Saturday, April 12, 2014

Farewell Pra Garduan Bachelor Islamic Banking 2014

Majlis diadakan di Kelantan Trade Centre, KB.



Tanah Kelang

Kami menjenguk tapak tanah warisan ayah yang disewakan kepada syarikat Used Car kerana pada 1 januari 2015 kami akan membuat perjanjian baru dengan penyewa.

Melawat Tapak Projek 2015

Aku dan isteri meluangkan sedikit masa untuk melawat tapak projek 2015 rumah dua tingkat semi D. Kawasan ini telah selesai ditambun tanah pada febuari 2013. Beberapa urusan telah diselesaikan menjelang 2015 apabila projek dimulakan.
 Projek 2015 ini tidak keseorangan kerana rumah teres satu tingkat dua blok telah siap di bahagian belakang projek kami.
Perumahan ini adalah di belakang tapak projek

Perumahan teres satu tingkat


Selangkah ke UiTM 2014

Ku gagahkan ikhtiarku untuk memberi khidmat nasihat penunjuk jalan kepada calon-calon siswa siswi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM Jun 2014. Acara diadakan di RTC Tunjung, Wakaf Che Yeh.

Undangan Perkahwinan

Aku dan isteri telah memenuhi undangan beberapa majlis perkahwinan di sekitar Kota Bharu. Tahniah dan moga bahagia hingga ke anak cucu. Doa kami mengiringi setiap Raja Sehari.


Urusniaga Tanah

Beberapa hari lalu aku telah melakukan suatu urusniaga tanah di Pejabat Tanah Pasir Puteh dengan seorang anak muda Kossim namanya. Alhamdulilllah...


Hasil Pisang

Boleh dikatakan setiap 3 minggu aku akan menuai pisang di kebunku untuk dijual kepada makcik penjual goreng pisang di Jalan Pasir Hor. Pisang merupakan tanaman utama di kebunku dan aku pastikan bekalannya sentiasa ada.

Suasana Musim Bunga Pokok Buah Di Kebunku April 2014

Pekebun sepertiku cukup gembira bila melihat setiap pohon buah mengeluarkan bunga kerana dalam tempoh 3 hingga 4 bulan berikutnya bererti setiap pohon akan mula berbuah dan aku akan menikmati buah yang segar hasil titik peluhku sendiri. Lihat keindahan anugerah Ilahi kepadaku..
Bunga Durian

Buah Nangka Madu

Buah Cempedak

Buah  Manggis

Bunga Limau Madu

Buah Kelapa Pandan

Buah Limau Tambun/Bali


Bunga Durian D24

Limau Madu