KONSEP AL-MAL
(HARTA)
- PENGENALAN
 
Kehidupan manusia memerlukan harta untuk kemudahan dan
menggelakkan kesusahan. Namun harta bukanlah segala-galanya bagi hidup ini.
Cinta manusia kepada harta merupakan salah satu fitrah. Islam menetapkan harta
sebagai perhiasan hidup. Islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan.
Memiliki harta memudahkan untuk beribadah. Islam memuliakan orang kaya.
Kemiskinan boleh membawa kekufuran.
- DEFINASI AL-MAL
 
Perkataan al-Mal dalam bahasa Arab ialah harta
iaitu sesuatu yang boleh dimiliki oleh individu atau kumpulan manusia seperti
barangan berharga, aset, tanah, rumah, bangunan, tumbuh-tumbuhan, galian, wang
dan haiwan. Beberapa sarjana mendefinasikan al-Mal. 
Abdul Karim Zaydan menjelaskan al-Mal sebagai;
”Setiap yang boleh didapatkan (dikuasai) dan dimanfaatkan dalam keadaan biasa”.
Mohd Akram mendefinasikannya sebagainya; ”Sesuatu yang
boleh disimpan atau dipegang untuk digunakan pada masa yang diperlukan”.
Menurut Muhammad Kamal Attiyah, al-Mal ialah; ”Apa
yang dikehendaki oleh jiwa dan dicintainya”.
- KEDUDUKAN AL-MAL (HARTA) DALAM
     ISLAM 
 
- Semua
     harta di dunia ini adalah milik Allah. Manusia tidak memiliki harta secara mutlak. Sebaliknya
     kerajaan boleh membuat peraturan mengenai pemilikan dan penggunaan harta.
 
”Segala yang ada di langit dan di bumi adalah
kepunyaan Allah”. (al-Baqarah: 284)
- Manusia sebagai pemegang amanah. Manusia tidak boleh
     menganggu hak milik orang lain. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang
     diperolehi dan apa yang dibelanjakan. Manusia perlu meggunakan harta
     dengan sebaik mungkin mengikut ketentuan syarak. Harta adalah ujian dari
     Allah untuk manusia. Gunakan harta ke jalan Allah.
 - Semua
     harta di dunia ini adalah untuk manusia. Manusia perlu menggunakan harta sebaik mungkin dan
     elakkan dari melakukan kerosakan.
 - Harta dianugerahkan kepada manusia tidak sama antara
     satu sama lain. Harta diperolehi dengan kerja keras, bantu membantu,
     perancangan. Harta untuk menguji keimanan. Ramai penghuni syurga dari
     kalangan orang miskin dan ramai penghuni neraka adalah orang kaya. 
 - Harta yang disediakan Allah kepada manusia adalah
     banyak dan cukup untuk manusia. Ketidakcukupan berlaku kerana ketamakan
     dan pembaziran.
 - Cara memperolehi harta yang halal ialah dengan
     melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi seperti bekerja sendiri dan makan
     gaji. Ia juga boleh diperolehi melalui pensyariatan agama seperti nafkah,
     pusaka, wasiat, zakat. Turut diperolehi melalui pemindahan seperti jual
     beli, hutang, pemberian, mas kahwin. Malah melalui bantuan orang lain
     seperti individu, masyarakat dan juga kerajaan.
 
- CIRI-CIRI
     AL-MAL (HARTA)
 
- Benda yang boleh dilihat,
     dipegang, dikuasai dan dimanfaatkan secara langsung. Contohnya tanah, bangunan, rumah, kereta dan
     lain-lain lagi.
 - Sesuatu yang belum dimiliki tetapi berkemungkinan
     untuk dimiliki. Contohnya ikan di sungai, minyak di perut bumi dan sebagainya.
 - Benda yang wujud. Dapat disimpan dan digunakan
     ketika diperlukan. Seperti tenaga solar, nuklear.
 - Benda yang halal dan dibenarkan syarak. Jika
     sebaliknya seperti harta curi, rasuah, bangkai bukan dianggap harta oleh
     Islam.
 
- JENIS-JENIS AL-MAL (HARTA)
 
- Harta yang bernilai (mutaqawwam) dan harta
     yang tidak bernilai (ghair mutaqawwam). Syarak membenarkan
     pemilikannya apabila ia dimiliki secara sah dan haram bagi harta yang
     tidak dibenarkan syarak seperti menggunakan atau memiliki barangan curi,
     arak.
 - Harta yang ada persamaan (mithly) atau
     seharga (qimmiy). Harta yang ada persamaan  dari segi kualiti dan kuantiti boleh
     ditentukan dengan cara; Disukat (al-makilat) seperti beras, gandum
     dengan sukatan gantang, cupak. Ditimbang (al-mauzunat)
     seperti buah-buahan, sayuran dengan kilogram, gram. Dikira (al-adadiyyat)
     seperti buku, pensil, meja. Dan boleh diukur (al-Zar’iyyat) seperti
     tinggi, panjang, luas menggunakan depa, ela, meter.
 - Harta alih (manqul) dan harta tak alih (ghair
     manqul). Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal di tempatnya. Harta alih
     boleh dipindahkan tempat seperti kereta. perabot, wang, barangan, pakaian.
     Manakala harta tak alih tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti
     bangunan, pokok, tanah.
 - Harta yang kekal bentuk asal (al-Istihlaky) dan
     tidak kekal bentuk asal (al- Isti’maly) selepas digunakan. Al-Istihlaky
     ialah harta yang berubah zatnya selepas digunakan seperti makanan, minuman.
     Manakala harta al-Istikmaly berubah zat asal setelah digunakan
     berkali-kali seperti pakaian, kereta, perabut.
 
- PENUTUP
 
Harta penting untuk kehidupan manusia sebagai alat untuk
mendapatkan sesuatu. Namun ia bukan matlamat hidup manusia. Harta adalah ujian
dari Allah. 
No comments:
Post a Comment