7 tahun lagi menjelang usia pencen 56..esprit de corps aku tak boleh dipertikaikan... Individu & organisasi saling bertautan...tidak boleh satu mengatasi atau mengurangi yang satu lagi...Zuhairi & UiTM terpisah tiada...Zuhairi beri sumbangan kepada UiTM...UiTM juga mesti memberi sumbangan kepada Zuhairi...ke Tok Aman Bali selalu ku lalu di tepian mu aku singgahi jua untuk memenuhi hasrat ........ paintball games ku libatkan...masa tu dah berlalu...aku hanya memenuhi masa untuk orang lain...ku dah melangkaui masa dan tempat itu. Cherrio.
Pages
▼
Friday, November 14, 2014
Alumni SAMTAJ 84
Aku berhimpun bersama hampir 35 orang bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah Shah Alam. Bersama rakan-rakan batch tahun 184. Masa tu sekolah ni namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Seksyen 11, Shah Alam.
Kami pada tahun 1984 merupakan batch pertama. Kini telah 30 tahun baru kami dapat bersua kembali. Ada dua tiga orang rakan telah kembali kerahmatullah semoga diampuni Allah roh mereka. Kami membuat perjumpaan untuk pembentukan JK adhoc Alumni SAMTAJ untuk memberikan sumbangan kepada kemajuan bekas sekolah kami dan untuk memantapkan silaturahim antara kami.
Kontrak Baru 2015
minggu....buat menyelesaikan beberapa perkara...harap dapat selesai sebelum januari 2015...Buat..adik-adikku ..amanah ini tidak mudah...Doa kepada Allah..
Tazkirah Awal Semester September 2014
MEMBENTUK SIKAP
FUTURISTIK BERWAWASAN
Isnin 13 Oktober 2014
UiTM Kota Bharu
·
Kemodenan
menegah kita menyerah kepada keadaan sekarang tetapi terus memandang masa
hadapan.
·
Tekanan,
kesulitan dan masalah sekarang tidak boleh jadi penghalang tetapi harus berusaha
mencari penyelesaian.
·
Setiap fenomena
harus dikaji, diselidik dan dipelajari bagi mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan
yang akan berlaku berdasarkan fakta dan bukti kajian.
·
Contohnya,
ramalan cuaca menyentuh tentang perubahan cuaca, arah angin, hujan, tekanan
udara.
·
John Naisbitt
dalam buku Megatrends 1982
mengemukakan 7 perubahan;
1. Masyarakat industri kepada masyarakat teknologi
maklumat
2. Ekonomi kebangsaan kepada ekonomi antarabangsa
3. Sentralisasi kepada desentralisasi
4. Kepercayaan kepada diri dan bukan kepada
institusi
5. Sistem demokrasi-perwakilan kepada demokrasi
menyeluruh
6. Sistem piramid kepada network
7. Masyarakat yang mempunyai sedikit pilihan kepada
berbagai pilihan
·
Kajian
futuristik popular di barat mulai selepas perang dunia kedua dan ia berkait
rapat dengan revolusi sains-teknologi, kajian tektik dan strategik.
·
Ini menjadikan
Barat sentiasa berada di hadapan.
·
Ada kalangan
muslim berpendapat Islam menolak teori futuristik
·
Ada yang
beranggapan bahawa agama hanya mengurus manusia dengan masa lalu (warisan lama)
yang disucikan dari segala kekurangan hingga menyebabkan mereka terperangkap
dalam warisan lama.
·
Pada mereka,
masa hadapan patut diserahkan kepada Allah yang mengetahui urusan ghaib dan
takdir manusia.
·
Padahalnya;
1. Al-Quran semenjak zaman Makkah memerintahkan umat
Islam sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan hari esok dan
masa hadapan. Tidak boleh bergantung dengan keadaan semasa dan leka dari menambah
kekuatan.
2. Al-Quran dalam surah al-Qamar ayat 45-46
menjelaskan keadaan yang bakal menimpa orang musyrik padahal ketika itu mereka
kuat dengan persenjataan dan kewangan.
3. Sunnah Nabi memperlihatkan Rasulullah berjanji
suatu masa kelak orang Islam dapat menewaskan kerajaan Kisra dan Kaisar.
4. Semua masa hadapan ini hanya akan berlaku
sekiranya manusia mengikut sunnatullah iaitu membuat persiapan, tabah, usaha
yang bersungguh. Perkara di luar
jangkaan dan kemampuan manusia adalah urusan Allah.
·
Para sahabat
juga futuristik;
-
Abu Bakar dengan
cadangan Umar bersetuju; menghimpunkan al-Quran dalam satu mashaf kerana ramai
hafiz yang mati syahid dikhuatiri al-Quran hilang. Ada sahabat semakin tua. Ini
dapat memelihara al-Quran.
-
Umar;
menyelesaikan masalah tanah jajahan baru di Iraq dengan tidak lagi membahagikan
tanah tersebut sebagai ghanimah kepada tentera. Ini supaya generasi masa
hadapan boleh memperoleh sesuatu dari penggunaan tanah tersebut sebagai
kepentingan awam
-
Uthman;
menyatukan umat Islam dalam satu mashaf al-Quran dibaca dengan huruf yang sama untuk
elak penafsiran dan keterangan tambahan. Perbezaan pembacaan timbulkan
pertelingkahan. Ini dilakukan bagi menggelakkan jurang perbezaan semakin besar
di kemudian hari.
