RAMADAN ADALAH PERJUANGAN
Oleh
Mohd Zuhairi Safuan
1. IBADAH
PUASA RAMADAN: RAHMAT: Islam mewajibkan berbagai bentuk
ibadat. Bulan Ramadan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan.
Kedatangannya selepas dua bulan istimewa iaitu Rejab dan Sya'ban. Menyuburkan
rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang
Ramadan ini. Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan
ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. Sesiapa yang berpuasa
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampun segala
dosanya yang telah lalu. Bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah
pada hari Kiamat daripada bau kasturi. Bagi orang berpuasa dua kegembiraan
iaitu; waktu berbuka dan apabila bertemu Tuhannya. Puasa ialah ibadat menahan
diri dari makan dan minum dan hubungan seks dengan isteri dari terbit fajar
hingga terbenam matahari. Puasa adalah perisai kerana dilarang bercumbu, tidak
meninggikan suara, bertengkar, jauhi mengumpat, saksi bohong, maksiat anggota
dan pancaindera. Sabar pahalanya syurga, bertimbang rasa, ditambah rezeki dan
mendapat keampunan. Menahan keinginan nafsu sebagai latihan berjuang menentang
musuh. Puasa latihan sifat sabar, tenang dan kuat iman. Niat beribadah Jauhi sifat keji
seperti mengumpat, mengeji, berbohong,
buat maksiat, leka, lalai, megah, takbur. Amal puasa dengan ikhlas. Penganut
agama lain pun telah mengamalkan puasa. Puasa tidak menghalang kerja dan solat.
Islam menjadikan puasa; latihan jasmani dan rohani. Jasmani; menghindari sisa
keracunan, kelebihan zat. Rohani; membersih jiwa, mendapatkan keredaan Ilahi,
tingkatkan iman dan takwa. Perasaan simpati terhadap penderitaan orang
kelaparan dan susah secara amalan bukan sahaja dengan perkataan. Orang kaya
mengosongkan perut untuk menolong si miskin. Hidup sederhana. Jauhi boros atau
membazir. Tidak makan sebelum lapar. Seimbangkan keperluan perut antara
makanan, minuman dan udara. 11 bulan perut bekerja, Ramadan merehat dan
menguatkan perut. Tidak berlebih-lebihan dalam makan minum. Berat badan dan
lemak akan berkurang. Ramadan bulan peluang mencapai keredaan dan kemenangan. Wujud
perkaitan erat puasa dan jihad. Jihad antara lain menentang musuh Islam dan
syaitan. Ia bukan musim kenduri keramaian makanan yang lazat. Banyakkan membaca
al-Quran, berzikir dan solat berjemaah.
Sifat pemurah mencari pahala. Fidyah ialah memberi makan seorang miskin
dengan cukup lauknya iaitu makanan yang mengenyangkan.
2. MALAM
LAILATUL QADAR: KEAMPUNAN. Berusaha memperolehi malam yang
ganjaran pahalanya sama dengan 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan. Setiap detik
malam itu mesti dimanfaatkan dengan: solat berjemaah maghrib, isyak dan subuh; solat
tarawih, sunat rawatib, tahajud, witir; iktikaf di masjid; berdoa. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17
Ramadan tahun ke 41 Nabi Muhamad s.a.w. ‘Nuzul’ bererti turun atau
berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran mukjizat terbesar baginda. ‘Al-Quran’
bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat pelbagai perkara
seperti tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Tidak
ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan
lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Ia adalah hidayah,
rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Isi
kandungannya benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti
cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di
antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang
memberi peringatan. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah melalui perantaraan malaikat Jibril
ialah lima ayat pertama surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan
mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku
darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)
Lailatul Qadar pula
ialah suatu malam pada bulan Ramadan yang begitu istimewa sekali fadilatnya.
Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadan
dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Al-Quran dan malam
Lailatul Qadar mempunyai hubungan erat sebagaimana ayat bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran)
ini pada Malam Lailatul Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia
kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada
seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan
mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun
yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(al-Qadar:1-5).
Ayat ini
diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu
hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada
Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para
sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada
Rasulullah menyatakan bahawa Allah menurunkan yang lebih baik dari
amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada
Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan. Rasulullah dan
para sahabat amat gembira. Hadith yang lain Aishah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda; “Bersedialah dengan
bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang
ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan”.
Menghayati nuzul
al-Quran peristiwa besar penuh hikmah bererti melihat al-Quran sebagai kitab ilmu
pengetahuan untuk memajukan manusia. Dasar keimanan tentang Lailatul Qadar ialah: Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr. Lailatul Qadr lebih baik daripada
seribu bulan. Malaikat
dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya
waktu Subuh). Ibadah
yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa. Tiada tanda-tanda fizikal
yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata. Lailatul
Qadar dipilih pada 10 malam terakhir kerana kebijaksanaan Allah setelah 20 hari
berpuasa manusia sudah mencapai tahap kerohanian yang tinggi dalam amalannya.
Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan
ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa
hingga pagi. Amalan
yang patut dilakukan pada malam Lailatul Qadar ialah membanyakkan
ibadah, membaca al-Quran, iktikaf dan berdoa. Tanda berlakunya Lailatul Qadar ialah langit bersih, terang seperti
bulan purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas. Pada pagi
harinya putih tanpa sinar. Malam al-Qadar tidak dapat dirasai atau dialami oleh
pancaindera. Kalau perkara pelik berlaku hanya satu kebetulan dan ketentuan
Allah. Pertingkatkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan kerana jika pun
bertemu dengan malam Lailatul Qadar tetapi tidak mempunyai amalan,
persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tiada mendapat keberkatan dan
manafaat malam tersebut.
3. AIDIL
FITRI: KEJAYAAN: 1 syawal. Aidil fitri ertinya kembali kepada
suci bersih dari dosa. Semangat dan latihan Ramadan patut diteruskan pada bulan
yang lain sepanjang usia. Simbol kegembiraan kejayaan melaksanakan puasa selama
satu bulan dan pengakuan terhadap kebesaran dan keagungan Allah. Mandi sunat
hariraya dan memakai wangian serta pakaian yang terbaik bagi menunaikan solat
sunat hari raya fitrah. Laungan Takbir, tahmid, tasbih dan istighfar serta
membaca al-Quran dan berdoa pada malam
hari raya hingga solat hari raya. Syukur kejayaan menempuh cabaran ramadan. Makan
sebelum menuju ke masjid. Banyakkan sedekah, berziarah dan bermaafan. Ziarah
orang muda kepada yang tua. Makan bersama boleh eratkan kemesraan. Besederhana
dan tawaduk dalam persiapan hari raya. Adakan rumah terbuka. Bukan untuk
bermegah tetapi untuk bermaafan. Dapatkan hiburan yang menenangkan fikiran dan
tidak melalaikan. Tidak semua program media untuk semua orang bagi setiap masa.
Mesti bijak memilih. Budaya sedekah dan derma duit raya selepas berzakat fitrah.
Menziarahi kubur, insaf dan berdoa serta membantu golongan susah.
No comments:
Post a Comment