Sunday, June 7, 2015

Pengajaran Surah Yaasin


ANALISA SURAH YAASIN

Latar Belakang

Surah Yaasin merupakan salah satu surah yang banyak sekali dibaca oleh umat Islam di Malaysia. Ia dibaca di masjid dan surau pada malam Jumaat atau sempena peristiwa tertentu. Tidak ketinggalan juga ia dibaca di rumah-rumah untuk kenduri arwah atau lainnya. Kepada mereka yang membaca al-Quran secara keseluruhan dari awal hingga akhir maka mereka juga akan membaca surah ini. Dengan ini surah ini merupakan salah satu surah yang  paling banyak dibaca.

Sekalipun surah ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi masih ramai yang tidak dapat memahami maksudnya dengan baik berkemungkinan kerana bahasanya yang sukar difahami. 

Oleh itu dibawakan intipati surah ini untuk memudahkan mengetahui isi kandungannya secara ringkas. Semoga kita dapat beramal dengan isi kandungan Surah Yaasin ini seterusnya mendorong kita dapat beramal dengan keseluruhan al-Quran.



Perkataan Yaasin

Menurut kebanyakan ulama, huruf muqatta`ah  yang terdapat pada awal surah seperti يس  , ألم , ص , ن dan lain-lain, tiada yang mengetahui maksudnya yang sebenar kecuali Allah sahaja. Ini ialah kerana tiada nas yang sahih menjelaskan maksud huruf muqatta`ah  tersebut. Huruf muqatta`ah  yang terdapat pada awal surah adalah tanda bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t., bukan daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Pengajaran Surah Yaasin
Dalam Surah ini Allah s.w.t menyatakan kepada  manusia     bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul-Nya. Balasan kepada mereka yang beriman kepadanya adalah keampunan dan pahala yang besar dan indah/syurga, sebaliknya kepada mereka yang kufur kepadanya adalah neraka jahanam.

Manusia hendaklah berfikir dengan melihat kekuasaan-kekuasaan Allah. Antaranya Allah telah membinasakan mereka yang kufur kepada para rasul sebelum mereka, Allah  telah menghidupkan bumi yang tandus dengan menumbuhkan tanam-tanaman yang menjadi makanan mereka, Allah yang telah menjadikan sesuatu itu berpasangan, manusia dan lain-lain. Allah yang telah menjadikan malam, siang, matahari, bulan, masing-masing dengan peranannya. Sepatutnya mereka hendaklah beriman.

Dalam Surah Yaasin juga Allah menyatakan tentang kedatangan Hari Kiamat. Ia datang dengan mengejut dengan satu pekikan sahaja iaitu tiupan sangkala pertama manusia semua mati. Kemudian Allah menyatakan mengenai kebangktan manusia dari kubur iaitu dengan satu tiupan, iaitu tiupan sangkakala kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka akan menghadap Allah untuk dihisab dengan adil segala yang mereka telah lakukan di dunia.

Ahli syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka. Orang yang mengingkari hari kebangkitan bertanya siapakah yang menghidupkan tulang yang telah reput? Allah menyuruh Rasul-Nya menjawab,yang menghidupkannya ialah Yang menjadikannya sebelum benda itu ada, Yang Maha mengetahui setiap sesuatu, Yang menjadikan api dari pohon yang     hijau, Yang berkuasa menjadikan langit dan bumi.    Yang menguasai dan memiliki segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu semua akan dikembalikan. Itulah Allah Yang Maha pencipta lagi Maha mengetahui. Keadaan kekuasaan-Nya apa bila Dia menghendaki sesuatu itu jadi, maka jadilah ia.

