Friday, November 15, 2013

UPSR

Memang benar UPSR bukan penentu berjaya atau gagalnya seseorang dalam hidup...namun di setiap persimpangan hidup ini ada sekatan atau saringan...bagi memastikan kita terus ke hadapan atau melencong dahulu untuk melalui jalan yang agak jauh dan lambat sedikit. Masa depan anda adalah anda pada waktu sekarang. Persekitaran kita berubah bergantung kepada di kelompok mana ita berada. Bila kita melepasi sekatan tersebut kita akan juga menempuh persimpangan yang lain...berdasarkan minat, tekad, kesabaran, cita-cita, rezeki atau pun takdir. Akhirnya kita di situ dan akan meneruskan perjalanan yang penuh dengan adventure...Tahniah Amla Ilyana...anda tidaklah teruk sangat. Rezeki anda tiada siapa boleh persoalkan. Bagi mereka yang gagal mencapai keputusan yang baik...anda perlu muhasabah dan perbaiki diri....kejayaan insyaAllah menanti usaha anda.



Wednesday, October 23, 2013

Bersama pelajar Bachelor of Economics sem 2 tahun 2013 selepas memberikan lecture di AU200 ni.
Jumaat ini 25 Oktober pembentangan bajet 2014 bukanlah menjanjikan apa sesuatu yang indah. Ia adalah bajet negatif/defisit. Kita sudah mulai memikirkan perkara keutamaan dan keperluan untuk dilakukan, mula berjimat cermat, bersederhana, ala kadar, memastikan stok dan simpanan sentaiasa mapan dan boleh diguna bila perlu untuk aktiviti produktif. Kerajaan mesti memberi "sedikit" kepada rakyat untuk pendapatan boleh guna supaya dapat mengerakkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kadar cukai individu, menambah rebet serta mengekalkan subsidi bagi barangan yang boleh memacu pertumbuhan. Mula lah kita...ada yang patut dilebihkan & ada yang patut dikurangkan....

Saturday, October 12, 2013

Tokoh Pembaca

Aku beritahu pegawai di Perpustakaan Tengku Anis UiTM Machang bahawa ini adalah kali kedua aku menang tokoh pembaca. Kata mereka kerana saya layak maka diberi saya sedikit penghargaan ini. Terima kasih daun keladi...jika ada projek saya akan ke library lagi...



Friday, October 4, 2013

Sem. Oktober 2013 PACE UUM akan bermula 10 oktober 2013. Aku dijadualkan memberi kuliah pada kelas sebelah malam jam 8-12 tengah malam. Raya Aidil Adha bakal menjelang dengan jamuan daging korban. Aina dan Aiza akan kembali dalam minggu itu. Makcik jual goreng pisang dah bertanya bekalan buah pisang namun ku jawab belum begitu tua untuk dipetik. Tunggu dulu. Aku tengah selang selikan dengan mengecat dan ke kebun. Ranvangnya pada cuti 5 hari sempena Deepavali ni kami akan menuju ke selatan tanah air. Juga nak tanam sedikit pokok buah di tanah yang telah ditambun dulu...Jumpe lagi ye.

Tuesday, September 17, 2013

Semester September 2013

Pada semester ni beban Amanah Tugas Akademik ku agak ringan jika hendak dibandingkan dengan semester Mac yang lepas. 16 jam/minggu, aku punya masa untuk menghirup udara hidup. Buku siap dicetak dan sedang dijual. Sekarang ni musim buah. Kebun ku penuh dengan buah pulasan, rambai, ciku, rambutan merah dan kuning, limau madu, cempedak dan pisang. Kicauan burung mengiringiku ketika ku menanam pisan pada jam 8 pagi hingga 9.30 pagi bila mana aku lewat pergi kerja... Waktu pagi memang sesai berkebun dan dapat menghilangkan stress...apatah lagi jika 3 minggu sekali aku tuai beberapa tandang pisang untuk dijual.

Ini Keluarga Besar Che Isa & Saodah Yaakub

Monday, September 2, 2013

Kadar Inflasi pasti melonjak naik berikutan kenaikan harga minyak. Diketahui umum bahawa setiap kegiatan ekonomi dalam semua sektor mempunyai rantaian dengan minyak. Kos pengeluaran akan meningkat serentak dengan kenaikan harga barangan/perkhidmatan. Orang ramai terpaksa berfikir panjang apa yang hendak dibeli dan apa manfaat maksima yang boleh diperolehi. Mereka perlu berjimat dan berhemat. Membeli benda yang produktif untuk kehidupan harian. Tidak mampu lagi berbelanja mewah. Yang dulu golongan sederhana boleh jadi kini miskin sederhana...ialah segalanya hendak dibeli dengan kadar kenaikan gaji yang meningkat 5% tidak mampu untuk menampung kenaikan inflasi barangan pengguna yang naik 10%...fikirlah.