Pages

Saturday, September 7, 2019


ASAS PEMBANGUNAN PERSONALITI
 
2.1 TAUHID
Pengertian tauhid dari segi bahasa berasal dari perkataan ahad yang bererti mengesakan. Dari segi istilah; beriktiqad dan mempercayai Allah SWT itu Esa, Tunggal tidak ada syirik dan sekutu bagi-Nya. Tauhid  merupakan satu pegangan hidup yang mempercayai bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Esa dan tidak sekutu atau yang menyerupai-Nya. Ilmu tauhid juga adalah ilmu yang menerangkan hukum syarak dalam bidang iktiqad yang diperoleh dari dalil yang qat’ie (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal. Tauhid merupakan roh Islam, umbi akidah dan sumber ibadah.
 
  1. Jenis Tauhid
  1. Tauhid Rububiyyah; Mempercayai Allah SWT sebagai Rabb atau pencipta dan penguasa terhadap sesuatu. Allah adalah pencipta sekelian makhluk dan alam ini, pemilik, pentadbir dan pemberi segala-galanya. Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Apakah mereka menyekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatupun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang.” (QS 7:191)
     
  2. Tauhid Uluhiyyah; Beriktiqad dan beriman bahawa Allah SWT sahaja yang berhak disembah dan tiada sekutu di dalam penyembahan-Nya. Allah sahaja yang berhak disembah, ditaati dan dikasihi, kepada-Nya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan berdoa. Firman Allah SWT yang bermaksud; Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Maka ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah (kerana) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?” (QS 23:) 23.
     
  3. Tauhid Asma’ wa al-Sifat; Beriktiqad dan beriman bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan dan Allah SWT mempunyai nama-nama yang layak dengan kebesasaran-Nya. Beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-Nya. Tauhid ini adalah beriman bahwa Allah memiliki nama dan sifat baik (asma ul-husna) yang sesuai dengan keagungan-Nya. Umat Islam mengenal 99 asma ul-husna merupakan nama sekaligus sifat Allah.
 
  1. Pengaruh Tauhid Dalam Kehidupan
  1. Membebaskan manusia dari pengabdian selain dari Allah,menolak segala bentuk pengabdian kepada sesiapa selain Allah SWT. Sebagai contoh Bilal bin Rabah,bagaimana jiwa tauhid telah merubah kehidupannya muncul sebagai seorang manusia baru berjiwa merdeka yang sanggup menghadapi siksaan majikannya dan mempertahankan keyakinan akidah yang dianutinya.
  2. Mewujudkan keikhlasan dalam beribadah.
  3. Berada di landasan yang betul dan tepat.
  4. Menjauhkan diri daripada sifat cintakan (hubbu) dunia.
  5. Membentuk peribadi mulia dengan sifat mahmuddah dan menghindari sifat mazmummah.
  6. Meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah dengan bertawakal.
  7. Melahirkan rasa syukur.
  8.  Membentuk sifat berani kerana takut hanya kepada Allah.
     
     
2.2 TAQWA
Berasal dari perkataan waqa yang bererti memelihara hubungan baik dengan Allah SWT dengan melakukan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang. “Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka. (al-Tahrim: 6). Sayyid Qutub menyatakan dalam tafsir “Fi Zilal al-Quran” menjelaskan bahawa Taqwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khuatir yang berterusan dan berhati-hati terhadap semua larangan Allah dalam kehidupan.
 
2.3 KHILAFAH
Bererti kepimpinan atau kekuasaan. Ia juga disebut dengan Imamah. Khilafah adalah kekuasaan umum atas seluruh umat, pelaksanaan urusan umat, Imamah atau Khilafah ditetapkan bagi pengganti kenabian dalam menjaga agama dan pengaturan urusan dunia. Setiap individu perlu memahami bahawa mereka memikul amanah Allah SWT, perlu mentadbir dan membangun alam ini sejajar dengan ketetapanNya. Sebagai khalifah mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang baik demi kesejahteraan sejagat.
 
2.4 TAZKIYYAH
Bermaksud pembersihan, penyucian atau penyuburan. Dalam konteks ahli  tasawuf, tazkiyah merujuk kepada bersih daripada sifat keji dalam diri dan kezaliman lahiriyah. Tazkiyah al-Nafs adalah melibatkan dua proses utama iaitu al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela kerana ianya adalah najis maknawi yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah yang Quddus. Tazkiyah al-Nafs amat penting dalam kehidupan manusia yang mahu mencari kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tazkiyah bukan bermakna menolak kehidupan dunia tetapi mengawal berlandaskan syariat. Tazkiyah al-Nafs membentuk jiwa manusia dengan melakukan segala yang disyariatkan oleh Islam secara istiqamah.
 
