ELEMEN PEMBANGUNAN PERSONALITI
1.
PENDAHULUAN
Manusia mempunyai
unsur rohani dan jasmani atau unsur dalaman dan luaran. Perkembangan dan pembangunan kedua-duanya perlu
selari, seimbang dan bersepadu. Individu yang berkembang secara bersepadu dapat
menjalani hidup dan melaksanakan tugas dengan baik.
2.
RUH
Ruh diertikan sama
dengan al-nafs. Ia berkaitan dengan tubuh, jantung dan peredaran darah (ruh
dalam bentuk jasmaniah yang terikat dengan jasad). Ruh yang definisinya sama
dengan hati, iaitu ruh sebagai lathifah
rabbaniyyah ruhaniyyah, secara abstrak atau secara maknawi, ruh adalah sama
dengan hati. Melalui ruh seseorang dapat merasakan penderitaan atau
kebahagiaan. Barat menyebutnya mind, kita menyebutnya jiwa. Surah al-Isra’: 85 bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang ruh. Katakanlah, Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi
pengetahuan hanya sedikit”.
3.
AKAL (AQL)
Aql memiliki dua makna: Pertama: akal sebagai
ilmu tentang sesuatu. orang yang berakal bererti orang yang mempunyai ilmu
tentang sesuatu, ini bermakna akal sama dengan ilmu. Kedua: sesuatu di dalam
diri kita yang menjadi alat untuk memperoleh ilmu. Akal sama ada ilmu itu
sendiri atau alat untuk memperoleh ilmu. itu bermakna akal sama ertinya dengan
hati, iaitu lathifah rabbaniyyah
ruhaniyyah mudrikah alimah arifah. Ini bermakna akal membolehkan seseorang
itu untuk mengetahui sesuatu Ibn Rushd membahagikan akal kepada 3 kategori:
i.
Akal
demonstratif (burhani); yang mampu
memahami dalil-dalil atau bukti-bukti yang meyakinkan dan tepat.
ii.
Logik (mantiq), sekadar memahami fakta-fakta
argumentatif, tanpa melalui pembuktian yang jelas dan pasti.
iii.
Retorik (khitabi), hanya mampu menangkap hal-hal
yang bersifat nasihat dan retorik, tidak dipersiapkan untuk memahami atau
berpikir secara sistematik.
Fungsi akal: mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai, membezakan benar
atau
salah. Ini yang membezakan manusia dengan makhluk lain.
4.
HATI
Hati merupakan suatu elemen paling penting
dalam diri seorang manusia. Hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri. Malah
para ulama sufi menggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan
manusia. Kata orang-orang tua, ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut rasa
binasa.
5.
NAFSU
Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau
dorongan hati yang kuat. Nafsu juga bermakna :
i.
nafs dalam erti negatif, iaitu al-hawa,
(hawa nafsu,). tugas kita adalah membersihkan hati kita dari nafsu. hati yang
bersih dari nafsu, disebut dengan
istilah qalbun salim. al-hawa adalah
makanan syaitan.
ii.
nafs yang berarti manusia secara keseluruhan. hakikat diri kita adalah nafs
kita, ego atau diri kita. (Al-Fajr:27-28).
Perkataan nafsu
boleh digabungkan dengan perkataan lain bagi membawa erti yang lebih khusus,
antaranya adalah:
- Hawa nafsu,
biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna
selera, jika dihubungkan dengan makanan.
- Nafsu syahwat iaitu keinginan, kecenderungan atau keberahian
khusus berkaitan dengan seksual.
- Nafsu serakah
iaitu nafsu yang tidak dikawal, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya
dalam hal berkait dengan seksual.
Pada perspektif Islam, terdapat empat peringkat
nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia, iaitu:
a)
Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong
manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada pada peringkat ini tidak
merasakan perbezaan di antara yang baik dan
jahat. Apabila melakukan kejahatan, ia
tidak menyesal dan sebaliknya juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.
b)
Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan
kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan ingin keluar untuk memulakan
kehidupan positif.
c)
Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima
kebenaran dan keinsafan serta merasa
keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
d) Nafsu Mutma’innah: Nafsu yang
mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus meningkatkan keimanan
& ketaqwaan dalam diri.
