Pages

Thursday, November 20, 2014

Mesyuarat OBE UiTM Kelantan


                                                        DOA MESYUARAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami untuk membangun ,membina dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah usaha-usaha kami, ilhamkanlah  fikiran kami dengan idea yang bernas dan keputusan yang sempurna. Kurniakan kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Kurniakanlah kami ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami dan eratkanlah silaturahim dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam apa jua yang kami usahakan. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Hindari kami daripada perasaan keji, buruk sangka, iri hati meninggi diri, pelupa, malas lagi lemah, tidak berdaya dan segala sifat mazmumah yang boleh menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat Uitm.

اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .

Doa Majlis OBE


                                                                  DOA MESYUARAT OBE
                                                                        UiTM Kelantan
                                                                         23 Nov 2014




                                        DOA MAJLIS OBE


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ، الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِينَ ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِكَ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ .
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لَنَا مِنْ أَمْرٍ ، أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا .
Ya Allah ya Tuhan kami, kami mulakan dan kami akhiri majlis kami ini dengan nama-nama-Mu yang Maha Agung, serta kami memohon kepada-Mu agar Engkau berkatilah dan limpahkanlah rahmat-Mu ke atas perjalanan majlis kami ini dari permulaan hinggalah ke akhirnya.
Ya Allah, perkenankanlah, restuilah dan terimalah segala amalan baik yang telah kami lakukan dan ampunkanlah serta maafkanlah segala kesalahan kami, keburukan dan kekurangan dalam amalan kami jika terdapat padanya kecelaan dan kecacatan.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar engkau bukakanlah bagi kami pintu-pintu rahmat, belas kasihan dan pengampunan, kesihatan dan kekuatan, keberkatan dan keselamatan, kebijaksanaan dan kefahaman, dan bukakanlah juga bagi kami pintu-pintu syurga dan kurniakanlah bagi kami rezeki yang halal, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kehidupan kami di dunia ini dan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak serta jauhkanlah kami daripada azab siksa api neraka yang amat pedih.
Ya Allah, jadikanlah tujuan kami berhimpun di dalam majlis ini semata-mata untuk mengharapkan keredhaan-Mu, satukanlah hati-hati kami, damaikanlah segala permusuhan di antara kami kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Berkuasa serta Engkaulah Tuhan yang memegang dan memiliki segala hati manusia. Kami memohon agar Engkau perbaikilah hati-hati kami dan jadikanlah kami manusia yang baik lagi berguna yang berupaya untuk menjadi khalifah-Mu yang memakmurkan bumi ini.
اللّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا اللهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ . اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَقَلْبًا خَاشِعًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً ، وَرِزْقًا حَلاَلاً طَيِّبًا مُطَيِّبًا وَاسِعًا فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ . اللّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الإِيمَانَ ، وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا ، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .



Friday, November 14, 2014

Esprit de corps Nov 2015

7 tahun lagi menjelang usia pencen 56..esprit de corps aku tak boleh dipertikaikan... Individu & organisasi saling bertautan...tidak boleh satu mengatasi atau mengurangi yang satu lagi...Zuhairi & UiTM terpisah tiada...Zuhairi beri sumbangan kepada UiTM...UiTM juga mesti memberi sumbangan kepada Zuhairi...ke Tok Aman Bali selalu ku lalu di tepian mu aku singgahi jua untuk memenuhi hasrat ........ paintball games ku libatkan...masa tu dah berlalu...aku hanya memenuhi masa untuk orang lain...ku dah melangkaui masa dan tempat itu. Cherrio. 







Alumni SAMTAJ 84

Aku berhimpun bersama hampir 35 orang bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah Shah Alam.  Bersama rakan-rakan batch tahun 184. Masa tu sekolah ni namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Seksyen 11, Shah Alam.




Kami pada tahun 1984 merupakan batch pertama. Kini telah 30 tahun baru kami dapat bersua kembali. Ada dua tiga orang rakan telah kembali kerahmatullah semoga diampuni Allah roh mereka. Kami membuat perjumpaan untuk pembentukan JK adhoc Alumni SAMTAJ untuk memberikan sumbangan kepada kemajuan bekas sekolah kami dan untuk memantapkan silaturahim antara kami.





