Saturday, November 7, 2015

DOA OBE Siri ke 2


DOA SEMPENA KURSUS OBE
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah! Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya.
Ya Allah! Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami bersama-sama dalam kursus OBE-Effective Teaching Series 2 di UiTM Kelantan ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri kami dengan harapan  dapat kami menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut,mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dengan semangat kolektif;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pensyarah dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik di UiTM amnya .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Saya fazila omar... ex-student di kg batu... kalau saya tak silap orang, andalah ustaz saya masa darjah 4..... betul?
    Dulu, saya panggil ustaz zuhairi.... betul ke ni?
    Saya dulu tinggal di kem bt kentonmen jln ipoh. Ustaz tinggalkan sekolah kerana menyambung pelajaran di ukm bangi.. kebetulan, kakak saya juga belajar di sana..

    Kalau saya salah orang...minta maaf ye... dah lama saya cari orang bernama ustaz mohd zuhairi.... dulu rambutnya keriting... hahaha... tu je saya ingat...
    Sori kalau salah... kalau betul, ustaz infat saya lagi tak? :D

    ReplyDelete