 
2.5 UKHUWWAH
Bermaksud saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi. Dari segi istilah: Menurut Al-Quran ukhuwwah ialah perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur  bermesra dan cinta mencintai di antara sesama umat Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat: 10). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Daripada Nu’man bin Bashir r.a.; Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbandingan orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”
 
a. Prinsip-prinsip Ukhuwwah
i. Perdamaian atau hubungan yang baik, saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya sekiranya kamu orang yang beriman”(Al-anfal: 12).
ii. Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah. Firman Allah yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. (Ali  Imran: 92).
     Kasih Sayang dan cinta mencintai boleh dipertingkatkan melalui sedekah. Dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika sanggup mengorbankan sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan yang memerlukan. malang.
2 . Ikhlas. Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk menyempurnakan hidup berukhuwah. Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir.
3.  Amanah. Orang yang tidak amanah merupakan perosak sifat kemanusian dan ketamadunan kerana Allah SWT telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan alam ini.
4. Belas Kasihan. Sifat Ini penting kerana tanpanya menyebabkan kekejaman dan penindasan berelaku secara berleluasa di dalam masyarakat.
 
Adab Ukhuwah
 
1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya.  Jika tidak mampu diberikan apa yang lebih dari hajatnya.
2. Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan.
3. Menyembunyi rahsia sahabat.
4. Menutup keaiban sahabat.
5. Menghindarkan perbuatan bantah-membantah.
6. Tidak sindir-menyindir dan perli-memperli.
7. Sentiasa mendoakan sahabat semasa senang atau susah.
8. Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuka fillah”.
9. Sentiasa bertanya khabar.
10. Sentiasa mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan.
 
KESIMPULAN
 
Asas pembentukan personaliti atau sahsiah Muslim adalah berpanduan acuan Rabbaniah. Hidup manusia  adalah dalam lingkungan 3 pola hubungan iaitu hubungan dengan Pencipta, hubungan dengan sesama manusia dan  hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga hubungan tersebut mestilah berpaksikan kepada manual yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ketiga-ketiga hubungan itu mestilah dijaga dengan baik supaya tugas manusia sebagai khalifah di bumi dapat dilaksanakan secara terbaik dan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

FALSAFAH PEMBANGUNAN PERSONALITI

Falsafah bermaksud hikmah atau kebijaksanaan. Ia mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis. Setiap perbuatan manusia menggambarkan apa yang difikirkannya, apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkannya. Oleh yang demikian, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin adalah seseorang yang mempunyai fikiran yang sistematik dan teratur serta akal yang sejahtera.

Personaliti atau keperibadian merupakan suatu aspek psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita sebagai manusia. Personaliti berasal dari perkataan Latin, “Persona” yang bermaksud topeng atau pelindung muka iaitu suatu keadaan yang merujuk kepada penampilan luaran individu. Dalam bidang psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

Ahli psikologi bernama Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat yang menggambarkan diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. Personaliti mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. Ciri-ciri ini akan mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku individu tersebut dalam pelbagai situasi. Personaliti merupakan gabungan pelbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri akan menghasilkan personaliti bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan, cara bertindak, tingkahlaku yang ditunjukkan dan cara seseorang berinteraksi dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang. Justeru, perkembangan kanak-kanak amat berkait rapat dengan perkembangan kendiri dan dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu personaliti dan konsep kendiri.

Islam berpendirian bahawa personaliti ialah sahsiah atau akhlak yang dimiliki oleh setiap individu. Akhlak membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku atau adat kebiasaan. Akhlak adalah penentu kepada keterampilan seseorang. Ia terbahagi kepada dua iaitu akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Akhlak juga mengambarkan jiwa individu. Al-Ghazali (1058-1111) banyak membicarakan persoalan hati, akal dan  nafsu.  Dalam teori ini, kerohanian yang menguasai atau mengawal jasad manusia. Dalam al-Quran juga terdapat istilah yang berkaitan dengan ilmu ini iaitu                                                                                                                                                                      nafsu, hati dan akal. Fungsinya untuk mencari dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati dan menghampiri Allah SWT.

Manusia dilahirkan dalam keadaan suci tetapi perubahan bergantung kepada jasmani, akal dan rohnya secara seimbang. Al-Ghazali menekankan konsep Keabadian Jiwa yang wujud dalam agama dan mempercayai kehidupan selepas mati. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu dan mencirikan perbezaan di antara setiap individu. Personaliti adalah sifat yang ada pada individu seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, persepsi dan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan mental setiap insan. Manusia dibezakan menerusi dua aspek:
i.           Kemampuan; meliputi pencapaian, kecerdasan dan bakat.
ii.         Personaliti; meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.

Personaliti juga bermaksud seluruh perlakuan luaran (jasmaniah) atau dalaman (rohaniah) individu yang lahir secara sepontan tanpa paksaan iaitu semua gerak balas anggota fizikal badan. Perlakuan dalaman mencakupi sistem kepercayaan, pegangan hidup, persepsi dan sebagainya. Personaliti merangkumi keseluruhan perlakuan manusia. Personaliti yang sempurna bergantung kepada hubungan dan taqwa kepada Allah SWT.