Kontrak Baru 2015

Aku sempatkan diri ke Klang Selangor pada cuti hujung
 minggu....buat menyelesaikan beberapa perkara...harap dapat selesai sebelum januari 2015...Buat..adik-adikku ..amanah ini tidak mudah...Doa kepada Allah..


Tazkirah Awal Semester September 2014


MEMBENTUK SIKAP
FUTURISTIK BERWAWASAN


Isnin 13 Oktober 2014
UiTM Kota Bharu


·         Kemodenan menegah kita menyerah kepada keadaan sekarang tetapi terus memandang masa hadapan.
·         Tekanan, kesulitan dan masalah sekarang tidak boleh jadi penghalang tetapi harus berusaha mencari penyelesaian.
·         Setiap fenomena harus dikaji, diselidik dan dipelajari bagi mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku berdasarkan fakta dan bukti kajian.
·         Contohnya, ramalan cuaca menyentuh tentang perubahan cuaca, arah angin, hujan, tekanan udara.

·         John Naisbitt dalam buku Megatrends 1982 mengemukakan 7 perubahan;
1.      Masyarakat industri kepada masyarakat teknologi maklumat
2.      Ekonomi kebangsaan kepada ekonomi antarabangsa
3.      Sentralisasi kepada desentralisasi
4.      Kepercayaan kepada diri dan bukan kepada institusi
5.      Sistem demokrasi-perwakilan kepada demokrasi menyeluruh
6.      Sistem piramid kepada network
7.      Masyarakat yang mempunyai sedikit pilihan kepada berbagai pilihan

·         Kajian futuristik popular di barat mulai selepas perang dunia kedua dan ia berkait rapat dengan revolusi sains-teknologi, kajian tektik dan strategik.
·         Ini menjadikan Barat sentiasa berada di hadapan.

·         Ada kalangan muslim berpendapat Islam menolak teori futuristik
·         Ada yang beranggapan bahawa agama hanya mengurus manusia dengan masa lalu (warisan lama) yang disucikan dari segala kekurangan hingga menyebabkan mereka terperangkap dalam warisan lama.
·         Pada mereka, masa hadapan patut diserahkan kepada Allah yang mengetahui urusan ghaib dan takdir manusia.
·         Padahalnya;
1.      Al-Quran semenjak zaman Makkah memerintahkan umat Islam sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan hari esok dan masa hadapan. Tidak boleh bergantung dengan keadaan semasa dan leka dari menambah kekuatan.
2.      Al-Quran dalam surah al-Qamar ayat 45-46 menjelaskan keadaan yang bakal menimpa orang musyrik padahal ketika itu mereka kuat dengan persenjataan dan kewangan.
3.      Sunnah Nabi memperlihatkan Rasulullah berjanji suatu masa kelak orang Islam dapat menewaskan kerajaan Kisra dan Kaisar.
4.      Semua masa hadapan ini hanya akan berlaku sekiranya manusia mengikut sunnatullah iaitu membuat persiapan, tabah, usaha yang bersungguh. Perkara di  luar jangkaan dan kemampuan manusia adalah urusan Allah.

·         Para sahabat juga futuristik;
-          Abu Bakar dengan cadangan Umar bersetuju; menghimpunkan al-Quran dalam satu mashaf kerana ramai hafiz yang mati syahid dikhuatiri al-Quran hilang. Ada sahabat semakin tua. Ini dapat memelihara al-Quran.
-          Umar; menyelesaikan masalah tanah jajahan baru di Iraq dengan tidak lagi membahagikan tanah tersebut sebagai ghanimah kepada tentera. Ini supaya generasi masa hadapan boleh memperoleh sesuatu dari penggunaan tanah tersebut sebagai kepentingan awam
-          Uthman; menyatukan umat Islam dalam satu mashaf al-Quran dibaca dengan huruf yang sama untuk elak penafsiran dan keterangan tambahan. Perbezaan pembacaan timbulkan pertelingkahan. Ini dilakukan bagi menggelakkan jurang perbezaan semakin besar di kemudian hari.