Kandungan Surah Yaasin
        al-Quran kitab yang mengandungi hikmat kebaikan kerana ia diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah salah seorang rasul yang berada di jalan yang benar, diutus kepada kaum yang sedang lalai kerana  mereka, bapa dan datuk nenek mereka belum diberi peringatan. (2-6)
        Kebanyakan mereka diazab kerana mereka benar-benar tidak mahu beriman. (7-10)
        Orang yang mendapat manfa'at dari seruan Nabi ialah orang mukmin iaitu orang yang mengikut al-Quran  dan takut kepada Allah yang dia tidak melihat-Nya maka balasan baginya ialah mendapat keampunan dari Allah s.w.t. dan pahala yang besar dan indah.(11) 
        Allah s.w.t. membangkitkan orang yang mati dan menulis segala yang mereka lakukan semasa hidup sama ada perkataan, perbuatan dan tujuan serta kesan-kesannya.(12)
        Satu contoh pengajaran, di mana sebuah kawasan/Qaryah yang telah diutuskan kepada penduduknya beberapa orang rasul dan disokong oleh salah seorang lelaki yang tinggal di hujung qaryah tersebut, tetapi mereka tetap tidak mahu beriman maka Allah binasakan semua penduduk Qaryah tersebut dengan hanya satu pekikan kuat, mereka semua  mati serta merta.(13-25,28, 29)
        Setelah lelaki yang menyokong rasul-rasul tersebut mati, dia dimasukkan ke dalam syurga dan berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui keadaanku di mana Allah telah mengampuni aku dan menjadikan aku dari kalangan orang yang mendapat kemuliaan.(26-27)
        Sungguh malang kepada manusia yang diutuskan rasul kepada mereka tetapi mereka memperolok-olokkan rasul tersebut. Mengapa mereka tidak melihat kepada orang yang sebelum mereka yang telah dibinasakan oleh Allah, mereka habis mati dan tidak boleh kembali ke dunia. (30-31)
        Semua manusia/makhluk akan dihimpunkan di hadapan Allah s.w.t. (untuk perbicaraan/ hisab).(32)
        Tanda-tanda keesaan, kekuasaan dan kebesaran Allah amat banyak, di antaranya: Allah yang menghidupkan bumi yang tandus, Allah yang mengeluarkan biji-bijian (seperti beras dan gandum) yang mereka makan.(33)
        Allah menjadikan di atas muka bumi ini kebun, seperti kebun tamar dan anggur dan  apa yang mereka usahakan supaya mereka dapat makan buah dan hasil usahanya. Allah juga telah memancarkan mata air dari bumi tersebut. (34-35)
        Maha Suci Allah yang telah menjadikan sesuatu itu berpasangan, tumbuh-tumbuhan, manusia dan lain-lain yang mereka tidak mengetahuinya. (36)
        Tanda lain yang menunjukkan kepada keesaan, kekuasaan dan kebesaran Allah ialah Allah menghilangkan siang dan menjadi malam maka mereka berada dalam gelap. (37)
        Tanda lain ialah matahari dan bulan masing-masing menjalankan peranannya dengan tepat  mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (38-40)
        Tanda lain yang menunjukkan kepada keesaan, kebesaran dan kekuasaan Allah ialah Allah membawa belayar keturunan mereka dalam bahtera yang penuh sarat, kalau Allah kehendaki Allah boleh tenggelamkan mereka dan tiada siapa yang boleh menolong dan menyelamatkan mereka tetapi Allah beri rahmat kepada mereka,  mereka selamat serta dapat berseronok-seronok dalam beberapa lama. (41, 43, 44)
        Allah juga menjadikan untuk mereka kenderaan lain yang seperti bahtera yang boleh mereka naikinya. (42)
        Apabila dikatakan kepada mereka, jagalah diri kamu dari melakukan sebarang dosa, mudah-mudahan kamu dirahmati, (mereka tidak mengendahkannya).(45)
        Setiap tanda yang datang dari Allah, mereka tetap tidak menerimanya. (46)
        Orang kafir tidak mahu memberi pertolongan kepada orang Mukmin yang miskin/susah (47)
        Orang kafir ingkar akan berlakunya Hari Kiamat (48)
