Pages

Sunday, April 12, 2020

ISC10


KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN



1.    PENDAHULUAN
Proses membuat keputusan (Decision making) adalah proses memilih pilihan yang logik daripada pilihan yang tersedia, di mana dalam proses membuat keputusan (problem solving) yang baik, individu tersebut mestilah menjangkaui pemikiran ke arah negatif dan positif terhadap setiap pilihan yang dibuat dan lebih mengutamakan alternatif yang dipilih. Ia merupakan suatu proses yang paling penting untuk kesempurnaan bukan sahaja terhadap kemajuan organisasi tetapi juga terhadap diri sendiri.

2.    DEFINASI
Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan untuk mencapai satu matlamat. Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Ia dianggap baik jika ia berkesan apabila dilaksanakan. Setiap keputusan yang diambil adalah rasional tetapi ia bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh individu. Setiap hari manusia membuat banyak keputusan. Oleh itu ia adalah suatu proses mental yang perlu berfikir secara kreatif atau kritis seperti; membanding, membeza, membuat ramalan, mengesahkan sumber maklumat dan menjana idea. Proses membuat keputusan melelui beberapa langkah seperti berikut; Membuat diagnosis masalah, mencari penyelesaian alternatif, membanding dan menganalisis alternatif dan memilih satu tindakan.
Bagi membuat pilihan terhadap alternatif yang ada, melibatkan proses membuat ramalan situasi masa hadapan. Ia memerlukan pemikiran yang rasional, terbuka, tidak sempit dan tidak terburu-buru agar bertindak berdasarkan pilihan terbaik untuk mengecapi sesuatu yang terbaik. Serta memilih satu pilihan daripada beberapa pilihan berdasarkan kriteria tertentu.
Tujuan Kemahiran membuat keputusan dengan bijak perlu dikuasai untuk memberi peluang individu;
·      Membuat pilihan yang terbaik
·      Mengelakkan daripada bertindak secara terburu-buru yang boleh merugikan
·      Menjadi  lebih rasional dan bersabar
·      Memanfaatkan kesemua informasi yang diperolehi
Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar. Oleh itu elak dari mengambil keputusan terburu-buru. Membuat keputusan adalah satu cara untuk mengubah kehidupan. Tiada sesiapa yang boleh membuat keputusan yang tepat pada setiap masa tetapi dengan membentuk kemahiran membuat keputusan di dalam diri, kejayaan dapat dipertingkatkan. Membuat satu keputusan yang baik memerlukan kesabaran dan pemikiran yang berhati-hati. Membuat keputusan yang baik adalah satu penyelesaian masalah mengikut pendekatan langkah demi langkah dan memilih satu strategi untuk bertindak. Keputusan selalunya dipengaruhi oleh faktor kepercayaan keluarga, rakan dan persekitaran. Keputusan banyak dipengaruhi oleh emosi semasa membuat keputusan. Emosi mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk membuat keputusan;
·      Ada yang gemar mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan
·      Ada yang bergantung kepada rasa hati dan terus membuat keputusan
·      Ada yang sering mengubah keputusan sehingga mereka sering kali tidak dapat membuat keputusan .Tekanan sosial atau masa yang terhad boleh memberi gangguan dalam membuat keputusan. Rakan sekerja atau sebaya boleh mempengaruhi dalam membuat keputusan. Adalah penting untuk memilih rakan kerana mereka akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kita. Keputusan yang kita buat mungkin tidak berkesan tanpa melibatkan komuniti dan jiran tetangga. Pemikiran dan tingkah laku kita dalam membuat keputusan mungkin juga dipengaruhi oleh media massa.
Sebagai seorang Islam, membuat keputusan hendaklah dengan ikhlas kerana Allah SWT. Dengan ini ia lebih akrab dan lebih bertakwa kepada Allah SWT. Mukmin yang dalam hatinya memiliki Allah SWT, umpama memiliki segala-galanya. Kejayaan yang diraih dalam hidup ini tetapi jika tidak disandarkan kepada Allah SWT, ia tidak memberi sebarang makna. Membuat keputusan yang betul, cepat dan tepat adalah kemahiran yang perlu dipelajari. Mukmin perlu sedar untuk mengawal kehidupan perlu bersandarkan kepada keimanan, syariat dan kehendak Allah SWT. Hidup ini adalah untuk menyelesaikan masalah atau ujian. Justeru, memahami seni membuat keputusan penting kerana ia menentukan bagaimana kita membuat keputusan saat berdepan ujian atau masalah. Jangan sesekali takut untuk membuat keputusan kerana hidup ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat. Apa sahaja keputusannya, ia adalah sebahagian daripada proses kehidupan. Setiap keputusan yang ikhlas kerana Allah SWT membantu kita insyaallah akan memperoleh keputusan yang tepat dan benar. Justeru, hadirkan Allah SWT dalam hati semasa ingin membuat sebarang keputusan.
Rasulullah SAW melaksanakan keputusan membuat keputusan melalui amalan shura dengan para sahabat terutamanya pada perkara yang pada awalnya tidak mendapat arahan wahyu. Selesai Perang Badar, tawanan perang dari kalangan orang musyrik Makkah menjadi isu utama. Sayidina Abu Bakar mencadangkan supaya dikembalikan kepada keluarga mereka dengan bayaran tebusan. Sayidina Umar al-Khattab mencadangkan supaya mereka semua dihukum bunuh. Akhirnya Rasulullah membuat keputusan yang sukar supaya Islam dilihat sebagai agama bertoleransi supaya mereka akan dekati Islam di kemudian hari. Selepas itu turun wahyu surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud; “Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhi diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya”. Amalan shura ini menjadikan segala keputusan menjadi lebih baik, logik dan kuat kerana telah melalui suatu perbincangan yang rasional. Ibn Taimiyah berpendapat, membuat keputusan yang disepakati ialah musyawarah dan bukan manipulasi sepihak. Ia dilakukan dengan amanah, menegakkan keadilan, istiqamah dan jujur.
Pada pandangan konvensional, membuat keputusan merupakan keputusan kritikal yang dibuat di bawah situasi tekanan yang amat tinggi. Keadaan terdesak ini disebabkan oleh faktor masa.
3.    Masalah Dalam Membuat Keputusan
·      Perbezaan pendapat antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai pendapat yang tersendiri berbeza dengan orang lain. Tidak semua orang dapat menerima pendapat orang lain dalam membuat sesuatu keputusan kerana setiap mereka memiliki sifat ego.
·      Emosi yang ada dalam diri setiap individu.




































































No comments:

Post a Comment