bersabda; “Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk
mencari ilmu, maka akan Allah mudahkan jalannya menuju syurga.” (Muslim)
“Allah akan meninggikan kedudukan orang yang beriman di antara kamu dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11).
“Katakanlah:
Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima
pelajaran. (al-Zumar: 9)
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-Nya hanyalah ulama.
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (al-Fathir: 28)
Adapun hadith yang berkaitan dengan keutamaan
ilmu pengetahuan adalah sabda Rasulullah SAW;
“Sesiapa yang
dikehendaki baik oleh Allah, maka ia dipintarkan dalam hal keagamaan dan
diilhami oleh-Nya kepandaian dalam hal itu”. (Bukhari dan Muslim serta Tabarani).
Sabda Rasulullah SAW yang lain; “Para Alim ulama adalah pewaris para
nabi” (Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah
dan Ibnu Hibban).
“Jika
seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga
perkara; Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang salih.” (
Muslim)
Dalam surah al-Faathir
ayat 28 Allah berfirman yang bermaksud;
“Dan demikian pula di antara manusia, makhluk
bergerak yang bernyawa dan haiwan ternakan ada yang bermacam-macam warnanya dan
jenisnya. Di antara hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para ulama
(ilmuan). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” .
Dalam surah al-Mujadalah
ayat 58 maksud firman Allah SWT; “Wahai
orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam
majlis,”maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan
apabila dikatakan,“Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan
mengangkat (darjat) orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu
beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan”.
Surah al-Baqarah
ayat 269, Allah SWT berfirman; “Allah berikan al-Hikmah (Ilmu pengetahuan)
kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan sesiapa yang dianugerahi al-Hikmah
itu, sungguh ia telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang
berakallah yang dapat mengambil pelajaran (berzikir) firman Allah”.
Rasulullah SAW Bersabda; “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapatkan semua kebaikan, niscaya Allah
akan memahamkan dia tentang ilmu agama”.
3.
ISTIQAMAH
digalakkan menimba ilmu pengetahuan secara berterusan
selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat (life long learning)
dan melahirkan para pekerja yang berilmu (knowledge-workers).
4.
PERKONGSIAN
MAKLUMAT
ilmu yang kita pelajari atau
diperolehi itu harus dapat kita terjemahkan kepada suatu keadaan yang nyata
yang kemudiannya dapat kita gunakan sebagai asas bagi kita untuk memudahkan
segala urusan atau tugas yang diserahkan kepada kita. Dalam banyak situasi, kita sebenarnya tidak dapat
mengelakkan daripada berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat dengan orang lain.
Bagi
kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan sesebuah organisasi, tidak harus
timbul perasaan yang kita tidak diperlukan atau sudah hampir masanya untuk kita
‘memperlahankan’ kerja kita.
Sikap
atau perasaan ini harus dikikis. Sebaliknya, dengan tempoh masa untuk
kita berkhidmat semakin singkat, ianya harus dijadikan dorongan untuk kita
mencurahkan seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kita
kepada kakitangan baru atau yang lebih muda daripada kita. Ini penting bagi membolehkan mereka
(kakitangan baru atau pegawai muda) meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran dalam menjalankan tugas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang
ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya
seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis
riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
5.
MENGAPLIKASI
ILMU
Apa yang
penting seseorang itu perlu mencari sebanyak mungkin ilmu dan pada masa yang
sama mendekatkan diri kepada Allah. Ilmu juga perlu diamalkan untuk kebaikan.
Peribahasa Arab menyatakan bahawa, “Ilmu
tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah”. Ayat pertama yang diturunkan
oleh Allah di dalam al-Quran memperkatakan tentang Ilmu seharusnya digunakan
untuk kebaikan semua manusia dan bukan untuk membawa kerosakan di muka bumi
ini. Ia selari dengan peringatan Allah dalam Quran al-Rum ayat 41 yang bermaksud, “Berlaku kerosakan di daratan
dan di lautan adalah angkara perbuatan manusia. Dengan itu mereka merasai kesan
perbuatannya, agar mereka kembali (insaf).”
Ayat ini
membicarakan tentang perkembangan manusia. Sifat kemanusiaan manusia perlu
dipertingkatkan ke tahap yang paling tinggi. Insan yang baik menggunakan ilmunya
untuk kebaikan. Tidak cukup sekadar melalui pembacaan dan pemerhatian sahaja.
Menurut Louay M. Safi (1998), tugas utama seorang intelektual adalah untuk
mengembangkan suatu pandangan berasaskan prinsip kebenaran, mengenalpasti
nilai-nilai dan matlamat ilmu dan mencadangkan model yang sesuai bagi
merealisasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan.
6.
KESIMPULAN
Penguasaan
ilmu boleh dicapai melalui kefahaman yang tinggi terhadap apa yang dipelajari
dan aplikasinya dalam kehidupan. Pencapaian akademik yang tinggi sahaja tidak
mencukupi jika tidak disertakan dengan pembentuk
No comments:
Post a Comment