        Hari Kiamat akan berlaku dengan mengejut, dengan satu pekikan sahaja iaitu tiupan sangkala pertama mereka semua habis mati. Mereka tidak sempat berwasiat apa-apa pun dan tidak sempat kembali menemui keluarganya. (49-50)
        Satu tiupan pada sangkakala iaitu tiupan kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka dihadapkan di hadapan Allah untuk perbicaraan/hisab.(51- 53)
        Perbicaraan pada Hari Kiamat adalah amat adil, tiada siapa pun yang dizalimi. Balasan mereka adalah mengikut apa yang mereka lakukan semasa di dunia.(54)
        Penghuni syurga sibuk dengan keseronokan bersama pasangan mereka di tempat yang teduh menikmati buah-buahan dan apa sahaja yang mereka kehendaki, semuanya akan diberikan. (55-57)
        Mereka mendapat ucapan selamat sejahtera dari Tuhan mereka. (58)
        Allah memberitahu manusia supaya jangan sekali-kali menyembah syaitan kerana dia telah menyesatkan beberapa banyak generasi manusia, tetapi kamu hendaklah menyembah Allah kerana itulah jalan yang benar. (60-62)
        Kepada orang kafir mereka dipisahkan daripada orang mukmin, lalu mereka dimasukkan ke dalam neraka jahanam. Apabila mereka engkar terhadap apa yang mereka lakukan semasa di dunia anggota-anggota mereka akan bercakap memperakui apa yang dibuat dan disaksikan oleh anggota-anggota lain. (59, 63-65)
        Jika Allah hendak di dunia ini, Allah berkuasa membutakan mata sehingga mereka tidak nampak dan jika Allah hendak Allah boleh tukar badan mereka di tempat mereka berada sehingga mereka tidak boleh mara ke hadapan atau undur ke belakang. (66-67)
        Allah s.w.t memberitahu manusia, sesiapa sahaja yang dipanjangkan umurnya dia akan balik semula kepada serba kekurangan. Mereka sepatutnya  berfikir. (68)
        Allah s.w.t tidak mengajar syair kepada Rasulullah s.a.w. tetapi apa yang diajar oleh Allah kepadanya adalah wahyu supaya dia memberi peringatan kepada orang yang hidup dan kepada orang yang ingkar balasannya adalah neraka jahanam. (69-70)
        Allah s.w.t. seterusnya menyuruh orang kafir berfikir tidakkah Allah telah menjadikan untuk mereka binatang ternakan untuk kegunaan mereka, ada untuk tunggangan, ada sebagai makanan dan ada untuk minum susu dan berbagai-bagai manfaat lagi yang sepatutnya mereka bersyukur. (71-73)
        Mereka menyembah selain dari Allah bertujuan kononnya tuhan-tuhan itu akan memberi pertolongan kepada mereka, sedangkan yang sebenarnya tuhan-tuhan itu tidak dapat menolong mereka dan tuhan-tuhan itu akan dihimpunkan bersama-sama mereka, (bagi menambahkan lagi dukacita dan kehinaan mereka). (74-75)
        Allah melarang Rasulullah s.a.w. dari berdukacita disebabkan perkataan mereka kerana Allah sentiasa mengetahui segala-galanya, sama ada yang mereka sembunyikan atau yang mereka nyatakan. (76)
        Orang yang mengingkiri Hari Kebangkitan hendaklah berfikir bahawasanya Allah telah menjadikannya dari nutfah yang lemah maka mengapa pula dia sebagai penentang yang keras. (77)
        Orang kafir membandingkan Allah itu seperti dirinya lupa akan kejadian dirinya lantas berkata: Siapakah yang menghidupkan tulang-tulang yang telah reput. (78)
        Allah s.w.t. menyuruh Rasul-Nya menjawab: Yang menghidupkannya ialah Yang menjadikan benda itu sebelum benda itu ada, iaitu Allah Yang Maha mengetahui setiap kejadian yang menjadikan untuk kamu api  dari pokok yang masih hijau. (79-80)
        Tidakkah yang berkuasa menjadikan langit dan bumi berkuasa menghidupkan manusia yang telah mati? Bahkan, Dia adalah Maha pencipta dan Maha mengetahui.(81)
        Sesungguhnya keadaan kekuasaan Allah itu apabila menghendaki sesuatu, Allah berkata, jadi, maka benda itu jadi.(82)
        Maha Suci Allah yang menguasai dan memiliki segala sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.(83)


