Friday, November 14, 2014

Tazkirah Awal Semester September 2014


MEMBENTUK SIKAP
FUTURISTIK BERWAWASAN


Isnin 13 Oktober 2014
UiTM Kota Bharu


·         Kemodenan menegah kita menyerah kepada keadaan sekarang tetapi terus memandang masa hadapan.
·         Tekanan, kesulitan dan masalah sekarang tidak boleh jadi penghalang tetapi harus berusaha mencari penyelesaian.
·         Setiap fenomena harus dikaji, diselidik dan dipelajari bagi mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku berdasarkan fakta dan bukti kajian.
·         Contohnya, ramalan cuaca menyentuh tentang perubahan cuaca, arah angin, hujan, tekanan udara.

·         John Naisbitt dalam buku Megatrends 1982 mengemukakan 7 perubahan;
1.      Masyarakat industri kepada masyarakat teknologi maklumat
2.      Ekonomi kebangsaan kepada ekonomi antarabangsa
3.      Sentralisasi kepada desentralisasi
4.      Kepercayaan kepada diri dan bukan kepada institusi
5.      Sistem demokrasi-perwakilan kepada demokrasi menyeluruh
6.      Sistem piramid kepada network
7.      Masyarakat yang mempunyai sedikit pilihan kepada berbagai pilihan

·         Kajian futuristik popular di barat mulai selepas perang dunia kedua dan ia berkait rapat dengan revolusi sains-teknologi, kajian tektik dan strategik.
·         Ini menjadikan Barat sentiasa berada di hadapan.

·         Ada kalangan muslim berpendapat Islam menolak teori futuristik
·         Ada yang beranggapan bahawa agama hanya mengurus manusia dengan masa lalu (warisan lama) yang disucikan dari segala kekurangan hingga menyebabkan mereka terperangkap dalam warisan lama.
·         Pada mereka, masa hadapan patut diserahkan kepada Allah yang mengetahui urusan ghaib dan takdir manusia.
·         Padahalnya;
1.      Al-Quran semenjak zaman Makkah memerintahkan umat Islam sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan hari esok dan masa hadapan. Tidak boleh bergantung dengan keadaan semasa dan leka dari menambah kekuatan.
2.      Al-Quran dalam surah al-Qamar ayat 45-46 menjelaskan keadaan yang bakal menimpa orang musyrik padahal ketika itu mereka kuat dengan persenjataan dan kewangan.
3.      Sunnah Nabi memperlihatkan Rasulullah berjanji suatu masa kelak orang Islam dapat menewaskan kerajaan Kisra dan Kaisar.
4.      Semua masa hadapan ini hanya akan berlaku sekiranya manusia mengikut sunnatullah iaitu membuat persiapan, tabah, usaha yang bersungguh. Perkara di  luar jangkaan dan kemampuan manusia adalah urusan Allah.

·         Para sahabat juga futuristik;
-          Abu Bakar dengan cadangan Umar bersetuju; menghimpunkan al-Quran dalam satu mashaf kerana ramai hafiz yang mati syahid dikhuatiri al-Quran hilang. Ada sahabat semakin tua. Ini dapat memelihara al-Quran.
-          Umar; menyelesaikan masalah tanah jajahan baru di Iraq dengan tidak lagi membahagikan tanah tersebut sebagai ghanimah kepada tentera. Ini supaya generasi masa hadapan boleh memperoleh sesuatu dari penggunaan tanah tersebut sebagai kepentingan awam
-          Uthman; menyatukan umat Islam dalam satu mashaf al-Quran dibaca dengan huruf yang sama untuk elak penafsiran dan keterangan tambahan. Perbezaan pembacaan timbulkan pertelingkahan. Ini dilakukan bagi menggelakkan jurang perbezaan semakin besar di kemudian hari.


