Wednesday, June 21, 2017

Tazkirah Menyambut Aidil Fitri



         MENYAMBUT AIDIL FITRI



A.             PERASAAN DI HARI RAYA:
Bulan Ramadhan yang banyak kelebihannya sudah tiba ke penghujungnya. Umat Islam ada dua perasaan yang berbelah bahagi. i) Bersedih dan hiba; pasti akan dirasai oleh mereka yang mengetahui dan menghayatinya. ii) Bergembira; bagi mereka yang tidak peduli tentang kelebihan Ramadhan dengan berpesta hiburan yang bertentangan Islam. 

i) Bergembira di Aidil Fitri bagi mereka yang mengetahui kelebihan Ramadhan tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan umat Islam bergembira asalkan dilaksanakan dalam bentuk yang diterima Islam. Baginda pernah menegur Sayidina Abu Bakar kerana memarahi Aisyah r.a. dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah baginda sendiri. JGembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t. ke atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan Ramadhan dan mereka merasa puas dengan usahanya yang dilakukan dan terpulang kepada Allah S.W.T. untuk menerimanya. JGembira atas kejayaan membina benteng kukuh dari godaan Syaitan. JGembira berpeluang menunaikan Zakat fitrah bagi mensucikan diri dari kekurangan ibadah bulan Ramadhan. ¯Mereka menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. memakai baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sebagai sesuatu sebahagian dari tuntutan agama. Pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna) meliputi syiar agama yang disyariatkan oleh Allah dan juga dapat pada melakukan gerakan jasmani serta memberi kepuasan hati.

ii) Bersedih di Aidil Fitri kerana peluang dan kemudahan yang diberikan Allah semasa Ramadhan pasti akan dirindui dan ditangisi. JHilang peluang; ke Syurga kerana pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan dibelenggu. JTawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa. JMenghidupkan malam dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. JDimakbulkan doa ketika berpuasa dan berbuka. JPeluang menambah taqwa, iman dan keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat dengan menghidupkan Malam al-Qadar yang amat istimewa. ¯Sedih memikirkan adakah akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan! Adakah Ramadhan tahun hadapan sehebat dengan tahun ini dari segi persiapan dan penerimaan diri! Adakah pada tahun ini telah mendapat kepuasan menjalani keperluan ibadah puasa!

PENGISIAN DI HARI RAYA:
1. Mandi sunat Aidil Fitri sebelum menunaikan solat sunat Aidil Fitri. 2. Makan sebelum solat Aidil Fitri bagi menunjukkan tidak lagi boleh berpuasa.  3. Memperbanyakkan Takbir dan Tahmid sehingga solat Aidil Fitri. Takbir bagi menghilangkan rasa sombong kepada Allah. Takbir pada hari Aidil Fitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”  Surah al-Baqarah:185. Bertakbir di sepanjang perjalanan ke masjid bagi menunjukkan syiar Islam. Jangan ulang kembali perkara dosa dan amalan maksiat. 4. Menzahirkan ucapan selamat dan doa antara satu sama lain iaitu "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”. Kita biasa sebut ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. 5. Memakai pakaian terbaik, menutup aurat, paling mahal harganya mengikut kemampuan serta mengelak pembaziran, memakai wangian. Larangan wanita memakai wangian yang menarik perhatian lelaki. 6. Membezakan jalan untuk pergi dan balik dari masjid supaya bertemu dengan ramai orang atau lebih jauh supaya lebih memperolehi pahala. 7. Solat Sunat Aidil Fitri 2 rakaat, selepas itu khutbah Aidil Fitri, namun tidak wajib untuk menghadirinya dan dibolehkan bersurai. 8. Berziarah untuk merapatkan hubungan baik. Larangan sentuhan lelaki wanita bukan muhrim, menjaga aurat dan jangan meninggalkan solat. 9. Menziarahi kubur, membaca ayat suci al-Quran atau doa untuk disedekahkan kepada ahli kubur tetapi jangan duduk atau berdiri di kubur orang lain. 10. Puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidil Fitri secara berturut-turut atau pun berselang-seli.

                                                                 WALLAHU A'LAM






No comments:

Post a Comment