Tuesday, November 6, 2012
Perkumpulan Warisan Che Isa
Setiap tahun keluarga Che Isa akan mengadakan pertemuan untuk merapatkan silaturahim, bercerita kisah suka dan duka, menikmati pelbagai juadah makanan dan sukaneka...

Friday, October 19, 2012
Semester bagi student Diploma hampir berakhir. Markah telah diupload, skrip dah dihantar, invigilation dah disempurnakan...fikiran sudah mula lapang...boleh mula tumpu pada student degree... dan kerja lain yang ditinggalkan ke tepi buat sementara. Aku akan bercuti seminggu untuk memberi tumpuan kembali kepada kerja koporat ku...cherrio...
Saturday, September 29, 2012
Kuliah September Program Degree UiTM Bermula
20 Jam seminggu untuk Bachelor marketing, ekonomi dan Finance..komited untuk tugas ini.
Wednesday, September 5, 2012
Iman & Amal Penting Bagi Setiap Muslim
IMAN DAN AMAL
OLEH
MOHD ZUHAIRI SAFUAN
“Sesiapa
yang mengerjakan amal salih sama ada lelaki ataupun perempuan sedang ia
beriman, sesungguhnya kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang penuh
dengan kebaikan dan pasti Kami akan memberikan ganjaran kepada mereka dengan
ganjaran yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan”. (al-Nahl: 97)
Iman mengikut
pengertian syarak ialah keyakinan yang teguh dalam hati, mengakui dengan lidah
dan melaksanakan dengan anggota. Inilah yang dinamakan ketaatan, amal yang salih
dan perlakuan yang baik. Iman sebagai syarat penerimaan terhadap sesuatu amalan yang dilakukan
kerana tidak akan ada satu amalan pun yang akan diterima oleh Allah melainkan
setelah ada iman di dalam diri pelakunya. Seseorang yang beriman
dengan Allah sebagai Tuhan yang esa dan maha berkuasa, perlu mematuhi segala
perintah dan larangan-Nya sehingga membentuk jati dirinya sebagai seorang
manusia Islam.
“Bukanlah
iman itu dengan berangan-angan mahupun berharap, tetapi iman ialah sesuatu yang
menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amal”.
(Hadith riwayat Ibn-Najjar dan al-Dailamy)
Iman adalah fitrah yang dicipta Allah kepada manusia. Ia
sifat jiwa manusia. Nabi Adam bersin menyebut “alhamdulillah”. Iman membentuk kecenderungan manusia. Manusia yang
beriman akan mencorakkan hidupnya menurut peraturan agama. Iman menundukkan
manusia kepada Allah dan membebaskannya dari perhambaan kepada yang boleh
menjahanamkan hidupnya. Ia mendorong manusia hidup bersih dan suci. Merangsang
manusia hormat-menghormati dan bersatupadu. Mengingatkan manusia mengenai
kesabaran dan kebaikan sesama manusia. Iman yang benar memberi kesan kepada
kepada manusia; jiwa kuat, yakin, tidak mudah kecewa, tidak lemah semangat;
redha dan tenang, bersih dari penyakit hati; jiwa yang suka kebaikan dan
membenci kejahatan;.
Iman mempunyai 6 rukun iaitu beriman kepada; Allah,
malaikat, rasul, kitab, hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Iman adalah pendorong
kepada amal salih. Kafir pendorong kepada amal keburukan. Iman menjadi tenaga
kepada jiwa. Manusia yang beriman akan gigih, sabar dan tabah mengharungi hidup,
suka membantu, menjaga maruah diri. Walaupun ia tidak dipuji. Iman membawa kebahagiaan kerana manusia
memperoleh perlindungan Allah dan bersama-sama manusia lain belajar, bekerja dan solat. Tidak menyesali masa lalu dengan
sedih menangis, tidak menghadapi masa kini dengan keluh kesah dan tidak
menghadapi masa depan dengan takut. Tiada apa yang perlu ditakuti kerana Allah
segala-galanya seperti rezeki, jodoh dan ajal. Iman menghasilkan harapan,
optimis dan gembira kerana Allah maha berkuasa mengabulkan segala doa dan
menolak kemudaratan. Jika sakit, tak putus asa. Jika dalam kesulitan, ia
mengharapkan kemudahan. Iman menjadi pendinding amal dari melakukan perkara
sia-sia, mungkar dan dosa. Iman menyebabkan kita menghargai masa (muda, sihat,
lapang). Tidak lalai dan menangguh amal kebaikan, berdoa diberi kekuatan,
kesihatan dan kebaikan.
