DOA MESYUARAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal
‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami ingin
merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di
sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami untuk membangun
,membina dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan
kami, berkatilah usaha-usaha kami, ilhamkanlah fikiran kami dengan idea yang bernas dan keputusan
yang sempurna. Kurniakan kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang
sempurna , minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur,
semangat yang kuat lagi mantap. Kurniakanlah kami ilmu yang berguna dan
kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami dan eratkanlah silaturahim
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami demi mencapai kecemerlangan
dan kegemilangan dalam apa jua yang kami usahakan. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
agama, bangsa dan negara.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Hindari kami
daripada perasaan keji, buruk sangka, iri hati meninggi diri, pelupa, malas
lagi lemah, tidak berdaya dan segala sifat mazmumah yang boleh menjatuhkan
martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat Uitm.
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .
No comments:
Post a Comment