·
Masyarakat yang
futuristik atau mempunyai orientasi masa hadapan adalah berdaya maju. Bukan
setakat kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi. Ia adalah persiapan psikologi
bagi menghadapi sebarang situasi yang bakal timbul.
·
Ziauddin Sardar
(Islamic Future: The Shape of Idea to
Come, 1985. hlm. 19); Masa hadapan merupakan suatu kajian berpandangan jauh
yang baru mengenai dunia Islam yang lebih baik yang berupaya menggerakkan
seluruh umat Islam untuk mengenepikan segala perbezaan politik dan sentimen
perkauman yang sempit seterusnya berusaha untuk membentuk masyarakat yang
cemerlang. Masa hadapan merupakan sesuatu yang boleh dibentuk dan berupaya
untuk dicapai menerusi perancangan dan pelaksanaan. Masa hadapan yang
dicita-citakan itu semestinya berpaksikan nilai dan amalan hidup yang lebih
baik seperti kesaksamaan kebaikan, keseimbangan kemuliaan dan kedamaian.
·
Pelajar yang
futuristik berwawasan perlu;
1. Membentuk jatidiri Islamis. Memperbaiki diri.
Hidup berpaksikan iman dan takwa. Melaksanakan tuntutan Islam dalam aspek
individu, masyarakat dan negara.
2. Kembali kepada tradisi Islam. Mentafsirkan
al-Quran dan al-Sunnah tepat mengikut asbab
al-nuzul, objektif, keseluruhan nilai moral dan bukan bawaan dari luar
ataupun amalan masyarakat setempat atau pembawaan peribadi.
3. Sensitif dengan maruah dan martabat diri. Mampu
bertahan menghadapi pergolakan semasa, bercita-cita tinggi dan berdaya usaha.
Berdikari di bawah ajaran Islam
4. Belajar dari sejarah silam. Sejarah adalah harta
berharga untuk kesinambungan hidup masa hadapan dan menentukan hala tuju.
Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi manusia sering menipu sejarah.
Pengalaman lepas memberi inspirasi maju ke hadapan. Membuang warisan sejarah
menghilangkan arah tujuan.
5. Bergiat dalam semua bidang strategik seperti
bidang matematik, teknologi maklumat fizik, kimia dengan memahami manfaat dan
keburukannya untuk dimanfaatkan untuk mencapai tujuan Islam dan bukan tunduk
kepada pihak yang mencipta ilmu dan teknologi itu.
6. Sentiasa memperbaharui dan menggilap tradisi
keislaman, bersemangat jihad, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran,
berdoa bagi menghadapi tekanan, berupaya mengisi ruang kosong menampung
kekurangan dan gigih belajar.
·
Jika kita tidak
berminat untuk mengkaji masa hadapan sendiri maka masa hadapan kita akan
dibentuk oleh orang lain. Walaupun masa hadapan kita bergantung kepada senario
semasa, namun kejayaan dan kegagalannya bergantung juga kepada........bagaimana
reaksi dan pendirian yang diambil dan yang difahami oleh kita
sendiri...bukannya oleh pihak lain. Ertinya...kita sentiasa masih ada peluang.
Oleh yang sedemikian, saudara/i harus
memandang ke hadapan dengan;
·
Berani
mengambil Risiko.
Pelajar yang berjaya berani mengambil risiko dengan
persediaan rapi untuk mencapai
target, melakukan kajian,
membuat networking dan
teruja untuk mencuba sesuatu
perkara seiring dengan perkembangan zaman.
·
Menikmati Apa
yang mereka lakukan
Mempunyai
minat untuk membuat sesuatu perkara (belajar) dan bukan dalam keterpaksaan. Orang yang berjaya suka persaingan; mereka
menikmati pencapaian di puncak permainan mereka. Kalau kita belajar maknanya
kita kena meminati pelajaran dan pembelajaran.
·
Belajar Tanpa
Batasan
Pendidikan tidak pernah berakhir dan tidak terbatas tetapi di setiap
kehidupan kita dari pembacaan buku, majalah dan internet. Mencari idea untuk
belajar.
·
Percaya pada
Diri Sendiri
Percaya terhadap
sesuatu yang dilakukan tanpa
memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah dalam pelajaran.
·
Berpandangan
Positif tentang apa yang mereka lakukan
Menanamkan
semangat pada diri sendiri dan dapat
membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan satu tugas yang
besar atau mencapai penghargaan tertinggi.
·
Memotivasikan
Diri Sendiri
Seseorang melakukan
beberapa cara setiap hari pada bidang yang berbeza. Seorang pelajar
memotivasikan dirinya sendiri dengan cuba mendapatkan
lebih banyak markah daripada pensyarahnya.
·
Berjaya
Melakukan Tugas Dengan Jayanya
Ia memberi impak yang bagus untuk terus mencapai matlamat dalam pelajaran
untuk hari yang seterusnya.
Usaha dan tawakal..Allah tempat mengadu dan meminta kebaikan.