“Orang
yang melupakan Allah, maka Allah akan membuat mereka lupa kepada diri mereka
sendiri”
(al-Hasyr: 19)
“Apakah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah
beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka...”. (al-Ankabut: 2-3)
Iman berdepan dengan ujian; suka dan
duka sebagai bukti kebenaran ucapan lidah dan keyakinan hatinya. Iman boleh
bertambah besar dan boleh mengecil hilang dengan; menambah ilmu, membanyakkan
ibadah dan menjauhi segala larangan. Amal mendidik dengan persaudaraan,
persamaan, kerja keras, sabar dan fokus. Amal memakmurkan dunia dengan pelbagai
kegiatan. Tawakal bermaksud melakukan sebab amal dan menyerahkan hasilnya
kepada keputusan baik dari Allah.
“Allah
tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib
mereka sendiri”. (al-Ra’d:
11)
Amal dan perubahan bukan perkara
mudah, ia perlu pengorbanan dan kekuatan iman. Adalah menjadi Sunnatullah,
orang yang pemalas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakannya. Kita takut
kepada Allah sebab itu kita menyempurnakan amal (Ihsan) seolah-olah Allah
melihat amal kita. Ketenteraman jiwa dalam belajar kerana Allah bersama kita. Untuk
kesempurnaan ibadah, penghayatan Islam dan untuk kebahagiaan hidup.
Friday, August 24, 2012
Konsep Syarikat
Revisited
BAB 8
KONSEP SYARIKAT
(AL-SYIRKAH/MUSYARAKAH)
- Pengenalan
Aktiviti
ekonomi boleh dilakukan secara individu jika mempunyai kekuatan yang
sepatutnya. Ia juga boleh dilaksanakan secara perkongsian atau usahasama bagi
membentuk kekuatan bersama dan menggembeling kekuatan. Perniagaan secara
perkongsian ini boleh dikembangkan terutama bagi menggembeling usaha dan modal
sehingga muncul syarikat yang mampu menggunakan sumber dalaman dengan efektif bagi menjana
keuntungan.
- Definasi
Percampuran
harta yang dimiliki oleh dua orang sehingga tiada perbezaan di antara mereka.
Dua orang atau lebih membuat perjanjian perkongsian untuk menjalankan sesuatu
projek perniagaan dan mereka bersama menyumbang modal dan berkongsi untung-rugi.
Syarikat ini meliputi kegiatan ekonomi kecil-kecilan, sederhana dan besar yang
dilakukan secara perkongsian bijak.
- Jenis-Jenis Syarikat
3.1 Syarikat al-Mufawadah
(Sama banyak dalam semua hal, untung dan rugi)
Setiap
rakan kongsi menyumbang sejumlah modal yang sama banyak dan mereka sama-sama
berniaga. Sekiranya mendapat keuntungan (aset) ataupun mengalami
kerugian (liabiliti), mereka akan membahagikannya sama banyak juga.
Setiap mereka bertanggungjawab antara satu sama lain dengan perjanjian bertulis
atau dengan lafaz yang diumumkan. Ia membawa maksud sama iaitu sama dari
segi modal, untung dan pengurusannya.
Dari
sudut istilah ia membawa maksud dua orang atau lebih berpakat dalam sesuatu
kerja dengan syarat modal, pengurusan dan agama mereka adalah sama kedudukan
dan masing-masing saling bertanggungjawab. Setiap mereka menjadi ejen kepada
rakan kongsi yang lain dan berhak menjual atau membeli sesuatu, meminjam atau
memberi pinjam sesuatu dengan mengikat rakan kongsi ayng lain. Syarikat ini
mempunyai skop yang lebih luas mencakupi semua jenis syarikat dan mudarabah.
Keuntungan yang diperolehi adalah dibahagi mengikut persetujuan bersama.
3.2 Syarikat al-Inan (Sumbangan
modal dan penerimaan untung yang berbeza)
Syarikat
al-Inan ialah syarikat perkongsian dua orang atau lebih dan kalangan
mereka yang mempunyai hak melakukan transaksi (tasarruf) dalam pengumpulan
sejumlah harta dengan cara pembahagian yang dimaklumi atau dalam bentuk saham
yang ditentukan. Mereka bekerja bersama-sama untuk
Subscribe to:
Posts (Atom)






