FALSAFAH
PEMBANGUNAN PERSONALITI
Falsafah bermaksud hikmah atau kebijaksanaan. Ia
mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis. Setiap perbuatan manusia
menggambarkan apa yang difikirkannya, apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkannya.
Oleh yang demikian, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin adalah seseorang
yang mempunyai fikiran yang sistematik dan teratur serta akal yang sejahtera.
Personaliti atau keperibadian merupakan suatu aspek
psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan
kita sebagai manusia. Personaliti berasal dari perkataan Latin, “Persona” yang bermaksud topeng atau
pelindung muka iaitu suatu keadaan yang merujuk kepada penampilan luaran individu.
Dalam bidang psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai,
sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.
Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan
perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah
laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.
Ahli psikologi
bernama Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat yang menggambarkan
diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan yang dialami oleh
seseorang dalam dirinya sendiri. Personaliti mempunyai ciri-ciri yang dinamik
dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. Ciri-ciri ini akan
mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku individu tersebut dalam
pelbagai situasi. Personaliti merupakan gabungan pelbagai sifat dan konsep kendiri
seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri akan menghasilkan personaliti
bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan, cara bertindak, tingkahlaku
yang ditunjukkan dan cara seseorang berinteraksi dengan persekitaran dapat membantu
mengenali personaliti seseorang. Justeru, perkembangan kanak-kanak amat berkait
rapat dengan perkembangan kendiri dan dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu personaliti
dan konsep kendiri.
Islam
berpendirian bahawa personaliti ialah sahsiah atau akhlak yang dimiliki oleh
setiap individu. Akhlak membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku
atau adat kebiasaan. Akhlak adalah penentu kepada keterampilan seseorang. Ia terbahagi
kepada dua iaitu akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Akhlak juga
mengambarkan jiwa individu. Al-Ghazali (1058-1111) banyak membicarakan
persoalan hati, akal dan nafsu. Dalam teori ini, kerohanian yang menguasai atau
mengawal jasad manusia. Dalam al-Quran juga terdapat istilah yang berkaitan
dengan ilmu ini iaitu nafsu, hati dan akal.
Fungsinya untuk mencari dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati dan
menghampiri Allah SWT.
Manusia dilahirkan dalam keadaan suci tetapi perubahan bergantung
kepada jasmani, akal dan rohnya secara seimbang. Al-Ghazali menekankan konsep
Keabadian Jiwa yang wujud dalam agama dan mempercayai kehidupan selepas mati. Personaliti
atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu dan mencirikan perbezaan
di antara setiap individu. Personaliti adalah sifat yang ada pada individu
seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, persepsi dan memperihalkan
sifat-sifat fizikal, emosi dan mental setiap insan. Manusia dibezakan menerusi dua
aspek:
i.
Kemampuan; meliputi pencapaian, kecerdasan
dan bakat.
ii.
Personaliti; meliputi watak, sifat, penyesuaian
diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.
Personaliti
juga bermaksud seluruh perlakuan luaran (jasmaniah) atau dalaman (rohaniah)
individu yang lahir secara sepontan tanpa paksaan iaitu semua gerak balas
anggota fizikal badan. Perlakuan dalaman mencakupi sistem kepercayaan, pegangan
hidup, persepsi dan sebagainya. Personaliti merangkumi keseluruhan perlakuan
manusia. Personaliti yang sempurna bergantung kepada hubungan dan taqwa kepada Allah
SWT.
1.1MAKSUD PEMBANGUNAN PERSONALITI
• Faktor
Luaran ialah kejayaan yang diperolehi, semangat, pujian dan sebagainya.
• Faktor
Dalaman pula terbitnya rasa cinta kepada Allah SWT, bertakwa, bersabar dan
segala sifat yang baik. Hasil dari gabungan dua faktor tadi terbentuk seorang
muslim yang mempunyai personaliti yang berpandukan al-Quran dan mampu
menghadapi segala dugaan.
1.2SUMBER PEMBANGUNAN PERSONALITI
Personaliti adalah
sesuatu yang diolah dengan keimanan dan ketakwaan.