·         Masyarakat yang futuristik atau mempunyai orientasi masa hadapan adalah berdaya maju. Bukan setakat kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi. Ia adalah persiapan psikologi bagi menghadapi sebarang situasi yang bakal timbul.
·         Ziauddin Sardar (Islamic Future: The Shape of Idea to Come, 1985. hlm. 19); Masa hadapan merupakan suatu kajian berpandangan jauh yang baru mengenai dunia Islam yang lebih baik yang berupaya menggerakkan seluruh umat Islam untuk mengenepikan segala perbezaan politik dan sentimen perkauman yang sempit seterusnya berusaha untuk membentuk masyarakat yang cemerlang. Masa hadapan merupakan sesuatu yang boleh dibentuk dan berupaya untuk dicapai menerusi perancangan dan pelaksanaan. Masa hadapan yang dicita-citakan itu semestinya berpaksikan nilai dan amalan hidup yang lebih baik seperti kesaksamaan kebaikan, keseimbangan kemuliaan dan kedamaian.
·         Pelajar yang futuristik berwawasan perlu;
1.      Membentuk jatidiri Islamis. Memperbaiki diri. Hidup berpaksikan iman dan takwa. Melaksanakan tuntutan Islam dalam aspek individu, masyarakat dan negara.
2.      Kembali kepada tradisi Islam. Mentafsirkan al-Quran dan al-Sunnah tepat mengikut asbab al-nuzul, objektif, keseluruhan nilai moral dan bukan bawaan dari luar ataupun amalan masyarakat setempat atau pembawaan peribadi.
3.      Sensitif dengan maruah dan martabat diri. Mampu bertahan menghadapi pergolakan semasa, bercita-cita tinggi dan berdaya usaha. Berdikari di bawah ajaran Islam
4.      Belajar dari sejarah silam. Sejarah adalah harta berharga untuk kesinambungan hidup masa hadapan dan menentukan hala tuju. Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi manusia sering menipu sejarah. Pengalaman lepas memberi inspirasi maju ke hadapan. Membuang warisan sejarah menghilangkan arah tujuan.
5.      Bergiat dalam semua bidang strategik seperti bidang matematik, teknologi maklumat fizik, kimia dengan memahami manfaat dan keburukannya untuk dimanfaatkan untuk mencapai tujuan Islam dan bukan tunduk kepada pihak yang mencipta ilmu dan teknologi itu.
6.      Sentiasa memperbaharui dan menggilap tradisi keislaman, bersemangat jihad, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, berdoa bagi menghadapi tekanan, berupaya mengisi ruang kosong menampung kekurangan dan gigih belajar.

·         Jika kita tidak berminat untuk mengkaji masa hadapan sendiri maka masa hadapan kita akan dibentuk oleh orang lain. Walaupun masa hadapan kita bergantung kepada senario semasa, namun kejayaan dan kegagalannya bergantung juga kepada........bagaimana reaksi dan pendirian yang diambil dan yang difahami oleh kita sendiri...bukannya oleh pihak lain. Ertinya...kita sentiasa masih ada peluang.

Oleh yang sedemikian, saudara/i harus memandang ke hadapan dengan;
·    Berani mengambil Risiko.
Pelajar yang berjaya berani mengambil risiko dengan persediaan rapi untuk  mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dan teruja untuk mencuba sesuatu perkara seiring dengan perkembangan zaman.

·    Menikmati Apa yang mereka lakukan
Mempunyai minat untuk membuat sesuatu perkara (belajar) dan bukan dalam keterpaksaan. Orang yang berjaya suka persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka. Kalau kita belajar maknanya kita kena meminati pelajaran dan pembelajaran.

·    Belajar Tanpa Batasan
Pendidikan tidak pernah berakhir dan tidak terbatas tetapi di setiap kehidupan kita dari pembacaan buku, majalah dan internet. Mencari idea untuk belajar.

·    Percaya pada Diri Sendiri
Percaya terhadap sesuatu yang dilakukan tanpa memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah dalam pelajaran.

·    Berpandangan Positif tentang apa yang mereka lakukan
Menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil  menyelesaikan satu tugas yang besar atau mencapai penghargaan tertinggi.

·    Memotivasikan Diri Sendiri
Seseorang melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang yang berbeza. Seorang pelajar  memotivasikan dirinya sendiri dengan cuba mendapatkan lebih banyak markah daripada pensyarahnya.

·    Berjaya Melakukan Tugas Dengan Jayanya
Ia memberi impak yang bagus untuk terus mencapai matlamat dalam pelajaran untuk hari yang seterusnya.


Usaha dan tawakal..Allah tempat mengadu dan meminta kebaikan.