L 4
METOD PEMBANGUNAN PERSONALITI
4.1 PENDIDIKAN & LATIHAN ROHANI
Menurut perspektif Islam, pendidikan anak
adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka secara
seimbang dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah. Ia bertujuan bagi melahirkan insan Rabbani yang beriman,
bertakwa dan beramal salih. Kanak-kanak pada peringkat awal umur, tidak dapat membezakan
antara baik dan buruk. Oleh itu mereka perlu dibentuk dan dididik dari awal. Barat
dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam soal pendidikan awal tetapi
berbeza dari segi pembentukan sahsiah kerana ia bukan hanya kelakuan fizikalnya
tetapi juga pemantapan akhlak dengan menerapkan keimanan ke dalam roh dan
jiwanya. Pendidikan Barat hanya menumpukan kepada pembinaan akal,
fizikal dan nafsu semata-mata. Sementara Pendidikan Islam bermatlamat untuk
mendidik, memberi kesedaran hakikat diri manusia iaitu roh. Ia juga bermatlamat
untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Roh atau rohani disebut
sebagai sains kerohanian (spiritual science) atau spiritual quotient (SQ). Ia
merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina
3 komponen manusia iaitu akal, nafsu dan
roh.
Dalam Islam solat merupakan latihan bagi
pembentukan rohani. Pembinaan generasi adalah melalui latihan mendirikan solat.
Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa mulai mendidik anak-anak ketika berusia 7
tahun sebagai latihan prktikal membentuk SQ. Ibu bapa dibenarkan memukul
anak-anak jika mereka lalai melaksanakan solat apabila telah mencapai usia 10
tahun. Ini menunjukkan solat adalah tanggungjawab berat yang diamanahkan kepada
ibu bapa kerana ia membina rohani dan peribadi individu muslim seawal usia muda. Solat amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama
ahli keluarga kerana ini dapat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga.
Latihan bersolat merupakan satu langkah yang praktikal dalam proses membentuk
rohani anak-anak perlu dimulakan sejak pada usia muda. Seperti kenyataan
Pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika proses latihan
ini diabaikan, Ruh yang terbiar tanpa didikan dan latihan akan dijangkiti pelbagai
penyakit, seperti:
• Iri hati
• Buruk sangka
• Sombong, angkuh, bongkak
• Merasa sempurna (ujub)
• Suka menunjuk-nunjuk kelebihan (riya)
• Mencari nama/kehormatan
• Kedekut/kikir/bakhil
• Membanggakan diri
• Mementingkan kebendaan
• Pemarah
Setiap Muslim mesti berusaha untuk
membersihkan diri dari sifat-sifat yang tercela atau
menghindari perkara-perkata yang boleh
mengotorkan hati atau ruh. Sifat yang Menyinari Jiwa/Ruh/Hati,
menurut Imam al-Ghazali di antara sifat-sifat terpuji ialah;
• Taubat: menyesali perbuatan yang tercela
dan keji
• Taqwa: takut kepada Allah SWT
• Ikhlas: niat dan amal yang tulus atau suci
• Syukur: rasa terima kasih
• Redha: tenang menerima takdir Allah SWT
• Sabar: tahan menerima cubaan
• Zuhud: hidup bersederhana
• Tawakal: menggantungkan atau menyerahkan
segala urusan kepada Allah SWT
• Mahabbah: perasaan cinta kepada allah
SWT
• Zikrul maut: selalu mengingati mati
4.2 PENDIDIKAN & LATIHAN AKAL
Konsep tarbiyah aqliyah adalah suatu
konsep pendidikan akal untuk berfikir benar, agar terbebas dari pemikiran tanpa
dasar (asas) sehingga mampu membuat keputusan yang tepat dan benar. Pendidikan
adalah peningkatan pemikiran akal dan latihan secara teratur untuk berpikir
benar, dan mampu menjaga pemikiran dari pengaruh yang pelbagai sehingga dapat membuat keputusan yang tepat dan
benar.
Pendidikan akal, antaranya meliputi;
• Latihan perasaan agar cermat dan
benar/betul/tepat dalam memilih sesuatu
• Melatih memperhatikan sesuatu yang nyata
dan memikirkannya menurut hakikat
• Pengaturan cara berfikir dan membekalkan
dengan pengetahuan yang berguna
Tahap Pendidikan Akal ialah;
- Pengetahuan (menguji daya ingatan). Mengenal dan mengingat bahan yang dipelajari.
- Kefahaman (Menguji tahap kefahaman/mengerti dan tahu). Kemampuan menyimpulkan bahan yang telah dipelajari.
- Aplikasi (Penguasaan ilmu yang dipelajari). Mampu menggunakan dan mengolah bahan dan kaedah yang dipelajari dalam kehidupan.
- Analisa (Dapat membuat andaian dan pencerakinan). Mampu menghuraikan suatu bahan ke dalam suatu idea.
- Sintisis (Dapat menggunakan pengetahuan untuk penghasilan sesuatu yang baru).
4.3 PENDIDIKAN & LATIHAN JASMANI
Pendidikan Jasmani merupakan satu proses
pembelajaran yang menyeluruh merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.
