BAB
6
AL-RAHN
(Pajak Gadai Islam)
- Pengenalan
Al-Rahn
merupakan salah satu mekanisme sistem ekonomi Islam sebagai suatu alternatif
atau jalan keluar untuk menyelesaikan masalah untuk mendapatkan wang tunai
segera terutama di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk
mendapatkan pinjaman jangka pendek/segera/mudah yang bebas dari amalan riba.
- Sejarah
Perkembangan al-Rahn
Pajak
gadai berkaitan dengan hutang dan berhutang merupakan sifat semulajadi manusia
untuk mendapatkan barangan dan juga wang. Hutang menyebabkan wujud amalan riba
sebagai jalan keluar untuk jaminan setiap hutang dibayar balik. Riba dikenakan
oleh pemberi hutang dan mengenakan syarat sekiranya dalam tempoh tertentu
sekiranya hutang gagal diselesaikan maka gadaian akan luput (hangus) atau
menjadi hak milik pemberi hutang. Ini merupakan salah satu bentuk eksploitasi,
tipu muslihat dan kezaliman orang yang berharta ke atas orang lain.
Di
Malaysia industri Pajak Gadai tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
iaitu meerima atau mengambil dari seseorang sebarang benda untuk dijadikan
cagaran untuk pembayaran balik sejumlah wang yang tidak melebihi RM 5,000.00
dengan perjanjian benda tersebut akan ditebus semula. Pada kebiasaannya pajak
gadai konvensional menetapkan; apabila nilai barangan sandaran rendah maka
tinggi kadar bunga, tidak memberikan nilai semasa barangan gadaian, penggadai
akan kehilangan hak jika barang gadaian tidak ditebus.
- Definasi
al-Rahn
Pinjaman
wang dengan meletakkan barangan (emas) sebagai cagaran dalam tempoh tertentu.
Atau menjadikan sesuatu (barangan atau emas) sebagai jaminan kepada hutang yang
menjadikannya sebagai bayaran sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan.
- Hukum
al-Rahn
Ia
adalah harus sebagaimana transaksi jual beli yang lain. Bahkan Rasulullah
s.a.w. bergadai baju besinya untuk mendapatkan gandum dari seorang Yahudi
bernama Abu Shaham.
- Falsafah
al-Rahn
5.1 Keadilan
Islam
menentang segala bentuk penindasan, eksploitasi pemberi hutang ke atas orang
yang berhutang. Keadilan mesti ditegakkan dalam kehidupan bukan sahaja sesama
Islam tetapi juga sesame manusia.
5.2 Konsep harta
Harta
adalah milik Allah yang dikurniakan kepada manusia hasil dari daya usaha yang
dibenarkan syarak. Ia dikawal oleh manusia dan menjadi tanggungjawab kepada
manusia untuk menguruskannya sebaik mungkin.
5.3 Tanggungjawab
Penggadai
dan pihak yang menerima gadaian mesti bertanggungjawab dengan tidak merampas,
menipu dan sebagainya dan bermuamalah dengan batasan kemanusiaan untuk bentu
membantu untuk memberi modal dan kurang berkemampuan.
5.4 Kebajikan
Transaksi
gadaian merupakan kerja amal untuk semata-mata kebajikan dan pertolongan
terhadap mereka yang memerlukan. Ia bukan bermotifkan keuntungan walaupun ia
adalah suatu industri perniagaan.
- RUKUN
DAN SYARAT AL-RAHN
a.
Sighah
atau ucapan penawaran dan penerimaan
b.
Orang
yang menggadai (berhutang)
c.
Pemegang
gadaian (pemberi hutang)
d.
Barang
gadaian
e.
