Ini Keluarga Besar Che Isa & Saodah Yaakub
Tuesday, September 17, 2013
Semester September 2013
Pada semester ni beban Amanah Tugas Akademik ku agak ringan jika hendak dibandingkan dengan semester Mac yang lepas. 16 jam/minggu, aku punya masa untuk menghirup udara hidup. Buku siap dicetak dan sedang dijual. Sekarang ni musim buah. Kebun ku penuh dengan buah pulasan, rambai, ciku, rambutan merah dan kuning, limau madu, cempedak dan pisang. Kicauan burung mengiringiku ketika ku menanam pisan pada jam 8 pagi hingga 9.30 pagi bila mana aku lewat pergi kerja... Waktu pagi memang sesai berkebun dan dapat menghilangkan stress...apatah lagi jika 3 minggu sekali aku tuai beberapa tandang pisang untuk dijual.
Monday, September 2, 2013
Kadar Inflasi pasti melonjak naik berikutan kenaikan harga minyak. Diketahui umum bahawa setiap kegiatan ekonomi dalam semua sektor mempunyai rantaian dengan minyak. Kos pengeluaran akan meningkat serentak dengan kenaikan harga barangan/perkhidmatan. Orang ramai terpaksa berfikir panjang apa yang hendak dibeli dan apa manfaat maksima yang boleh diperolehi. Mereka perlu berjimat dan berhemat. Membeli benda yang produktif untuk kehidupan harian. Tidak mampu lagi berbelanja mewah. Yang dulu golongan sederhana boleh jadi kini miskin sederhana...ialah segalanya hendak dibeli dengan kadar kenaikan gaji yang meningkat 5% tidak mampu untuk menampung kenaikan inflasi barangan pengguna yang naik 10%...fikirlah.
Saturday, August 10, 2013
Sunday, July 28, 2013
Al-Fatihah Buat Ibu
Tepat jam 10.30 malam 15 julai 2013 iaitu pada 6 ramadan ibuku yang tersayang Almarhumah Hajah Rumijah Binti Haji Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 66 tahun. Pemergiannya cukup memilukan hati, terasa kehilangan teman berbicara, tempat mencurah rasa mendapatkan pandangan. Pada 1.1.2005 ayah telah terlebih dahulu meninggalkan kami dalam usia 64 tahun. Semoga kedua ibu bapaku dirahmati Allah dan bersama orang yang bertakwa. Jasa ibu dan ayah sentiasa dalam ingatan. Doa kami sentiasa mengiringi masa...
Monday, June 24, 2013
Agenda Jun-Julai 2013
Di ketika sibuk dengan pemarkahan student degree ekonomi, pemasaran dan kewangan UiTM Kota Bharu yang akan mula menduduki peperiksaan final pada 26.06.13 ini. Ada dua paper yang perlu diselesaikan pemarkahan dengan jumlah pelajar 250 orang. Pada 5 dan 6 julai 2013 ini aku akan meneruskan kuliah untuk pelajar PLK UUM seperti yang dijadualkan untuk semester Julai 2013. Kerja kebun perlu konsisten kerana pulangannya suatu yang pasti. Getah harganya terus menjunam. Tanah yang siap ditambak menunggu untuk ditanam pokok buah hiasan. Kerja editorial sedang berjalan untuk projek buku yang mesti publish pada september 2013 sempena permulaan sesi pengajian di UiTM. SUFO menunggu untuk dianalisis. Apa pun Ramadan al-Mubarak bulan rahmat akan ditempoh oleh semua umat Islam. Selamat berpuasa.
Tuesday, May 28, 2013
Perjalanan
Kebetulan cuti khas semester satu minggu ini saya sekeluarga membuat perjalanan jauh KB-KL-Banting-Kelang-Puncak Alam-Simpang Pulai-Parit-Cameron Highland-Sg. Petani-Baling-Pulau Pinang-Shah Alam-Puncak Alam dan balik semula ke KB. Saya rakamkan sebahagian dari detik-detik tersebut...
Wednesday, May 15, 2013
Perang Sudah Tamat
5 mei 2013 berlaku pertarungan politik yang amat sengit iaitu Pilihanraya Umum ke13. Sebanyak 222 kerusi parlimen Malaysia menjadi taruhan. Barisan Nasional bertarung dengan Pakatan Rakyat. Dua bentuk gabungan pelbagai parti yang mewakili pelbagai etnik. Pihak yang menang mendakwa mereka masih mendapat sokongan sementara pihak yang kalah merasa tertipu dengan dakwaan proses pengundian yang tidak transparent. Apa pun masa depan negara telah menjadi tanggungjawab pihak yang menang baik di parlimen mahupun di dewan Undangan negeri (DUN).
Ini kali kedua aku mengundi di parlimen Kubang Kerian dan DUN Pasir Tumbuh di Kelantan, sebelum ini aku mengundi di Kelang, Selangor. Rasa tak larat hendak berkejar ke sana-sini, aku buat keputusan mengundi di kawasan yang dekat dengan rumah.
Senario politik di Selangor dan Kelantan agak berbeza...aku cuba menjauhi kekotoran yang dibawa oleh ahli politik kini. Aku rasai semacam bersama denyut nadi politik di Selangor di tahun 1980an dan awal 1990an. Namun bila berhijrah ke Kelantan dan kini aku tidak lagi releven dengan perkembangan politik di Kelantan dan Selangor. Mungkin aku patut menjadi pemerhati yang kadangkala mengemukakan pandangan yang skeptikal....
Aku sudah kehilangan political patronage....yang tiada ganti...moga Allah merahmati beliau...manusia yang berkhidmat jujur untuk melaksanakan tanggungjawab...al-fatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)