Sunday, April 12, 2020

ISC05


KEMAHIRAN KEPIMPINAN



1.    DEFINASI
Kepimpinan amat penting dalam sesebuah masyarakat sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, institusi, organisasi dan juga negara. Islam memandang berat soal memilih pemimpin dalam semua peringkat kehidupan. Bukti sejarah Islam: apabila Rasulullah SAW wafat, Khalifah terus dilantik menjadi pemimpin bagi menggantikan baginda sebelum pemakaman baginda. Menentukan dan memilih pemimpin menjadi suatu perkara yang sangat penting dan wajib. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Tidak halal bagi tiga orang yang berada di satu tempat melainkan dilantik seorang daripada mereka sebagai ketua.” (Riwayat Ahmad)

2.    DEFINASI
Terdapat berbagai perkataan yang digunakan bagi menjelaskan definasi kepimpinan di antaranya ialah Imamah, khalifah, qiyadah, za’amah, ria’ayah, ri’asah dan siyadah. Dalam Kamus Dewan (1993: 1038), perkataan kepimpinan berasal dari perkataan pimpin yang bererti bimbing, pandu, tunjuk dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris, leadership membawa maksud the position of leader (kedudukan pemimpin), control of power over group (kawalan atau kuasa terhadap sesuatu kumpulan) dan a group of people who lead (satu kumpulan manusia yang memimpin). (Longman Dictionary of Contemporary English, 1978: 622).
Menurut Fathi Yakan, kepimpinan adalah satu kemahiran berkomunikasi dengan fitrah ma nusia untuk mempengaruhi dan juga mengarah manusia ke arah mencapai matlamat dengan cara memastikan kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Ibn Taimiyah menekankan betapa kepimpinan merupakan tuntutan agama, tanpa kepimpinan urusan pentadbiran agama dan bangsa tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Ketua Negara (al-Imam) adalah bertanggungjawab berkaitan rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin kepada keluarga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah pimpinan kamu. Ketua negara (al-Imam) adalah bertanggungjawab berkaitan rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Khadam bertanggungjawab menjaga harta tuannya dan akan ditanya berkenaan barang-barang yang diamanahkan. Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin, justeru kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu”.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
3.    CIRI-CIRI KEPIMPINAN
Menurut al-Mawardi, seseorang pemimpin mesti memiliki kreteria berikut; Adil dalam memimpin pekerja dalam organisasi, berfikiran matang, berani berijtihad dalam melakukan tugas, memiliki pancaindera yang sempurna, berilmu agama yang tinggi bagi menggelak melakukan kemungkaran daan mempunyai anggota badan yang  sempurna supaya boleh menyempurnakan tugasnya.
 Menurut Imam al-Ghazali, seorang pemimpin perlu memiliki sifat-sifat berikut;  hidup  sederhana, tidak membazir dengan harta miliknya, melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut, cuba memuaskan semua pihak jika ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan, menyedari tanggungjawab besar yang dipikulnya, suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar nasihat mereka. Hadith daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya”. (Riwayat al-Bukhari). Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Riwayat al-Tirmidzi)
Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai kesungguhan dan keyakinan terhadap diri sendiri. Tanpanya sesebuah organisasi tidak akan dapat beroperasi dengan baik. Begitu juga jika memiliki kecerdasan tidak terlalu tinggi atau kecerdasan yang terlalu rendah yang akan mengurangkan keberkesanan memimpin. Ralph M. Stogdill berpendapat, seorang pemimpin perlu cerdas, bijak, matang, mempunyai harta sebagai modal untuk menguruskan organisasinya dengan baik. Pemimpin juga memiliki sifat sosial seperti boleh bekerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk terhadap orang yang beriman”. (al-Taubah: 128).
Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri pemimpin ialah;
·      Amanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang dipimpinannya.
·      Meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah SWT dalam melaksanakan semua yang dipertanggungjawabkan.
·      Perwatakan dan keperibadian yang cemerlang. Iaitu berakhlak yang amat tinggi dan terpuji.
·      Wujud perkaitan di antara pengucapan dan tindakannya.
·      Bijak bertindak dan tidak sombong.
·      Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah SWT.
Ini kerana pemimpin sebenarnya adalah pengganti Rasulullah SAW untuk memelihara, menjaga dan melaksanakan syariat Allah SWT. Memiliki al-Quwwah iaitu kekuatan dari semua sudut sama ada fizikal, spiritual, emosi dan mental. Bertakwa kerana takwa menjamin seseorang pemimpin itu berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas. Seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu berkebolehan, progresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas.

4.    PRINSIP-PRINSIP KEPIMPINAN
Shura dari segi bahasa Arab ialah penyaringan madu iaitu menyaring madu dari sarangnya. Shura bertujuan untuk mewujudkan perbincangan dan perundingan di kalangan cerdik pandai ahli agama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Shura juga sebagai penetapan hukum yang merupakan lambang asasi al-Syariah dan pemimpin yang tidak melaksanakannya wajib disingkir tanpa perselisihan pendapat para ulama.