Sebab
gadaian iaitu hutang
- OPERASI
AL-RAHN DI MALAYSIA
7.1 Qard al-Hasan
Merupakan
pinjaman tanpa faedah untuk mencari kebaikan/kebajikan. Peminjam hanya perlu
membayar pokok pinjaman sahaja. Tiada bayaran lain yang dikenakan. Walau
bagaimanapun sekiranya penggadai hendak memberi saguhati/hadiah adalah
dibenarkan.
7.2 Bai Bi Thaman
Ajil
Merupakan
bayaran ansuran. Penjual barangan memberikan barangan kepada pembeli tetapi
pembeli menangguhkan bayaran sehingga ke suatu tempoh tertentu.
7.3 Bai Wafa’
Jual
beli hutang iaitu perniagaan hutang apabila seseorang yang memberi hutang
kepada pihak lain boleh menjual haknya untuk mengutip hutang itu kepada pihak
lain menurut sebagaimana harga yang dipersetujui.
7.4 Bayaran
Perkhidmatan
Sejumlah
bayaran tertentu meliputi kawalan keselamatan, lessen, deposit, sewa bangunan
dan sebagainya untuk menjalankan kegiatan syarikat al-Rahn.
7.5 Upah Simpan
Bayaran
untuk selain bayaran perkhidmatan seperti membayar gaji pekerja al-Rahn.
Berdasarkan nilai barangan gadaian (emas tulen).
7.6 Barang gadaian
tidak lupus
Barang
yang digadai walaupun nilai gadaian itu pada kadar 65% atau 50% adalah menjadi
hak penggadai dan tidak akan lupus bahkan jika ada lebihan hasil dari proses
lelongan hendaklah diserahkan kepada penggadai kerana tidak boleh mengambil hak
orang lain.
7.7 Pinjaman tanpa
faedah
Pinjaman
yang mencagarkan emas tulen.
7.8 Kadar upah
mengikut nilai barang
Setelah
penggadai membayar pinjamannya, ia boleh mendapatkan kembali barang gadaiannya
dengan membayar sama upah simpan barang berdasarkan nilai barangan gadaian dan
bukannnya jumlah pinjaman.
7.9 Lelong sebagai
jalan terakhir
Melelong
atau menjual barangan gadaian (emas) dibenarkan dengan syarat mendapat izin
dari penggadai terlebih dahulu walaupun penerima gadaian juga mempunyai hak. Akan
tetapi sekiranya penggadai enggan maka penerima gadaian boleh membawa tuntutan
ke mahkamah bagi mendapatkan haknya kembali (hutang).
- PAJAK GADAI KONVENSIONAL: SUATU PERBANDINGAN
DENGAN AL-RAHN
8.1 Nilai gadaian merosot.
8.2 Kadar faedah (riba) yang tinggi bagi pinjaman yang
diberi.
8.3 Nilai gadaian yang rendah bahkan akan luput jika
hutang tidak dapat dijelaskan dalam tempohnya.
8.4 Surat gadaian sukar difahami dengan tujuan untuk
menjerat penggadai.
8.5 Melelong gadaian tanpa memberitahu penggadai supaya
pemberi hutang gadaian boleh memindahkan milik barang gadaian kepada mereka.
8.6 Wang lebihan gadaian tidak dipulangkan kepada
penggadai.
8.7 Acara lelong tidak disebarluaskan.
8.8 Pemegang gadai / pemberi hutang menuntut wang
pendahuluan.
- PENUTUP
Sistem al-Rahn pesat berkembang di Malaysia. Banyak
syarikat al-Rahn muncul seperti Sistem Gadaian Islam Kelantan (al-Rahn),
Muassasah Gadaian Islam Terengganu, Sistem Gadaian al-Rahn Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Sistem Gadaian Islam Bank Islam Malaysia
Berhad dan Sistem gadaian Islam (al-Rahn) Pahang. Ia menjadi satu skim kredit
mikro untuk kegiatan ekonomi kecil dan sederhana malah membuktikan kepentingan
emas sebagai cagaran/sandaran dalam urusan peminjaman wang.
No comments:
Post a Comment