Revisited
al-Rahn
BAB
6
AL-RAHN
(Pajak
Gadai Islam)
- Pengenalan
Al-Rahn
merupakan salah satu mekanisme sistem ekonomi Islam sebagai suatu alternatif
atau jalan keluar untuk menyelesaikan masalah untuk mendapatkan wang tunai
segera terutama di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah dan miskin
untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek, segera dan mudah yang bebas dari
amalan riba sebagai suatu bentuk amal salih, semangat persaudaraan, tolong
menolong dan mengikut hukum Islam. Al-Rahn
ditubuhkan atas dasar fardu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan
semata-mata. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil
bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak
gadai secara konvensional.
- Sejarah
Perkembangan al-Rahn
Pajak
gadai berkaitan dengan hutang dan berhutang merupakan sifat semulajadi manusia
untuk mendapatkan barangan dan juga wang. Hutang menyebabkan wujud amalan riba
sebagai jalan keluar untuk jaminan setiap hutang dibayar balik. Riba dikenakan
oleh pemberi hutang dan mengenakan syarat sekiranya dalam tempoh tertentu
sekiranya hutang gagal diselesaikan maka gadaian akan luput (hangus) atau
menjadi hak milik pemberi hutang. Ini merupakan salah satu bentuk eksploitasi,
tipu muslihat dan kezaliman orang yang berharta ke atas orang lain.
Di
Malaysia industri Pajak Gadai tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
yang bercanggah dengan Islam iaitu mengenakan faedah atas pinjaman yang tidak
melebihi 2% sebulan atas pinjaman (Seksyen 17) dan gadaian akan lesap selepas
tempoh gadaian bagi pinjaman yang tidak melebihi RM100.
Untuk
mengelakkan masyarakat Islam terus terjerumus kepada amalan ekonomi yang
bertentangan dengan syariah, banyak negeri di Malaysia mula merintis ke arah
penubuhan institusi al-Rahn. Pada tahun 1992, kerajaan Kelantan,
Terengganu dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad telah menubuhkan institusi
al-Rahn masing-masing. Ia beroperasi dengan memberi pinjaman
ihsan sementara kepada yang memerlukan dengan cagaran atau barang sandaran yang
berharga yang dinamakan marhun sebagai cagaran bagi hutang. Sekiranya hutang
tersebut tidak dapat dibayar maka marhun itu akan digunakan untuk menjelaskan
baki hutang. Tujuan marhun ialah untuk meyakinkan pemberi hutang/pemiutang bahawa risiko
pembayaran semula hutang dapat dikurangkan. Dalam pada itu penghutang tidak
perlu menanggung beban pembayaran semula hutang yang tinggi. Hutang itu pula
adalah berdasarkan prinsip al-Qardh al-Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah
yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama
Islam
dengan memperkenalkan pinjaman berdasarkan prinsip Qard al-Hasan yang
tidak mengenakan sebarang kadar faedah terhadap pinjaman yang dibuat. Penggadai
dikehendaki menyerahkan sejumlah barang emas sebagai sandaran terhadap pinjaman
yang dibuat. Barang emas yang dicagarkan itu disimpan berdasarkan prinsip al-Wadi’ah
iaitu
akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian
tersebut dengan mengenakan bayaran upah simpan selamat ke atas barang gadaian. Apabila cukup
tempoh gadaian atau sebelumnya, penggadai dikehendaki membayar balik jumlah
wang yang telah dipinjamkan kepadanya dahulu. Selepas itu penggadai berhak
mendapatkan semula barang emas yang digadaikan dengan membayar sejumlah wang
yang telah ditetapkan oleh institusi al-Rahn sebagai bayaran upah
perkhidmatan atau ujrah kerana telah menyimpan dan menjaganya dengan
selamat. Butiran al-Rahn adalah
seperti berikut;
Kadar
pinjaman
|
Maksima
RM5000.00
|
Barang yang
digadai
|
Barang emas
tulen
|
Keuntungan
diperolehi
|
Bergantung
kepada nilai emas yang digadai
|
Nilai barang
emas
|
Upah
perkhidmatan (Ujrah)
|
RM400.00
atau kurang
|
0.75%
|
RM401.00 –
RM2000.00
|
0.90%
|
RM2001.00 –
RM10,000.00
|
1.00%
|
Pada
kebiasaannya pajak gadai konvensional menetapkan; apabila nilai barangan
sandaran rendah maka tinggi kadar bunga, tidak memberikan nilai semasa barangan
gadaian, penggadai akan kehilangan hak jika barang gadaian tidak ditebus dalam
tempohnya. Ia penuh dengan muslihat dan tipu helah.
