Monday, November 18, 2013

Masjid Mukim Rupek, Sabtu 23 Nov 2013 Jam 11.00 Pagi




Click       - http://www.youtube.com/watch?v=GEKZpB7wxQM&feature=player_detailpage




DOA NAIK TARAF

MASJID MUKIM RUPEK, KOTA BHARU, KELANTAN.

Sabtu, 23 Nov 2013.



Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Pada pagi yang berbahagia ini,
kami warga Kariah Masjid Mukim Rupek
memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah,
kerana dapat berhimpun untuk sama-sama merai
dan menyambut majlis 
”Naik Taraf Masjid Mukim Rupek” dan "perasmian bangunan tambahan Masjid Rupek".
Kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan,
kommitmen dan iltizam kami
untuk memakmurkan masjid ini.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar!
Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah
kerana telah memberi peluang kepada kami
menjadi penduduk Mukim Rupek ini
dan bermohon kepadaMu
agar masjid yang kami cintai ini
mampu melahirkan penduduk yang berilmu dan berakhlak mulia,
mampu melahirkan pemimpin bertaraf tinggi,
mampu melahirkan insan yang mengharumkan nama Mukim Rupek
di mata masyarakat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Ya Allah Tuhan Yang Memudahkan Segala Urusan!
Kau berkatilah usaha-usaha kami sebagai seorang warga Mukim ini,
baik yang tua mahupun yang muda
untuk terus sama-sama bersatu tenaga,
berganding bahu dan bertolak ansur,
memaju dan menjaga nama baik Kariah yang kami cintai ini
agar cemerlang dalam urusan agama dan juga dunia.

Ya Allah Ya Aziz Ya Ghaffar!
Jadikanlah Masjid Mukim Rupek ini sebagai wadah
bagi membina kerohanian dalam diri setiap penduduknya.
Tingkatkanlah iman kami
dan penuhilah dada kami dengan Nur HidayahMu,
supaya dapat kami mengimarahkan masjid ini sebaik-baiknya dengan mengerjakan ibadah dan mengadakan program yang membentuk keperibadian  yang  mulia.

Ya Allah Ya Rahman ya Rohim!
Kau lindungilah Masjid kami ini daripada perkara yang tidak baik,
musibah dan bahaya yang boleh menjejaskan keharmonian Mukim Rupek. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami
petunjuk, kerahmatan, kemakmuran,
kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

YA MUQALLIBAL QULUB!
Wahai Tuhan yang berkuasa menyatukan hati-hati manusia,
Kami memohon pada mu Ya Allah!
Berkatilah pertemuan kami, usaha-usaha kami,
ilhamkanlah kami  idea-idea  yang  bernas,  pandangan yang jelas dan keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.

Allahumma Ya Zal Jalaaliwalikram!
Ampunkan dosa kami, ibu bapa kami 
dan orang-orang yang telah berjasa kepada masjid ini sebelum dari kami.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن








No comments:

Post a Comment