Melalui pendidikan jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Kesihatan yang baik menjadikan seseorang individu
lebih selesa meneruskan kehidupan dan menikmati kebahagiaan. Perumpamaan Arab
menyatakan “al-Aqlu sallim fii jismi
sallim” yang bermaksud akal yang sihat datangnya dari tubuh badan yang
sihat. Matlamatnya pendidikan jasmani adalah untuk meningkatkan kesegaran
fizikal, mengembangkan kemahiran psikomotor, pengetahuan dan perilaku hidup
sihat dan aktif serta kecerdasan emosi.
Islam sangat mementingkan kesihatan. Umat
Islam diperintah menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat dan berikhtiar berubat
apabila sakit. Amalan Untuk Menjaga Kesihatan Jasmani. Makan yang halal dan
berkualiti. “Wahai orang yang beriman! Makanlah
barang yang baik dari apa yang diberikan
kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadanya. Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang
yang disembelih tidak kerana Allah, maka
sesiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas,
maka tidaklah berdosa baginya (memakan/mengguna benda-benda yang haram) kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani.”(al-Baqarah: 172 –173).
Makan secara sederhana dan seimbang. Makanan hendaklah
diambil dalam kadar yang sederhana dan berimbang serta tidak makan secara rakus
dan pelahap. Pengambilan makanan hanyalah untuk memperkuatkan tubuh, memelihara
kesihatan, mendapatkan tenaga dan kecergasan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Makanlah
dan minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan
orang-orang yang melampaui batas (al-A’raf: 31). Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Bekas yang paling buruk bagi manusia adalah perutnya, jika ia
hendak memenuhinya hendaklah memenuhinya hanya sepertiga untuk makanan,
sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasan” (Riwayat Al
Tarmizi).
Menjaga penampilan/Rambut. Diberitakan
bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi kami, lalu terlihat seorang lelaki yang
rambutnya mengerbang, lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Tidak adakah
sesuatu pada lelaki itu yang boleh digunakan untuk menyikat rambutnya? (Riwayat
Muslim). Menjaga kebersihan badan dan Pakaian Rasulullah SAW menyarankan agar
mandi dengan sempurna terutamanya pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala kamu
sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan yang wangi (Riwayat Bukhari).
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Adalah satu hak yang wajib ke atas
setiap Muslim mandi satu hari dalam seminggu di mana dia mesti membasuh kepala dan
tubuhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Melakukan riadah badan atau bersukan. beriadah
adalah sebahagian amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya mengamalkan
aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian. Sayidina Umar RA yang menggalakkan
bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan
menunggang kuda”. Gaya hidup yang sihat juga dapat diperolehi
dengan melakukan ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat dan berpuasa. Berwudhuk
boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk daripada terus melekat di badan
atau rongga. Persekitaran yang bersih memberikan oksigen yang menyegarkan
spiritual dan fizikal. Berfikiran positif boleh menyihatkan otak dan
mengurangkan stress.
4.4 PENGUKUHAN
Teori pengukuhan (reinforcement theory) merupakan teori yang paling berkesan dalam
motivasi perubahan tingkahlaku. Menurut teori ini, manusia melakukan apa saja
kerana mengharapkan ganjaran. Justeru ganjaran berfungsi sebagai pengubah
kepada sesuatu tingkah laku. Teori pengukuhan mengatakan bahawa seseorang
berhubung dengan yang lain kerana menjangkakan akan memperolehi sesuatu. Jika
pada jangkaannya tidak akan mendapat sesuatu perhubungan, perubahan tidak akan berlaku.
Pengukuhan juga dikenali sebagai
peneguhan. Ia dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
Pengukuhan diberikan kerana;
- Untuk memuaskan kehendak individu.
- untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.Pengukuhan terbahagi kepada 2 iaitu;PENGUKUHAN POSITIF. Pengukuhan/peneguhan positif memberi keseronokan dan lebih berkesan. DiAntaranya;
- Pujian
- Hadiah
- Memberi makan
- Kata-kata perangsang
- Penajaan
- Kenaikan pangkat/gaji/imbuhan/bonus
- Sentuhan
PENGUKUHAN NEGATIF
Pengukuhan/peneguhan negatif boleh membawa
kesakitan fizikal atau emosi, kadang-kadang pelaku tidak dapat menerimanya
sehingga menjadi dendam. Di antaranya;
- Pukulan
- Denda
- Ejekan
- AncamanIslam memberi penekanan kepada penampilan kerana ia boleh menggambarkan perwatakan seseorang individu. Oleh itu sejak kecil lagi kanak-kanak perlu dibimbing dan dilatih supaya dapat menjaga diri secara seimbang meliputi rohani, akal dan jasmani. Rasulullah SAW pernah menegur mereka yang terlalu ekstrem melakukan ibadat, sabda baginda yang bermaksud; Tidakkah diberitahu kepadaku bahawa engkau berpuasa di siang hari dan bersembahyang di malam hari? Ya, jawabnya baginda bersabda; Janganlah berbuat demikian, berpuasalah dan berbukalah, tidur dan bangunlah kerana sesungguhnya badan mu mempunyai hak ke atas mu.Dalam sejarah Islam, jumlah tentera Islam yang kecil berjaya menewaskan tentera Musyrikin yang lebih ramai. Kejayaan ini adalah hasil pendidikan dan latihan RasulullahSAW. Mereka bukan sahaja gagah jasmani tetapi juga rohani mereka terisi dengan cahaya iman serta ketinggian jihad hasil dari ketakwaan kepada Allah.