Menurut Ibn Qayyim, nafsu manusia dibahagikan kepada:
i. nafs mutma’innah
ii. nafs lawwamah dan
iii.
nafs ammarah
6. KESAN KEGAGALAN
MENGAWAL NAFSU
Bermula
daripada individu itu sendiri, seterusnya merebak kepada institusi kekeluargaan
dan memberi kesan terhadap masyarakat setempat dan akhirnya turut memberi kesan
terhadap pembangunan negara.
1.
Ia menyebabkan
wujud individu yang berpaksikan nafsu dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif,
tidak mempunyai pegangan agama yang kuat seterusnya memberi kesan terhadap
institusi kekeluargaan itu.
2.
Wujud perpecahan
dalam institusi kekeluargaan memandangkan ketua keluarga sendiri tidak mempunyai
agama yang kukuh dalam membimbing keluarga. Masa depan anak terabai apabila ibu
bapa sibuk dengan dunia sosial mereka yang kompleks.
3.
Masyarakat akan
berpecah belah, fitnah memfitnah, berprasangka buruk (prejudis) sesama sendiri, tidak ada persefahaman sesama
masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang tidak bersatu padu, pentingkan
diri, seterusnya menimbulkan masalah perkauman dalam negara, memandangkan
Malaysia mempunyai penduduk yang pelbagai etnik. Negara juga akan kehilangan generasi
kepimpinan masa hadapan. Membantutkan perkembangan kemajuan ekonomi. Anasir
jahat dari luar mudah menyelinap masuk ke dalam negara. Negara yang rakyatnya tidak
tegoh pendirian mudah dipengaruhi di dilemahkan.
7. JASMANI
Merupakan unsur yang berkaitan dengan jasad atau tubuh badan atau disebut
fizikal. Unsur jasmani yang paling penting untuk dipertingkatkan adalah
kesihatan dan kecergasan. Ia merangkumi pemanfaatan anggota fizikal untuk
berdikari dan hidup bermasyarakat. Penjagaan Kesihatan diberi perhatian utama
dalam al-Quran surah al-Muddatsir ayat
4 dan 5. Saranan membersihkan pakaian dan meninggalkan segala macam kekotoran.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Kebersihan
adalah sebahagian dari iman”.
Beberapa contoh pencegahan dan penjagaan kesihatan jasmani seperti amalan
menutup hidangan, mencuci tangan sebelum makan, memberus gigi, larangan
bernafas ketika minum, tidak membuang air di tempat air yang tidak mengalir
atau di bawah pohon. Maksud firman Allah;
“Wahai orang yang beriman! Makanlah dari
benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah
kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.” (Surah al-Baqarah: 172)
Kesihatan Jasmani juga disebut sebagai sejahtera, selamat dan afiat. Semasa
sihat seharusnya digunakan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima
perkara yang lain iaitu; Masa muda sebelum datangnya hari tua. Masa sihat
sebelum datangnya masa sakit. Masa kaya sebelum datang masa papa. Hidup sebelum
datangnya mati”. (Riwayat Tirmizi dan Muslim). Penjagaan Kesihatan melalui
makan secara berimbang, makanan yang berkhasiat. Menjauhkan diri daripada
perkara yang diharamkan dan berpantang. Harith Ibn Kaladah, seorang sahabat
Rasulullah SAW bersabda; “Perut itu sarang
penyakit”. Berpantang adalah petua segala perubatan, Bagi mengatasi masalah
ini dianjurkan supaya membiasakan diri dengan amalan harian iaitu memakan
makanan yang biasa dimakan. Kelebihan orang sihat dan kuat dapat melaksanakan
tugas dan kewajiban serta ibadat dengan baik dan sempurna. Maksud firman Allah
SWT surah al-Qasas: 26: “Salah seorang dari keduanya berkata; Wahai ayah! Ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya
sebaik-baik pekerja ialah yang kuat lagi amanah”. Nabi Adam dibekalkan
dengan akal dan Allah SWT mengarahkan malaikat Jibril mengajarkan semua nama
benda sebagai bekalan untuk mentadbir alam. Kurniaan akal yang membezakan
manusia daripada makhluk yang lain Dengan akal manusia dapat membangun dan
memperkembangkan potensi diri dan persekitarannya. Dalam usaha melaksanakan
tugas Khalifatu fi al-Ard.
No comments:
Post a Comment