KONSEP
PEMILIKAN
- PENGENALAN
Islam
memberi kebebasan kepada individu dan masyarakat memulakan, menyusun, mengurus
dan memiliki apa sahaja mengikut keupayaan seseorang. Islam juga mengiktiraf
hak milik peribadi dan umum serta negara asalkan tidak menceroboh hak orang
lain dan memiliki sesuatu yang halal menjauhi yang haram. Ini bersesuaian dengan fitrah manusia yang sukakan kekayaan harta.
Pemilikan sebagai motivasi kepada manusia supaya berusaha lebih gigih untuk
mendapatkan seberapa banyak harta yang boleh.
- DEFINASI PEMILIKAN
Pemilikan
dalam bahasa Arab ialah al-milk iaitu seseorang memiliki hak untuk memiliki
sesuatu atau mampu bertindak ke atas secara mutlak. Seseorang yang telah
memiliki harta boleh memanfaatkannya, menjual atau membelanjakannya mengikut
keperluannya atau kehendaknya. Pemilikan adalah dalam bentuk benda (ain)
ataupun manfaat. Pemilikan ini menegah pihak lain dari melibatkan diri kecuali atas kebenaran pemiliknya atau
halangan syarak. Seseorang yang memiliki sesuatu harta; boleh memanfaatkannya,
menjual atau membelanjakannya. Pemilikan sebagai pemegang amanah.
- SEBAB-SEBAB PEMILIKAN
HARTA
- Bekerja melalui sumbangan tenaga secara langsung.
- Pensyariatan agama melalui nafkah, zakat, pusaka. Mendapat
kebaikan di dunia dan akhirat.
- Pertukaran hak milik melalui transaksi jual beli,
sewa, pajak gadai.
- Sumbangan dari orang perseorangan, masyarakat,
kerajaan.
- Warisan. Kematian menyebabkan pemindahan hak milik
- Perintah mahkamah
- JENIS-JENIS PEMILIKAN
- Pemilikan sempurna (tam). Meliputi benda (ain)
dan manfaat (faedah). Boleh dimanfaatkan, mengurus, memberi pada bila-bila
masa tanpa had masa dan tempat. Pemilik harta boleh menjual, menyewakan,
meminjamkan, menghadiah atau memusnahkan harta tersebut. Pemilikan
sempurna ini boleh diperolehi dengan meneroka tanah, melombong, memburu,
pusaka, wasiat, kontrak, kongsi, zakat, sedekah, waqaf.
- Pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis).
Harta dimiliki seseorang tetapi dia tidak memiliki manfaatnya. Ia memiliki
salah satu sama ada ain (benda) ataupun manfaatnya. Ini boleh
berlaku pada sewaan, pinjaman, wakaf, wasiat. Ia terikat dengan masa dan
tempat. Ia terikat dengan tempoh masa dan tempat. Apabila tempohnya tamat harta itu hendaklah
dikembalikan kepada pemilik harta.
- TANGGUNGJAWAB PEMILIK HARTA
- Wajib berbelanja untuk diri sendiri, zakat, nafkah
- Sunat bersedekah
- Tidak boros, membazir, kedekut
- Sederhana, halal, tidak menunjuk-nunjuk
- PENUTUP
No comments:
Post a Comment