1.1MAKSUD PEMBANGUNAN PERSONALITI

          Faktor Luaran ialah kejayaan yang diperolehi, semangat, pujian dan sebagainya.
        Faktor Dalaman pula terbitnya rasa cinta kepada Allah SWT, bertakwa, bersabar dan segala sifat yang baik. Hasil dari gabungan dua faktor tadi terbentuk seorang muslim yang mempunyai personaliti yang berpandukan al-Quran dan mampu menghadapi segala dugaan.

1.2SUMBER PEMBANGUNAN PERSONALITI
Personaliti adalah sesuatu yang diolah dengan keimanan dan ketakwaan.

Al-Quran:
i.     Pedoman dan  petunjuk kepada manusia dalam semua perkara termasuk sam`iyat dan aspek ketamadunan.
ii.      Sumber perlembagaan hidup.
iii.     Sumber ilmu dan pendidikan.

Al-Sunnah: Segala yang disandarkan kepada Rasulullah dari sudut percakapan,  perbuatan dan pengakuan. Ia merupakan sumber asasi kedua selepas al-Quran. Berperanan menerangkan dan memperincikan isi kandungan al-Quran. Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah tidak menilai atas rupamu serta harta kekayaanmu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatanmu”. (Riwayat Muslim dan Ibn Majah dari Abu Hurairah). Kepribadian sebenarnya wujud dari cara berfikir (bagaimana ia bersikap dan berfikir) dalam kehidupan.

Sahabat: Para personaliti Khulafa’ Al-Rasyidin seperti;
i.        Istiqamah menghadapi penderitaan.
ii.       Takut kepada Allah SWT (Taqwa).
iii.     Berpada-pada dan zuhud.
iv.     Berebut-rebut mencari keredaan Allah SWT.
v.       Keberanian dan kepahlawanan.
vi.      Bersimpati dan pengorbanan jiwa.
vii.     Mencintai Rasulullah.
viii.   Mencintai ilmu .

Ulama: Banyak istilah seperti mana yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar. Di antaranya ialah fuqaha iaitu ulama fiqh, mufassirun atau ulama tafsir, ahlul ilmu kalam yang merujuk kepada ulama aqidah, usuliyyun merujuk kepada ulama usul fiqh, muhaddithun merujuk kepada ulama hadis dan lain-lain lagi, Semuanya dianggap sebagai ulama dalam Islam. Ada yang menyatakan bahawa ulama ialah sesiapa sahaja yang tahu dalam apa sahaja bidang ilmu. Ilmu dan kefahaman yang dimiliki menjadikan ulama:
i.    Sangat takutkan Allah SWT dan sentiasa memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat selari dengan kehendak Allah dan Rasul.
ii.      Bersikap tegas jika berlaku sebarang tindakan yang bercanggah dengan syariah


1.3KEPENTINGAN PEMBANGUNAN PERSONALITI
a.        DIRI
      Pelaksanaan tuntutan agama
      Keyakinan
      Penghargaan
      Ikutan
      Kepuasan
      Model

b.       KERJAYA
           Motivasi
           Memudahkan kerja
           Kepercayaan
           Kerjasama
           Penghormatan
           Penghargaan

c.        ORGANISASI
           Kepimpinan
           Kepercayaan
           Keyakinan
           Kejayaan/Keuntungan
           Kebanggaan
           Model

Personaliti kini lebih dikenali sebagai modal insan dan modal insan ini melibatkan 10 perkara utama;
i.           Manusia diciptakan Allah sebaik-baik kejadian (al Tin:4).
ii.         Manusia berkedudukan yang tinggi sebagai Khalifah.
iii.       Manusia dimuliakan dengan diberi kemudahan untuk tadbir urus alam (al-Isra:70).
iv.   Manusia dilengkapi pendengaran, penglihatan, perasaan dan hati nurani untuk menjalani kehidupan dengan baik (al-Sajadah: 7).
v.        Manusia diberi kelebihan dengan Ilmu berbanding dengan malaikat.
vi.       Manusia diberi dua kecenderungan untuk bertindak iaitu ke arah kebaikan dan
        ke arah kejahatan.
vii.     Manusia sanggup memikul amanah untuk memakmurkan bumi.
viii.   Manusia diberi kebebasan memilih haluan hidup.
ix.       Manusia mempunyai keupayaan meningkatkan darjat dirinya mengikut apa yang
telah diusahakan.
x.        Manusia perlu latih dirinya sebagai hamba Allah SWT

KESIMPULAN


Personaliti adalah gabungan berbagai sifat dan kendiri seseorang. Individu yang mempunyai kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan dan tingkah laku yang ditunjukkan serta cara seseorang itu berinteraksi dengan persekitarannya dapat membantu mengenali personaliti seseorang.