·         Masyarakat yang futuristik atau mempunyai orientasi masa hadapan adalah berdaya maju. Bukan setakat kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi. Ia adalah persiapan psikologi bagi menghadapi sebarang situasi yang bakal timbul.
·         Ziauddin Sardar (Islamic Future: The Shape of Idea to Come, 1985. hlm. 19); Masa hadapan merupakan suatu kajian berpandangan jauh yang baru mengenai dunia Islam yang lebih baik yang berupaya menggerakkan seluruh umat Islam untuk mengenepikan segala perbezaan politik dan sentimen perkauman yang sempit seterusnya berusaha untuk membentuk masyarakat yang cemerlang. Masa hadapan merupakan sesuatu yang boleh dibentuk dan berupaya untuk dicapai menerusi perancangan dan pelaksanaan. Masa hadapan yang dicita-citakan itu semestinya berpaksikan nilai dan amalan hidup yang lebih baik seperti kesaksamaan kebaikan, keseimbangan kemuliaan dan kedamaian.
·         Pelajar yang futuristik berwawasan perlu;
1.      Membentuk jatidiri Islamis. Memperbaiki diri. Hidup berpaksikan iman dan takwa. Melaksanakan tuntutan Islam dalam aspek individu, masyarakat dan negara.
2.      Kembali kepada tradisi Islam. Mentafsirkan al-Quran dan al-Sunnah tepat mengikut asbab al-nuzul, objektif, keseluruhan nilai moral dan bukan bawaan dari luar ataupun amalan masyarakat setempat atau pembawaan peribadi.
3.      Sensitif dengan maruah dan martabat diri. Mampu bertahan menghadapi pergolakan semasa, bercita-cita tinggi dan berdaya usaha. Berdikari di bawah ajaran Islam
4.      Belajar dari sejarah silam. Sejarah adalah harta berharga untuk kesinambungan hidup masa hadapan dan menentukan hala tuju. Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi manusia sering menipu sejarah. Pengalaman lepas memberi inspirasi maju ke hadapan. Membuang warisan sejarah menghilangkan arah tujuan.
5.      Bergiat dalam semua bidang strategik seperti bidang matematik, teknologi maklumat fizik, kimia dengan memahami manfaat dan keburukannya untuk dimanfaatkan untuk mencapai tujuan Islam dan bukan tunduk kepada pihak yang mencipta ilmu dan teknologi itu.
6.      Sentiasa memperbaharui dan menggilap tradisi keislaman, bersemangat jihad, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, berdoa bagi menghadapi tekanan, berupaya mengisi ruang kosong menampung kekurangan dan gigih belajar.

·         Jika kita tidak berminat untuk mengkaji masa hadapan sendiri maka masa hadapan kita akan dibentuk oleh orang lain. Walaupun masa hadapan kita bergantung kepada senario semasa, namun kejayaan dan kegagalannya bergantung juga kepada........bagaimana reaksi dan pendirian yang diambil dan yang difahami oleh kita sendiri...bukannya oleh pihak lain. Ertinya...kita sentiasa masih ada peluang.

Oleh yang sedemikian, saudara/i harus memandang ke hadapan dengan;
·    Berani mengambil Risiko.
Pelajar yang berjaya berani mengambil risiko dengan persediaan rapi untuk  mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dan teruja untuk mencuba sesuatu perkara seiring dengan perkembangan zaman.

·    Menikmati Apa yang mereka lakukan
Mempunyai minat untuk membuat sesuatu perkara (belajar) dan bukan dalam keterpaksaan. Orang yang berjaya suka persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka. Kalau kita belajar maknanya kita kena meminati pelajaran dan pembelajaran.

·    Belajar Tanpa Batasan
Pendidikan tidak pernah berakhir dan tidak terbatas tetapi di setiap kehidupan kita dari pembacaan buku, majalah dan internet. Mencari idea untuk belajar.

·    Percaya pada Diri Sendiri
Percaya terhadap sesuatu yang dilakukan tanpa memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah dalam pelajaran.

·    Berpandangan Positif tentang apa yang mereka lakukan
Menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil  menyelesaikan satu tugas yang besar atau mencapai penghargaan tertinggi.

·    Memotivasikan Diri Sendiri
Seseorang melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang yang berbeza. Seorang pelajar  memotivasikan dirinya sendiri dengan cuba mendapatkan lebih banyak markah daripada pensyarahnya.

·    Berjaya Melakukan Tugas Dengan Jayanya
Ia memberi impak yang bagus untuk terus mencapai matlamat dalam pelajaran untuk hari yang seterusnya.


Usaha dan tawakal..Allah tempat mengadu dan meminta kebaikan.



No comments:

Post a Comment