DOA SEMPENA
KURSUS OBE
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah!
Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya.
Ya Allah! Kami merafakkan
kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami bersama-sama dalam kursus OBE-Effective
Teaching Series 2 di UiTM Kelantan ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau
mengizinkan kami menghadirkan diri kami dengan harapan dapat kami menyelesaikan kursus ini dengan
jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu
segala puji dan puja,
Kurniakanlah kami lisan yang
lembut,mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri
nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami lemah dalam
sendirian, maka kuatkanlah kami dengan semangat kolektif;
Sesungguhnya kesabaran kami
punya batasnya, maka kurniakanlah kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu,
kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang
tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pensyarah dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan
kualiti akademik di UiTM amnya .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة
ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