Saturday, July 3, 2021

Catatan Akhir

Segalanya takdir...segalanya pujian kepada Allah Yang Maha Besar. Pada 03.November 2021 saya akan bergerak ke fasa baru sebagai PESARA setelah berkhidmat dengan UiTM hampir 32 tahun sebagai Pensyarah dan Pensyarah Sambilan UUM hampir 12 tahun. Pahit manis, suka duka, cantik hodoh, pujian kejian...semuanya telah dirasai. Segala yang baik semoga jadi pahala dan amal jariah. Mana yang buruk dijadikan sempadan supaya tidak berulang. Terima kasih dan sanjungan buat isteri, Chek Asma Binti Che Isa bagai jantung dan hati yang memberi kekuatan ketika lemah longlai kecewa sakit dan memberi kekuatan dengan semangat fizik mekanik yang sentiasa dinamik. Buat 6 orang anak yang sentiasa mendambakan erti kesempurnaan; Aina Izzaty, Aiza Afiqah, Alia Syafiqa, Amla Ilyana, Muhammad Akif Irfan dan Muhammad Adib Fawzan...teruskan usaha yang telah dirintis oleh abah dan mama. Kami wariskan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat...buatlah sebaik mungkin. Apabila rasa goyah dan kecewa ingat kembali pada pesanan abah dan mama. Ikutlah jalan tersebut dan berhati-hati di setiap persimpangan...ambil yang mudaratnya sedikit...cari yang banyak manfaatnya. Satu minggu dalam bulan mac tahun 2020 saya terlantar di katil ICU hospital di Kota Bharu, Kelantan menzahirkan rasa kekerdilan bahawa kita sebagai manusia hamba yang lemah mengharapkan kasih sayang Allah. Berkat doa mereka yang berada di belakang saya memberi harapan seolah-olah bagai hidup kembali setelah mati...di suatu ketika petugas kesihatan telah memasukkan saluran oksigen ke dalam mulut dan hendak mengkomakan saya. Terima kasih kepada petugas kesihatan hospital Kota Bharu kerana telah memberi rawatan terbaik sehingga saya sembuh sepenuhnya. Jika diimbas kembali; 21 tahun saya telah berada di Kelantan. 10 tahun di Segamat. Dilahirkan di Kg Batu Belah, Klang, Selangor...tempat saya melihat sendiri peristiwa 13 Mei 1969 pertentangan orang Melayu dan orang Cina...yang cedera dan yang terbunuh, curfew di malam hari. 19 tahun di Klang saya membesar dalam masyarakat multi ethnic-religion membentuk keperibadian yang menghargai kepelbagaian budaya. Di Klang dan Shah Alam ni banyak tempat saya pernah kerja sewaktu cuti sekolah seperti di kedai BATA, ALCOM, NATIONAL, VOLVO, NIPPON PAINT dan beberapa kilang seperti membuat ensel pintu, kek dan security guard. Sempat juga belajar silat di Kg. Sg. Pinang pada sebelah malam. 1 tahun di Kuala Lumpur terutamanya di Taman Dato Senu, Sentul. Sempat mengajar di SK Kg Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada malam harinya berniaga buah-buahan di Chow Kit Road bersama dua orang teman. Dapatlah sedikit pengalaman, yang orang bagi dan yang kita cari! Semasa di UKM 1984-1989 saya aktif dengan PERMAS dengan pelbagai aktiviti dengan kerajaan Negeri Selangor dan menghadap Yam Tuan Besar Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti sebagai wakil sekretariat Pesta Konvokesyen ke 17 UKM. Masa tahun 2 pengajian saya telah membuat part time job dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Editor Luar, menulis rencana dengan Pusat Islam JAKIM, menjadi home tutor untuk empat orang serta guru sekolah agama Bandar Baru Bangi....saya sendiri pun tak dapat bayangkan betapa sibuknya saya 360 darjah. impossible jadi possible...alhamdulillah. Sebaik graduate; saya menyambung pengajian Diploma Pendidikan di UKM...setakat 2 semester sahaja kerana dapat tawaran kerja Pensyarah UiTM...saya tangguhkan pengajian tapi gagal sempurnakannya kerana nature yang berbeza. Saya dapat juga posting Kementerian Pendidikan Malaysia di SMK St Andrew, Muar, Johor. Namun saya tolak. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih berpanjangan kepada rakan taulan yang saya pernah jumpa sepanjang perjalanan hidup ini...maafkan juga segala salah silap dan kekurangan diri ini... Suka dan gembiranya saya nak berpencen ni...kerana segalanya telah dirancang...harapan dan doa agar Allah perkenankan. Dengan Catatan Akhir Ini...tulisan dalam blog ini tamat. Ambillah mana yang baik semoga Allah berikan kebaikan kepada kita. Wassalam.

2 comments:

  1. Most weight loss cleanses are low-calorie and brief, and some research supports the notion that short-term, very-low-calorie diets have a positive health impact. Detox diets usually involve very strict dietary regimens that may include fasting, herbal supplements, laxatives, enemas and eliminating many foods.

    https://www.offerplox.com/iron-maxxx-male-enhancement/

    https://www.offerplox.com/regal-keto-reviews/
    https://www.offerplox.com/optimal-keto-gummies/
    https://www.offerplox.com/green-dolphin-cbd-gummies/
    https://www.supplementz.org/glucotrust-reviews/
    https://www.supplementz.org/organixx-cbd-gummies/
    https://www.supplementz.org/ultra-proven/
    https://www.supplementz.org/exipure-reviews/

    ReplyDelete
  2. It hasn't changed. This is a common practice with Testosterone Booster now. Here are a good many facts. Where can members observe legendary Testosterone Booster webinars? I want to thank Stamina Enhancer for that idea. Try your hand at something related to Testosterone Booster. I'll never throw away dough on Male Enhancement again.

    https://www.offerplox.com/cbd-products/peak-power-cbd-gummies/

    https://www.offerplox.com/men-health/organicore-cbd-gummies/
    https://www.offerplox.com/skin-care/remedy-skin-tag-remover/
    https://www.offerplox.com/men-health/testo-ultra/
    https://www.offerplox.com/e-commerce/chiller-portable-ac/
    https://www.offerplox.com/cbd-products/natures-boost-cbd-gummies/
    https://www.eunews24.com/sponsored/cortexi-reviews-2023-update-hearing-aid-to-support-healthy-hearing-consumer-reports-cortexi-drops-scam/

    ReplyDelete