5.    KAEDAH KEPIMPINAN
Blake & Mouton (1964) berpendapat, kaedah kepimpinan pada dasarnya dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
·      Kepimpinan Otokratik apabila pemimpin yang otokratik mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal.  Pemimpin yang mengamalkan kaedah ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Ini biasa dapat dilihat dalam sektor industri. Sistem ini bercanggah dengan nilai kemanusiaan kerana menafikan kebebasan. Seseorang pemerintah mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat dan perlembagaan yang dirangkanya bercanggah dengan sistem demokrasi dan juga sistem pemerintahan Islam. Contoh sistem otokrasi dalam al-Quran ialah pemerintahan Firaun Mesir.
·      Sistem Kapitalis dianggap zalim kerana hanya menjaga kepentingan pelabur atau peniaga, berbanding kepentingan rakyat. Pemimpin yang mengamalkan kaedah kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Mereka biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
·      Fahaman Liberalisme dianggap zalim kerana kebebasan mutlak tanpa sekatan nilai agama. Nilai liberalisme yang diamalkan akan mengganggu hak individu lain. Contohnya hak kebebasan seks seperti yang berlaku di Barat boleh mengganggu kesejahteraan masyarakat bersuara dan menganut agama.
·      Sistem Khalifah meletakkan nilai-nilai agama sebagai perlembagaan. Kerajaan Islam bergantung kepada hasil pungutan cukai dari bukan Islam dan zakat dari orang Islam. Berbanding sistem feudalisme yang  memiliki segala hasil pertanian dan perniagaan dalam negara tersebut. Rakyat sebagai pekerja atau buruh kepada pemerintah. Dalam sistem khalifah, peralihan kuasa adalah kerana perbezaan fahaman politik bukan perbezaan nilai sosial yang dianuti. Penganut agama lain boleh hidup secara aman dan kehidupan mereka tidak diganggu. Berbeza dengan otokrasi yang melarang dan menekan kehidupan rakyat yang berlainan fahaman kehidupan dengan pemerintah. Menurut perspektif Islam sistem pemerintahan yang bercanggah dengan konsep keadilan dianggap satu kezaliman.
·      Sistem Komunisme dianggap satu kezaliman kerana pemerintah mempunyai kuasa mutlak sedangkan rakyat dianggap sebagai pekerja atau hamba. Pemusatan kuasa sepenuhnya kepada parti Komunis dan menafikan kewujudan sektor swasta dalam ekonomi. Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Ia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.
·      Kaedah kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin mengalakkan kesemua kakitangan melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Sistem Pemerintahan Demokrasi bertentangan dengan sistem otokrasi. Demokrasi melambangkan kebebasan bersuara. Sistem ini boleh diterima dalam sistem pemerintahan Islam (perlu penyesuaian) kerana ia melambangkan pemilihan pemimpin oleh majoriti rakyat seperti yang berlaku dalam sejarah awal Islam.
Islam merupakan agama demokrasi berdasarkan alasan berikut;
-       Menjamin kebebasan rakyat pelbagai latar belakang agama untuk menganut dan mengamalkan agama dan budaya.
-       Tiada perbezaan layanan kepada rakyat walaupun berlainan latar belakang.
-       Non Muslim boleh melakukan aktiviti harian tanpa sekatan kecuali ia menyebabkan kepentingan umat Islam.

6.    CABARAN KEPIMPINAN
·      Cabaran Globalisasi dan Integrasi Ekonomi.
·      Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin hari ini jauh lebih kompleks, pelbagai perkara yang berlaku di luar jangka.
·      Kepimpinan Barat memecahkan dominasi sistem kepimpinan Islam dan Timur dengan penjajahan dan dasar politik hegemoni Barat.
·      Sekularisme sering dikaitkan dengan era kebangkitan Eropah. Ia berperanan sebagai hala tuju peradaban Barat yang menjauhkan diri dari pengaruh agama dan menjadikan kemodenan sebagai matlamat. Sekularisme yang diperkenalkan Barat banyak mempengaruhi sistem  Islam termasuk kepimpinan.

6. ETIKA KEPIMPINAN DALAM ISLAM
·      Ikhlas dan benar kepada Allah. Keredhaan Allah dalam setiap gerak kerja. Bersih dari sifat  riya’, ujub dan mahukan kedudukan pangkat dan sanjungan.
·      Berfikiran cerdas, bijaksana, berpengetahuan luas dan berpengalaman. Cepat memahami masalah, tidak pelupa dan tidak buntu. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa, pengasih, lemah lembut dan menunaikan  janji.
·      Sabar kerana perjalanan dakwah tersangat panjang. Ia mesti dipimpin oleh mukmin yang tinggi sabarnya dan cekal menempuh perjuangan. Kepimpinan merupakan amanah Allah SWT kepada umat manusia kerana ia merupakan perkara asas untuk memakmurkan dunia.
Pemerintahan Islam iaitu KHALIFAH merupakan pemerintahan yang bertanggungjawab menunaikan tuntutan Islam. Kaedah kepimpinan Barat boleh diterima pakai tetapi perlu disesuaikan dengan ajaran Islam. Kepimpinan Islam menghadapi cabaran yang perlu diselesaikan demi masa depan ummah.
                                                  

No comments:

Post a Comment