Wallahu A’lam

Thursday, November 20, 2014

Mesyuarat OBE UiTM Kelantan


                                                        DOA MESYUARAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami untuk membangun ,membina dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah usaha-usaha kami, ilhamkanlah  fikiran kami dengan idea yang bernas dan keputusan yang sempurna. Kurniakan kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Kurniakanlah kami ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami dan eratkanlah silaturahim dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam apa jua yang kami usahakan. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Hindari kami daripada perasaan keji, buruk sangka, iri hati meninggi diri, pelupa, malas lagi lemah, tidak berdaya dan segala sifat mazmumah yang boleh menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat Uitm.

اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .

Doa Majlis OBE


                                                                  DOA MESYUARAT OBE
                                                                        UiTM Kelantan
                                                                         23 Nov 2014




                                        DOA MAJLIS OBE


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ، الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِينَ ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِكَ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ .
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لَنَا مِنْ أَمْرٍ ، أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا .
Ya Allah ya Tuhan kami, kami mulakan dan kami akhiri majlis kami ini dengan nama-nama-Mu yang Maha Agung, serta kami memohon kepada-Mu agar Engkau berkatilah dan limpahkanlah rahmat-Mu ke atas perjalanan majlis kami ini dari permulaan hinggalah ke akhirnya.
Ya Allah, perkenankanlah, restuilah dan terimalah segala amalan baik yang telah kami lakukan dan ampunkanlah serta maafkanlah segala kesalahan kami, keburukan dan kekurangan dalam amalan kami jika terdapat padanya kecelaan dan kecacatan.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar engkau bukakanlah bagi kami pintu-pintu rahmat, belas kasihan dan pengampunan, kesihatan dan kekuatan, keberkatan dan keselamatan, kebijaksanaan dan kefahaman, dan bukakanlah juga bagi kami pintu-pintu syurga dan kurniakanlah bagi kami rezeki yang halal, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kehidupan kami di dunia ini dan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak serta jauhkanlah kami daripada azab siksa api neraka yang amat pedih.
Ya Allah, jadikanlah tujuan kami berhimpun di dalam majlis ini semata-mata untuk mengharapkan keredhaan-Mu, satukanlah hati-hati kami, damaikanlah segala permusuhan di antara kami kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Berkuasa serta Engkaulah Tuhan yang memegang dan memiliki segala hati manusia. Kami memohon agar Engkau perbaikilah hati-hati kami dan jadikanlah kami manusia yang baik lagi berguna yang berupaya untuk menjadi khalifah-Mu yang memakmurkan bumi ini.
اللّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا اللهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ . اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَقَلْبًا خَاشِعًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً ، وَرِزْقًا حَلاَلاً طَيِّبًا مُطَيِّبًا وَاسِعًا فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ . اللّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الإِيمَانَ ، وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا ، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .



Friday, November 14, 2014

Esprit de corps Nov 2015

7 tahun lagi menjelang usia pencen 56..esprit de corps aku tak boleh dipertikaikan... Individu & organisasi saling bertautan...tidak boleh satu mengatasi atau mengurangi yang satu lagi...Zuhairi & UiTM terpisah tiada...Zuhairi beri sumbangan kepada UiTM...UiTM juga mesti memberi sumbangan kepada Zuhairi...ke Tok Aman Bali selalu ku lalu di tepian mu aku singgahi jua untuk memenuhi hasrat ........ paintball games ku libatkan...masa tu dah berlalu...aku hanya memenuhi masa untuk orang lain...ku dah melangkaui masa dan tempat itu. Cherrio. 







Alumni SAMTAJ 84

Aku berhimpun bersama hampir 35 orang bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah Shah Alam.  Bersama rakan-rakan batch tahun 184. Masa tu sekolah ni namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Seksyen 11, Shah Alam.




Kami pada tahun 1984 merupakan batch pertama. Kini telah 30 tahun baru kami dapat bersua kembali. Ada dua tiga orang rakan telah kembali kerahmatullah semoga diampuni Allah roh mereka. Kami membuat perjumpaan untuk pembentukan JK adhoc Alumni SAMTAJ untuk memberikan sumbangan kepada kemajuan bekas sekolah kami dan untuk memantapkan silaturahim antara kami.





Kontrak Baru 2015

Aku sempatkan diri ke Klang Selangor pada cuti hujung
 minggu....buat menyelesaikan beberapa perkara...harap dapat selesai sebelum januari 2015...Buat..adik-adikku ..amanah ini tidak mudah...Doa kepada Allah..