Al-Quran:
i. Pedoman dan petunjuk kepada manusia dalam semua perkara
termasuk sam`iyat dan aspek ketamadunan.
ii. Sumber perlembagaan hidup.
iii. Sumber ilmu dan pendidikan.
Al-Sunnah: Segala yang disandarkan kepada Rasulullah dari
sudut percakapan, perbuatan dan pengakuan.
Ia merupakan sumber asasi kedua selepas al-Quran. Berperanan menerangkan dan memperincikan
isi kandungan al-Quran. Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah tidak menilai
atas rupamu serta harta kekayaanmu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal
perbuatanmu”. (Riwayat Muslim dan Ibn Majah dari Abu Hurairah). Kepribadian
sebenarnya wujud dari cara berfikir (bagaimana ia bersikap dan berfikir) dalam
kehidupan.
Sahabat: Para personaliti Khulafa’ Al-Rasyidin seperti;
i. Istiqamah menghadapi
penderitaan.
ii. Takut kepada Allah
SWT (Taqwa).
iii. Berpada-pada dan
zuhud.
iv. Berebut-rebut mencari
keredaan Allah SWT.
v. Keberanian dan
kepahlawanan.
vi. Bersimpati dan pengorbanan
jiwa.
vii.
Mencintai
Rasulullah.
viii.
Mencintai ilmu .
Ulama: Banyak istilah seperti mana yang terdapat dalam
kitab-kitab muktabar. Di antaranya ialah fuqaha iaitu ulama fiqh, mufassirun
atau ulama tafsir, ahlul ilmu kalam yang merujuk kepada ulama aqidah, usuliyyun
merujuk kepada ulama usul fiqh, muhaddithun merujuk kepada ulama hadis dan lain-lain
lagi, Semuanya dianggap sebagai ulama dalam Islam. Ada yang menyatakan bahawa ulama
ialah sesiapa sahaja yang tahu dalam apa sahaja bidang ilmu. Ilmu dan kefahaman
yang dimiliki menjadikan ulama:
i. Sangat takutkan Allah SWT dan sentiasa
memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat selari dengan kehendak
Allah dan Rasul.
ii. Bersikap tegas jika berlaku sebarang
tindakan yang bercanggah dengan syariah
1.3KEPENTINGAN PEMBANGUNAN PERSONALITI
a.
DIRI
• Pelaksanaan tuntutan agama
• Keyakinan
• Penghargaan
• Ikutan
• Kepuasan
• Model
b. KERJAYA
•
Motivasi
•
Memudahkan kerja
•
Kepercayaan
•
Kerjasama
•
Penghormatan
•
Penghargaan
c.
ORGANISASI
•
Kepimpinan
•
Kepercayaan
•
Keyakinan
•
Kejayaan/Keuntungan
•
Kebanggaan
•
Model
Personaliti
kini lebih dikenali sebagai modal insan dan modal insan ini melibatkan 10
perkara utama;
i.
Manusia diciptakan Allah sebaik-baik
kejadian (al Tin:4).
ii.
Manusia berkedudukan yang tinggi sebagai
Khalifah.
iii.
Manusia dimuliakan dengan diberi kemudahan
untuk tadbir urus alam (al-Isra:70).
iv. Manusia dilengkapi pendengaran,
penglihatan, perasaan dan hati nurani untuk menjalani kehidupan dengan baik
(al-Sajadah: 7).
v. Manusia diberi kelebihan dengan Ilmu berbanding
dengan malaikat.
vi.
Manusia diberi dua kecenderungan untuk
bertindak iaitu ke arah kebaikan dan
ke arah kejahatan.
vii.
Manusia sanggup memikul amanah untuk
memakmurkan bumi.
viii.
Manusia diberi kebebasan memilih haluan hidup.
ix.
Manusia mempunyai keupayaan meningkatkan
darjat dirinya mengikut apa yang
telah diusahakan.
x. Manusia perlu latih dirinya sebagai hamba Allah
SWT
KESIMPULAN
Personaliti
adalah gabungan berbagai sifat dan kendiri seseorang. Individu yang mempunyai kendiri
positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan
persekitarannya. Gaya percakapan dan tingkah laku yang ditunjukkan serta cara
seseorang itu berinteraksi dengan persekitarannya dapat membantu mengenali
personaliti seseorang.
No comments:
Post a Comment