BAB 8
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran penyelesaian masalah
diperlukan apabila wujud sesuatu rintangan dalam mencapai matlamat. Penyelesaian masalah
merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah
mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang
dihasratkan. Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam kehidupan
seharian kita kerana dapat memajukan lagi kehidupan kita dan menjadikan
kehidupan kita lebih selesa dan selamat.
Menyelesaikan masalah adalah satu
proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan
tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh dijadikan sebagai cabaran kepada
seseorang. Dengan ini seseorang individu akan bersungguh-sungguh menyelesaikan
masalah sekiranya terdesak untuk menanggani keadaan yang tidak menyenangkan. Proses
penyelesaian masalah bermula dengan menyedari masalah, mengenal pasti dan
memahami masalah. Seterusnya, meneroka pilihan penyelesaian masalah dan
meninjau kesan akibat pilihan penyelesaian masalah. Kemudian baru memilih
penyelesaian masalah yang terbaik dan melaksanakannya. Apabila terdapat banyak
kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun
ditolak.
Setiap kita mesti mengetahui cara menghadapi masalah supaya dapat meneruskan
hidup dengan lebih baik. Strategi untuk mengurus masalah ialah;
- Kawal emosi
- Jauhkan diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan
- Luahkan perasaan secara asertif (kawalan diri)
- Kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab? Sekiranya perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan konflik dan memikirkan cara dan merancang strategi untuk menyelesaikannya.
- Bertanya kepada orang tersebut sama ada dia mempunyai masa untuk berbincang.
- Beritahu mereka bagaimana perasaan kita (contohnya: Saya sangat sedih ketika ini)
- Dengar. Benarkan orang itu memberi maklum balas.
- Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut.
- Teruskan untuk berbincang dengan tenang
- Sekiranya konflik itu tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin bertambah, beritahu orang itu yang kita perlu beredar dan ingin membicarakan tentang hal tersebut kemudian.
- 8.1 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH KENDIRI
- Zahirkan perasaan dan tindakan kita secara jujur, berterus terang dan ikhlas tanpa mencabuli batas hak orang lain. Menghormati diri kita dan diri orang lain. Berkelakuan asertif iaitu kita yang mengawal hidup diri kita sendiri serta tidak pula mengawal hak mutlak orang lain. Dalam kehidupan ini masalah dan konflik tidak dapat dielakkan. Gangguan emosi boleh wujud dengan segera disebabkan masalah perhubungan. Dengan bersikap asertif memperkatakan sesuatu secara berpatutan dan bertindak secara menghormati orang lain, dapat mewujudkan perhubungan yang tulin dan harmoni sesama kita. Menyedari bahawa kita adalah hamba Allah yang dijadikan untuk mengabdikan diri kepada-Nya, menyedari bahawa kita mempunyai beberapa kekurangan dan hidup ini sebagai "sharing" atau perkongsian sesama kita.
- 8.2 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH ORGANISASI
- Lazimnya, isu-isu dalam sesebuah organisasi berpunca daripada masalah-masalah biasa yang berkisar pada penglibatan dan pelaksanaan. Punca setiap masalah adalah kurangnya kesedaran diri, sama ada dalam kalangan pasukan kepimpinan atau kakitangan, atau kedua-duanya secara menyeluruh.
- Mengadakan mesyuarat yang melibatkan semua jabatan sekali atau dua kali sebulan adalah cara baik untuk berkongsi perkembangan (termasuk kejayaan dan cabaran) di jabatan masing-masing.
- Para pemimpin boleh mengambil peluang ini untuk mengutarakan idea bagaimana jabatan-jabatan mereka boleh bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau mengambil kesempatan daripada hasil yang memberangsangkan. Dengan cara ini, mereka betul-betul dapat mengeluarkan anak buah mereka daripada gelembung pasukan dan memberi perspektif yang lebih meluas tentang sumbangan mereka kepada organisasi secara keseluruhannya.
- Mengadakan mesyuarat yang melibatkan semua jabatan sekali atau dua kali sebulan adalah cara baik untuk berkongsi perkembangan (termasuk kejayaan dan cabaran) di jabatan masing-masing. Pemimpin boleh mengambil peluang ini untuk mengutarakan idea bagaimana organisasi mereka boleh bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau mengambil kesempatan daripada hasil yang memberangsangkan. Dengan cara ini, mereka dapat mengeluarkan pekerja mereka daripada masalah organisasi dan memberi perspektif yang lebih luas tentang sumbangan mereka kepada organisasi secara keseluruhannya.
- Pemimpin yang efektif melibatkan diri dengan pasukan sepanjang masa. Mereka sentiasa memberi sokongan yang diperlukan dan mudah dihubungi untuk mendapatkan nasihat dan panduan. Mereka perlu bersifat proaktif dalam mengenal pasti apa yang diperlukan oleh kakitangan untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.
- Mungkin pahit untuk ditelan tetapi apabila semua orang diam seribu bahasa, inilah masanya pemimpin mengeluarkan kata-kata yang berani.
- Mungkin ada sesetengah pekerja yang kurang selesa berbicara tentang kesukaran kerja yang dialami dan mengapa ia timbul, tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengemudi organisasi anda untuk mencapai penyelesaian. Selesaikan masalah itu. Jangan lari dari masalah; ia hanya akan meruncingkan suasana dan menjadikannya lebih sukar untuk ditangani.
- Tunjukkan penghargaan kepada sumbangan kakitangan anda dengan kata-kata seperti, “Terima kasih Nurul Aswani kerana menyediakan slaid itu untuk saya atau bagus kerja kamu Faizzudin, saya sangat menghargainya.” Itu sudah cukup untuk membuat pekerja anda merasa dihargai. Atau anda boleh juga berbelanja mereka makan tengah hari di luar.
- Sebagai seorang pemimpin, anda boleh menunjukkan yang anda prihatin dalam pelbagai cara, dan yang paling mudah adalah dengan memberikan pujian ikhlas kepada kakitangan atau rakan sekerja setiap hari. Biasakan diri membuatnya tetapi ia haruslah ikhlas dan spesifik. Anda mungkin akan terkejut dengan perbezaan yang terhasil.
- Gunakan perkataan ‘kita’ dan ‘kami’ sebanyak mana yang mungkin dalam pelbagai cara yang membina dan positif dan letakkan orang lain sebagai tumpuan utama.
- Syarikat organisasi mendapat kontrak yang besar? Beritahu kejayaan ahli pasukan yang mendapatkan kontrak tersebut ke seluruh organisasi.
- Kegagalan patut ditanggung bersama, seperti juga kejayaan. Tetapi apabila keadaan menjadi sukar, kakitangan akan memerlukan pemimpin yang membuat keputusan dan pemimpin yang baik adalah mereka yang tidak menuding jari kepada orang lain, tidak kira dalam apa jua keadaan.
No comments:
Post a Comment