- Definasi
al-Rahn
Pinjaman
wang dengan meletakkan barangan (emas) sebagai cagaran dalam tempoh tertentu.
Atau menjadikan sesuatu (barangan atau emas) sebagai cagaran (jaminan) kepada
hutang yang menjadikannya sebagai bayaran sekiranya hutang tidak dapat
dijelaskan.
Ia
menjadikan sesuatu barang berharga sebagai cagaran yang terikat dengan hutang
untuk menyakinkan pihak yang memberikan hutang bahawa haknya tidak akan hilang
sekiranya peminjam tidak dapat membayar hutang tersebut.
Dalam
bahasa Inggeris ia dikenali sebagai pawn dan mortgage iaitu
cagaran yang diserahkan oleh penggadai atau peminjam kepada pihak yang
memberikan pinjaman untuk jangka masa tertentu.
- Hukum
al-Rahn
Keharusan
al-Rahn dijelaskan oleh ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 283 yang
bermaksud;
“Dan
jika kamu berada di dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang
bertempoh) sedangkan kamu tidak mendapati jurutulis maka hendaklah diadakan
barang gadaian untuk dipegang oleh orangyang memberi hutang”.
Bahkan
Rasulullah s.a.w. bergadai baju besinya untuk mendapatkan 30 sha (50 kg) gandum untuk keluarganya dari seorang
Yahudi bernama Abu Shaham dan baginda tidak dapat menebusnya sehingga
kewafatannya.
- Rukun
al-Rahn
5.1 Penggadai atau orang
yang menggadai; iaitu orang yang berhutang.
5.2 Penerima gadaian
atau pemegang gadaian; iaitu pihak yang memberi pinjaman.
5.3 Barang gadaian;
iaitu barang berharga yang dipunyai oleh peminjam dan dalam kawalan penerima
gadaian.
5.4 Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang dihutang.
5.5 Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian
berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian.
- Falsafah
al-Rahn
6.1 Keadilan
Islam
menentang segala bentuk penindasan, eksploitasi pemberi hutang ke atas orang
yang berhutang. Keadilan mesti ditegakkan dalam kehidupan bukan sahaja sesama
Islam tetapi juga sesama manusia.
6.2 Konsep
harta
Harta
adalah milik Allah yang dikurniakan kepada manusia hasil dari daya usaha yang
dibenarkan syarak. Ia dikawal oleh manusia dan menjadi tanggungjawab kepada
manusia untuk menguruskannya sebaik mungkin.
6.3 Tanggungjawab
Penggadai
dan pihak yang menerima gadaian mesti bertanggungjawab dengan tidak merampas,
menipu dan sebagainya dan bermuamalah dengan batasan kemanusiaan untuk saling
bantu membantu memberi modal kepada yang kurang berkemampuan.
6.4 Kebajikan
Transaksi
gadaian merupakan kerja amal untuk semata-mata kebajikan dan pertolongan
terhadap mereka yang memerlukan. Ia bukan bermotifkan keuntungan walaupun ia
adalah suatu industri perniagaan.
- OPERASI
AL-RAHN DI MALAYSIA
7.1 Qard
al-Hasan
Merupakan
pinjaman tanpa faedah semata-mata untuk mencari kebaikan / kebajikan. Peminjam
hanya perlu membayar pokok pinjaman sahaja. Tiada bayaran lain yang dikenakan.
Walau bagaimanapun sekiranya penggadai hendak memberikan saguhati / hadiah kepada
pemberi pinjaman adalah dibenarkan.
7.2 Bai
Bi Thaman Ajil
Merupakan
bayaran ansuran pinjaman. Penjual barangan memberikan barangan kepada pembeli
tetapi pembeli menangguhkan bayaran sehingga ke suatu tempoh tertentu.
