Pages

Tuesday, April 2, 2013

Artikel Kekecewaan & Memperbaiki Diri




Kekecewaan dan Memperbaiki diri

Mohd Zuhairi Bin Safuan
UiTM Machang
Kelantan


Tiada sesiap pun yang tidak pernah kecewa dengan kegagalan. Begitu juga tiada siapa pun yang sentiasa suka dan beroleh kejayaan. Setiap saat yang dilalui ada suasananya yang tersendiri. Bangsa Jepun dan Jerman yang kini mengungguli tamadun dunia pernah menerima kegagalan dan rakyatnya kecewa sehingga ramai yang membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat kehidupan itu. Selagi kita bernama manusia (khalifah Allah); Suka duka, pahit manis, jaya dan gagal – adalah rencah, warna, suasana kehidupan manusia. Hidup manusia penuh dengan pergolakan sehingga menjadikannya indah bagi yang berjaya, dan kekecewaan bagi yang tewas / gagal.

Tuhan Maha Adil, putaran kehidupan tidak terhenti setakat itu sahaja; yang berjaya jika alpa dan sombong boleh turut mengalami kekecewaan. Mereka yang kecewa tetapi mengambil pengajaran secara positif pasti akan beroleh kejayaan. Sebab itulah manusia yang berjaya perlu ada strategi, apatah lagi mereka yang telah kecewa memerlukan strategi yang lebih rapi.

Islam mengajar umatnya memperbaiki diri dengan kaedah-kaedah seperti;
1.     Rajin. Gigih / bersungguh-sungguh belajar, memaksima usaha, menyempurnakan tugasan, belajar lebih masa, tidak ponteng. Kesempurnaan rohani dan jasmani manusia merupakan suatu kelebihan untuk manusia bersikap rajin. Tambahan pula Allah sentiasa melihat tindak-tanduk manusia. Orang yang rajin murah rezeki. Rajin mesti tidak lupa tanggungjawab ibadah.
2.     Amanah / komitmen. Amanah ertinya jujur. Bertanggungjawab terhadap tugasnya (belajar) dengan rajin dan tidak belajar dengan bermalas-malas. Mengkhianati amanah boleh membawa kepada kegagalan dalam pelajaran.
3.     Menjaga masa. Solah mengajar menjaga masa, buat sesuatu kerja dalam masanya (on time).
4.     Kuat. Tidak setakat dari sudut jasmani, tetapi juga aspek rohani dan pemikiran. Pelajar muslim mesti ada kekuatan rohani dalam melawan dugaan seperti malas.
5.     Sabar. Belajar memerlukan kesabaran kerana banyak dugaan, kesulitan dan cabarannya. Ini kerana tekanan ketika belajat boleh menyebabkan perasaan benci, kecewa, keluh kesah. Sebaiknya berserah bahawa itulah ketentuan Allah.
6.     Patuh. Patuh kepada perintah Allah sebagai Tuhan pengurnia rezeki. Patuh kepada guru sebagai pemberi ilmu. Perintah dan arahan dari pentadbir dan guru hendaklah dipatuhi dan ditunaikan kerana mereka lebih tahu mengenai operasi dan prospek ilmu yang dipelajari.
7.     Berani.  Dapat menguasai nafsu dan jiwa pada masa dicabar / waktu marah. Pelajar mesti berani menyatakan kebenaran, beranai mengaku melakukan kesilapan, berani membuat keputusan pelajarannya.
8.     Bersyukur. Pelajar muslim wajar bersyukur dan puashati dengan rezeki yang Allah berikan, di samping tidak leka untuk terus giat belajar.

No comments:

Post a Comment