7.3 Bai
Wafa’
Jual
beli hutang iaitu perniagaan hutang apabila seseorang yang memberi hutang
kepada pihak lain boleh menjual haknya untuk mengutip hutang itu kepada pihak
lain menurut sebagaimana harga yang dipersetujui.
7.4 Bayaran
Perkhidmatan
Sejumlah
bayaran tertentu meliputi kawalan keselamatan, lesen, deposit, sewa bangunan
dan sebagainya untuk menjalankan operasi syarikat al-Rahn.
7.5 Upah
Simpan
Bayaran
untuk selain bayaran perkhidmatan seperti membayar gaji pekerja al-Rahn. Ia
dikenakan berdasarkan nilai barangan gadaian (emas tulen).
7.6 Barang
gadaian tidak lupus
Barang
yang digadai walaupun nilai gadaian itu pada kadar 65% atau 50% adalah menjadi
hak penggadai dan tidak akan lupus bahkan jika ada lebihan hasil dari proses
lelongan hendaklah diserahkan kepada penggadai kerana ia tidak boleh mengambil
hak orang lain.
7.7 Kadar
upah mengikut nilai barang
Setelah
penggadai membayar pinjamannya, ia boleh mendapatkan kembali barang gadaiannya
dengan membayar sama upah simpan barang berdasarkan nilai barangan gadaian dan
bukannnya jumlah pinjaman.
7.8 Lelong
sebagai jalan terakhir
Melelong
atau menjual barangan gadaian (emas) dibenarkan dengan syarat mendapat izin
dari penggadai terlebih dahulu walaupun penerima gadaian juga mempunyai hak. Akan
tetapi sekiranya penggadai enggan maka penerima gadaian boleh membawa tuntutan
ke mahkamah bagi mendapatkan haknya kembali (hutang).
- PAJAK GADAI KONVENSIONAL: SUATU PERBANDINGAN
DENGAN AL-RAHN
8.1 Tidak mengenakan faedah tetapi mengenakan bayaran upah
simpan. Pajak gadai konvensional mengenakan kadar faedah (riba) yang tinggi
bagi pinjaman yang diberikan.
8.2 Nilai gadaian emas adalah mengikut harga semasa. Pajak
gadai konvensional memberikan nilai gadaian yang rendah yang tidak berdasarkan
barangan gadaian.
8.3 Perjanjian gadaian mudah difahami terma rujukannya
sedangkan surat gadaian pajak gadai konvensional sukar difahami dengan tujuan
untuk menjerat penggadai. Ada kalanya kadar faedah tidak dipamerkan untuk
tatapan umum. Ini menjerat kalangan mereka yang tidak memahami prosedur pajak
gadai.
8.4 Acara lelong barang gadaian yang tidak dapat ditebus
akan diberitahu kepada penggadai. Pajak gadai konvensional melelong gadaian
tanpa memberitahu penggadai supaya pemberi hutang gadaian boleh memindahkan
milik barang gadaian kepada mereka.
8.5 Wang lebihan gadaian akan diberikan kepada penggadai
setelah ditolak hutang dan kos acara lelongan. Barang gadaian yang tidak ditebus
selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa.
Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan
kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai. Pajak gadai konvensional tidak memulangkan wang lebihan
gadaian kepada penggadai.
8.6 Al-Rahn
mengisytiharkan kepada penggadai dan masyarakat umum acara lelongan. Bagi pajak
gadai konvensional, acara lelong tidak dimaklumkan secara meluas bahkan tempat
dan masa tidak diberitahu. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak
dipamerkan.
- PENUTUP
Sistem al-Rahn pesat berkembang di Malaysia. Banyak
syarikat al-Rahn muncul seperti Sistem Gadaian Islam Kelantan (al-Rahn),
Muassasah Gadaian Islam Terengganu, Sistem Gadaian al-Rahn Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Sistem Gadaian Islam Bank Islam Malaysia
Berhad dan Sistem gadaian Islam (al-Rahn) Pahang. Ia menjadi satu pilihan bagi skim
kredit mikro bagi mengatasi masalah kewangan untuk kegiatan ekonomi kecil dan
sederhana malah membuktikan kepentingan emas sebagai cagaran/sandaran dalam
urusan peminjaman wang dan selaras dengan dasar Islam iaiu saling tolong
menolong antara manusia.